Suami mana yang tidak cemas apabila isteri tercinta yang sedang hamil mengalami pendarahan? Detik cemas seperti itulah yang dihadapi oleh Zain Saidin apabila isterinya Rozita Che Wan melakukan kerja di rumah hingga berlaku pendarahan.
Menurut Zain, kejadian tersebut berlaku sekitar awal Ramadan lalu gara-gara isterinya membuat kerja yang tidak sepatutnya dilakukan oleh orang hamil.
"Kejadian ini tak silap saya berlaku hari puasa pertama. Dia ada buat kerja pada hari berkenaan.
"Selepas itu pada sebelah petang dia nak bersiap untuk ke majlis berbuka puasa ada sesuatu yang terjadi.
"Berlaku pendarahan kecil dan kami segera ke pusat perubatan Prince Court untuk mendapatkan pemeriksaan. Kami mendapatkan rawatan susulan keesokan hari kerana doktor yang perlu dirujuk tiada pada hari pertama.
"Alhamdulillah pada hari ketiga pendarahan sudah tak ada. Mulai dari itu, saya tak izinkan lagi dia buat kerja berat. Berjalan atau berdiri lama pun saya tak izinkan kerana bimbang kaki bengkak," ujar Zain dipetik sebagai berkata.
Habis kisah mengenai pendarahan, timbul pula cerita lain apabila isterinya sekarang gemar membebel tak tentu pasal. Namun Zain sedar bahawa perkara tersebut sebenarnya menjadi kebiasaan buat wanita mengandung.
"Saya pula jenis tak suka dia bising. Saya cuba menurut apa saja kehendaknya. Macam dia pernah mengadu sakit belakang sebab membawa perut, lalu saya dapatkan dia bantal khas yang dibeli secara dalam talian.
"Membebelnya menjadi jadi sebab saya pula jenis yang suka melengahkan kerja. Buat kerja bila disuruh saja dan dia saja kena ingatkan saya untuk buat itu ini. Pemandu dia lambat jemput pun mulalah membebel. Kesannya orang berdekatannya pun dibebelkannya.
"Emosinya sejak tujuh bulan mengandung ini terus terkawal. Tapi saya cuba untuk melayan saja emosinya," tambah Zain yang mengakui cukup teruja untuk menyambut kelahiran bayi perempuan dalam tempoh dua bulan lagi.
"Cuma selepas bergelar bapa segera kepada dua anaknya menerusi perkahwinan terdahulu, saya mahu buktikan sekalipun akan menyambut anak sendiri tak lama lagi tidak akan wujud perbezaan kasih sayang dengan mereka.
"Saya mahu adil dengan anak tiri dan sendiri. Cuma dalam menyambut kelahiran anak sulung ini saya mahupun isteri mahukan yang terbaik untuknya termasuklah memilih pusat perubatan yang selesa dan privasi untuk melahirkannya nanti.
"Bakal anak kami pun akan ada hak siaran eksklusif Astro. Itu rezeki anak namanya. Kami tumpang gembira," katanya.
Umum mengetahui artis seberang Indonesia, Melly Goeslow kini telah pun berhijrah memakai hijab.
Namun gaya tudungnya seakan tidak kena sehingga ada menggekarnya magsa fesyen.
Pebagai jenis hijab yang pelik yang digayakan oleh penyanyi popular ini dan antara yang menjadi perhatian ialah tudung fesyen cendawan yang menjadi bahan ketawa.
Dan ada juga peminat di Malaysia memerli fesyen pelik tudung artis tersebut dengan menyatakan ianya bakal mengalah tudung terkenal Fareeda jika fesyen ini di bawa masuk ke negara ini.
Namun ada yang bersyukur kerana penyanyi ini walaupun pelik-pelik tapi masih menutup aurat.
lihat foto di bawah:
Kadang-kadang tak faham juga dengan budak-budak zaman sekarang yang berasakan hubungan cinta mereka begitu suci lalu gambar bersama diletak kata-kata berbaur agama.
Contoh macam remaja ini, bukan main lagi menulis ‘bakal makmun’ katanya tapi gambar berpeluk sakan.
