Gadis dicekup leka berzina mengaku tiada duit.

  • Share The Gag

  • Tidak pernah serik, walaupun sebelum ini iaitu pada 20 Februari lalu, mereka pernah ditangkap khalwat di dalam kereta, namun sepasang kekasih ini dilihat masih belum insaf apabila mengulangi perbuatan sama selepas ditangkap dalam keadaan berbogel di tempat duduk belakang dalam sebuah kereta, 30 April lalu.
    Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral mereka menerima pembalasan apabila masing-masing dijatuhi hukuman penjara tiga minggu serta denda RM4,700 dan sembilan bulan penjara lagi sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.
    Namun, difahamkan, kedua-dua mereka, Alwafi Embong, 27, yang bekerja sebagai mekanik dan pasangannya, Zamiratul Akma Mohamad, 25, seorang penasihat kecantikan terpaksa memilih untuk meringkuk di penjara selama sembilan bulan tiga minggu kerana gagal membayar denda.
    Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail, menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh selepas kedua-dua mereka mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan iaitu khalwat dan cuba melakukan persetubuhan luar nikah.
    Ads by Mini - AdblockerAd Options
    Bagi pertuduhan pertama, Alwafi yang berasal dari Tok Jiring di sini, dan Zamiratul yang berasal dari Kuala Telemong, Hulu Terengganu didakwa mengikut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana melakukan khalwat.
    Alwafi ditemui sedang tidur di tempat duduk belakang sebuah kereta, manakala pasangannya tidur di tempat duduk penumpang hadapan ketika serbuan dilakukan sepasukan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu jam 3.45 pagi pada 20 Februari lalu, di kawasan parkir KFC Batu Buruk di sini.
    Ketika kejadian, pasukan penguat kuasa yang menerima maklumat awam mendapati sebuah kereta diletakkan di kawasan parkir itu dalam keadaan mencurigakan sebelum pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua mereka yang tiada sebarang hubungan suami isteri atau mahram, berada di dalam kenderaan tersebut.
    Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh yang sudah bernikah empat hari lalu (21 Ogos 2014) masing-masing dikenakan hukuman denda RM2,400 atau empat bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.
    Mengikut pertuduhan kedua, pasangan berkenaan ditemui dalam keadaan berbogel di tempat duduk belakang sebuah kereta, di hadapan sebuah rumah di Tok Jiring, kira-kira jam 1.50 pagi pada 30 April lalu.
    Siasatan lanjut mendapati mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram dan didakwa mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001, iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.
    Bagi kesalahan itu, kedua-dua mereka masing-masing dikenakan hukuman tiga minggu penjara dan denda RM2,300 atau tambahan lima bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.
    Pendakwaan dilakukan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof, manakala tertuduh tidak diwakili peguam syarie. 

    Abang 'kantoikan' adik perempuan lakukan onar di kebun Pisang.

  • Share The Gag

  • Gombak: Seorang ibu tergamak menggugurkan kandungan berusia lima bulan dan menanam janin itu di kebun sayur berhampiran rumahnya di Pangsapuri Julia Kampung Bendahara Selayang, di sini, selain merahsiakannya selama dua minggu.

    Wanita berusia 24 tahun itu mengaku memakan ubat dibeli di sebuah klinik di sekitar Selayang untuk menggugurkan kandungannya dengan alasan tidak mahu anak dikandung dijangkiti penyakit batuk kering.

    Bagaimanapun perbuatan kejinya terbongkar selepas disiasat polis berikutan laporan dibuat abang wanita itu, kelmarin. Menurut sumber, laporan polis itu sebenarnya menjurus kepada kes wanita itu dipukul dan dikurung suaminya di dalam rumah.

    “Hasil soal siasat membawa kepada maklumat mengejutkan sebelum polis menemui janin yang ditanam di kebun pisang berhampiran rumah suspek,” katanya.

    GAMBAR-Aksi terlampau amoi dan kekasih dalam train jadi viral

  • Share The Gag

  • Keadaan di sebuah stesen keretapi bawah tanah menjadi kecoh apabila seorang wanita yang bosan dengan teman lelakinya yang leka melayan telefon bimbitnya, telah mengheret lelaki berkenaan keluar dari komuter dalam usaha merampas telefon tersebut.

     Kejadian itu pada awalnya berlaku di dalam komuter selepas wanita tersebut mula marah dan kecewa kerana tidak dipedulikan oleh teman lelakinya yang leka melayari telefonnya. Dia kemudiannya menarik lelaki itu keluar dari komuter di stesen di Beijing.

     Meskipun ditarik dan diseret, mata lelaki itu tetap terpaku pada iPhonenya, hinggakan pada satu saat, wanita itu menggunakan kaki untuk menolak lelaki itu dan merampas telefon terbabit yang terlekat umpama gam di tangan teman lelakinya.

