Lelaki yang berjaya menambat pelakon ini ialah Datuk Paduka Gurmet Singh, seorang jejaka keturunan Sikh yang kini berumur 35 tahun.
“Awal perkenalan kami biasa-biasa saja dan ia bukanlah cinta pandang pertama. Perasaan sayang dan cinta hadir secara perlahan-lahan kerana Gurmet lelaki bertanggungjawab, matang dan suka menasihati saya. Situasi yang amat berbeza apabila saya berkawan dengan orang muda yang banyak berangan-angan. Kedua-dua belah keluarga juga merestui hubungan kami.
“Saya tidak membuat keputusan untuk berkahwin ini secara tergesa-gesa.
Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang boleh dibuat main-main.
“Sebaliknya kepurusan ini dilakukan setelah saya berfikir dengan mendalam… Sama ada lambat atau cepat, saya tetap akan berkahwin juga suatu hari nanti.
“Saya percaya rezeki itu ada di mana-mana. Saya sudah serik dikaitkan dengan kontroversi dan saya harap semoga perkahwinan ini akan membuatkan hidup saya lebih aman dan tenteram,” katanya dengan panjang lebar.-ping busuk
0 comments:
Post a Comment