Minggu lalu, melalui akaun Facebook beliau Lisa Surihani ada memuat naik beberapa keping gambar beliau di sekitar acara KL Fashion Week 2014 yang pastinya menampilkan fesyen terkini buat tatapan para peminat dunia peragaan dan fesyen.
Pakaian Lisa Surihani yang dikenakan menjadi tumpuan ramai peminaty apabila ianya dikatakan menyerupai imej berkemban dan terlalu seksi untuk pelakon itu.
“Sebenarnya kalau tengok betul-betul tak ada sampai saya terus berkemban pun tetapi jika ada pihak yang kurang senang, saya minta maaf,” jelas Lisa Surihani kepada Harian Metro apabila diminta mengulas tentang isu ini.
Lisa Surihani turut menambah yang ianya adalah perkara biasa jika penampilan beliau mendapat tentangan peminat dan ada juga antara mereka yang menyokong.
“Apa yang saya boleh kata adalah minta maaf kalau ada yang kurang senang atau tersinggung dengan imej itu tapi saya selesa bekerjasama dengan Alia untuk pakaiannya. Saya cukup terbuka dan okey jika ada yang sokong atau menentang penampilan saya. Itu adalah biasa kalau apa yang kita pakai ada yang suka dan ada yang menentang,” tambahnya lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel yang menarik. Terima kasih kerana kongsi. Jangan lupa singgah artikel terbaru saya CARA MUDAH UNTUK DAPAT 1 JUTA BACKLINK ! Terima Kasih !
ReplyDelete