    Ada yang menyifatkan ia adalah lakonan semata-mata daripada syarikat telefon bimbit namun seorang saksi berkata ia merupakan kejadian sebenar.

     “Ia amat mengejutkan malah saya melihat seorang kanak-kanak menangis ketika pasangan itu sedang bertengkar. “Wanita itu cuba merampas telefon terbabit dan apabila gagal, dia mengheret lelaki itu keluar. Dia juga menjerit-jerit meminta lelaki itu melepaskan telefonnya,’’ katanya.

    GAMBAR-Remaja bertudung kantoi main raba-raba dengan 'pakwe' tengah sawah.

  • Share The Gag


  • Foto ini lagaknya seperti hasil seorang jurufoto profesional. Hasilnya cukup indah dengan suasana kehijauan padi dan keindahan desa.

    Namun, disebalik keindahan tersebut, terselit beberapa kecacatan yang menyakitkan mata sesiapa sahaja yang melihatnya.

    Jika diperhatikan, jurufoto ini berjaya memfokuskan beberapa subjek yang berada di bawah pondok di tengah-tengah sawah berkenaan dalam keadaan yang amat memalukan.

    Jika diamati dengan teliti, terdapat dua orang remaja perempuan yang masih memakai uniformsekolah, bersama dua remaja lelaki yang berpakaian biasa. Salah seorang daripada lelaki berkenaan sedang enak dibelai oleh pasangannya lagak seperti sepasang suami isteri.

    Tidak dapat dipastikan sama ada dua pelajar perempuan ini ponteng sekolah untuk bertemu rakan mereka atau ianya berlaku di luar waktu sekolah. Hanya jurufoto Zulkifli Bakar sahaja dapat menjawabnya...

    GAMBAR-Iphone 6 bocor di internet,bakal dilancarkan 9 September ini.

  • Share The Gag
  • Laman feldvolk.com telah mendedahkan beberapa keping gambar yang dipercayai iPhone 6 yang bakal dilancarkan 9 September ini.
    Gambar terkini yang dibocorkan memberi gambaran yang lebih dekat dan terperinci akan peranti yang dikatakan bakal menakluki pasaran peranti pintar.
    ipong
    Gambar yang dibocorkan oleh Feld & Volk melalui laman Instagram menunjukkan telefon pintar berukuran 4.7 inci dari beberapa sudut.
    Ini memberikan gambaran betapa nipisnya telefon pintar itu. Menurut laporan, ia mempunyai ketebalan hanya 7mm.
    Tetapi imej-imej ini sememangnya berkadar langsung dengan gambar dan laporan yang diterima sebelum ini dengan bahagian tepi yang melengkung, butang speaker seakan iPod Touch dan butang kuasa yang diletakkan di bahagian tepi.iPhone_6_leak_feldvolk_unsized_2-580-90
    iPhone 6, 4.7 inci dan 5.5 inci dikhabarkan akan dilancarkan pada 9 September ini. Jika benar, bermakna pengguna tidak perlu menuggu lama untuk melihat sejauh mana kesahihan imej-imej dan maklumat yang telah dibocorkan selama ini.


    TERKINI: JENAZAH PERTAMA MANGSA #MH17 DIKELUARKAN

  • Share The Gag

  • Jenazah pertama mangsa tragedi #MH17 dikeluarkan dan kesemua jenazah disambut dengan penuh istiadat dan akan dibawa dengan 20 van jenazah untuk dikebumikan di mengikut antan masing-masing. Suasana hiba kini mula terasa di sekitar Lapangan menunggu ketibaan jenazah.

    GAMBAR-Aksi dedah lurah artis wanita Melayu mula tersebar di FB.

  • Share The Gag

  • SEBENARNYA, agak jarang kita mendengar cerita tidak enak mengenai penyanyi hitam manis, Dayang Nurfaizah.

    Tapi, gara-gara gambar yang dimuatnaik oleh Lisa Surihani menerusi akaun Instagramnya, ramai pula yang menghentamnya.

    Gambar tersebut memaparkan Dayang bersama Awal Ashaari, Tiz Zaqyah, Lisa dan Diana Danielle selepas satu sesi penggambaran sebuah majalah.

    Ternyata pakaian yang dipakai oleh penyanyi itu agak terdedah di bahagian dada sehingga mengundang kritikan ramai.



    Pada masa yang sama, Diana juga turut menerima teguran yang hampir serupa lantaran statusnya sebagai seorang isteri dan ibu.

    Pada masa yang sama, Diana juga turut menerima teguran yang hampir serupa lantaran statusnya sebagai seorang isteri dan ibu.

    Harapnya, kedua-dua mereka dapat menerima secara positif teguran tersebut ya.Apapun, pesanan kami kepada tukang komen, berilah komen secara sopan dan berhemah.Jangan sampai menjatuhkan ‘hukum neraka’ ke atas para artis sudahlah…