Kalau dah macam ni nampak gaya bukan bakal makmun tapi bakal dikerjakan adalah. Paling tak faham, apa dia orang ni tak ada rasa malu ke?
Harap ibu bapa ambil berat sikit dengan memantau media sosial anak-anak anda. Jangan menyesal di kemudian hari pula yek.
Pelakon terkenal yang mengharumkan nama Malaysia di tanah besar China, Shila Amzah dikatakan seperti kacang melupakan kulit apabila dilihat tidak dapat menerima kritikan daripada peminat Melayu yang memberi teguran mengenai persembahannya di Shanghai, China baru-baru ini.
Dengan memuat naik status Me-layu :), Shila dianggap segelintir pengikut akaun Instagram miliknya yang dia tidak boleh menerima teguran daripada peminatnya itu.
Apa perasaan anda apabila selepas meneliti gambar yang baru diambil tiba-tiba ada kelibat manusia lain yang tak dikenali dalam gambar tersebut? Tentu terkejut dan seram kan.
Begitulah dialami seseorang yang berkongsikan gambar anak saudaranya di Facebook Oh! Media.
Menurut pengirim, gambar yang diambil jam 11 malam itu amat mengejutkan apabila didapati turut merakam gambar seorang kanak-kanak yang tidak dikenali sedang duduk di kerusi belakang.
Hantu Ju-On Berjaya Dirakam Dalam Gambar?
Jika dilihat pada gambar, ternyata imej kanak-kanak misteri tersebut kelihatan jelas dengan wajahnya yang pucat.
Tindakan seorang pegawai polis membawa isteri dan anaknya untuk mengaburi pihak berkuasa tidak berhasil selepas dia ditahan ketika cuba menyeludup keluar kereta mewah Toyota Vellfire di sempadan Malaysia-Thailand di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, pegawai polis berpangkat inspektor berusia 40-an itu dipercayai membawa isteri serta anaknya bagi mengelak ditahan pihak berkuasa dalam usahanya membawa masuk kereta curi berkenaan ke Thailand.
Difahamkan, suspek bertugas di Jabatan Logistik Bukit Aman bersama isterinya berusia 30-an serta anak perempuannya berusia lima tahun itu ditahan dalam cubaan keempat mereka menyeludup keluar kereta curi. Sumber berkata, suspek ditahan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam di sekatan jalan raya UPP selepas menerima risikan.
“Suspek mengaku cuba membawa masuk kereta curi ke negara jiran, malah menggunakan nombor pendaftaran palsu pada kereta itu sebelum ditahan di kilometer 1.3 Jalan Bukit Kayu Hitam, di sini. “Ketika ditahan suspek membawa beg pakaian dirinya serta keluarga di dalam kereta dipercayai untuk bermalam di negara jiran sebelum pulang ke tanah air.
“Kami tidak pasti sama ada suspek beroperasi sendirian di dalam sindiket itu atau mengambil upah membawa masuk kereta daripada sindiket lain,” katanya, di sini semalam. Menurut sumber, pihaknya tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana masih dalam siasatan. “Kereta dipandu suspek dilaporkan hilang pada 3 Oktober 2012 di Subang Jaya, Selangor.
“Kami akan mendapatkan kerjasama daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya bagi tindakan lanjut,” katanya. - See more at: http://www.utaranews.com/2014/08/inspektor-polis-kantoi-lakukan-onar-di.html#sthash.qj8W6OGV.dpuf
Carolina Utara – Bekas penembak tepat yang menimbulkan kontroversi selepas membuang air kecil pada mayat pejuang Taliban, ditemui mati Jumaat lalu.
Koperal Robert Richards, 28, ditemui mati oleh isterinya di rumah mereka di Jacksonville. Peguam Richards, Guy Womack memberitahu, tidak terdapat sebarang unsur jenayah atau bunuh diri dalam kes kematian askar AS berkenaan.
Punca kematian mungkin disebabkan perubahan ubat-ubatan yang diambil oleh Richards. Richards diturunkan pangkat setelah video menunjukkan beliau membuang air kecil pada tiga mayat pejuang Taliban dimuat naik ke YouTube.
Video yang dirakam pada 2012 tersebut dikecam masyarakat antarabangsa dan menaikkan kemarahan di Timur Tengah.