Tagged Under:

GAMBAR~Fida 'Hot' dedah digoda VIP terkenal untuk jadi teman tidur?

  • Share The Gag

  • POPULAR dengan lagu Apo Kono Eh Jang, Rafidah Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Fida dihimpit cerita buruk lagi. Kali ini ada isu mengatakan dia seorang yang suka berhutang dan liat untuk melangsaikan hutang terbabit. Benarkah begitu? Aduh, satu kisah yang memang memalukan, jika benar berlaku. Nampaknya Fida memang hadir ke dunia seni dengan kisah-kisah negatif sahaja, jika diperhatian semenjak setahun dua ini.

    Bagai diramal, empunya diri menafikan sekeras-kerasnya cerita terkini yang dipautkan dengan dirinya itu. Pun Fida mengaku, dia juga tidak terlepas daripada masalah hutang dan kadang-kala ada juga meminjam jika menghadapi kesulitan dalam kewangannya, sama seperti orang lain.

    “Nak katakan saya tidak pernah berhutang tu tidaklah, semua orang berhutang. Beli kereta, beli rumah atau beli apa jua jenis aset yang mahal-mahal semuanya secara kredit atau bahasa pasarnya berhutang.

    “Apabila merujuk hutang antara saya dengan individu lain, ya memang ada. Tetapi sehingga sekarang, Alhamdulillah tiada masalah kelewatan membayar balik hutang tersebut. Kalau saya tak mampu nak bayar sekaligus, saya sedaya upaya akan membayar sedikit demi sedikit. Akan tetapi, jika mengatakan saya langsung tidak bayar hutang, saya rasa itu tuduhan yang tidak benar," jelasnya menjawab isu terbabit .

    Bagaimanapun, tambah Fida, jika benar dia ada berhutang dengan sesiapa dan tidak pernah berbayar, harap individu tersebut dapat menghubunginya segera.

    “Seingat saya, semua hutang-hutang saya dijelaskan mengikut jadual. Jika ada yang tertangguh pun, tidak mengambil masa yang lama. Pun begitu, saya sebagai seorang manusia biasa mungkin terlupa sekiranya ada hutang yang terlepas pandang," katanya penuh hemah.

    Godaan VIP

    Pada masa yang sama, Fida menjelaskan dalam kesibukan menjayakan beberapa projek korporat yang memerlukannya berhubungan secara terus dengan pihak atasan, dia pernah diganggu dan digoda oleh golongan kenamaan (VIP). Justeru, dia amat berhati-hati apabila berhadapan dengan situasi tersebut dan cuba mengendalikannya secara bijak dan berhemah.

    “Saya faham dan sedar lambat laun akan terjebak dalam situasi seperti ini. Sejak awal pembabitan dalam bidang seni, saya sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapinya.

    “Jika diminta bukan-bukan oleh VIP berkenaan, saya akan jelaskan dengan baik. Saya tidak mahu kecilkan hati mana-mana pihak. Tetapi jika sudah melampaui batas, saya terus putuskan hubungan atau sebarang bentuk komunikasi dengannya. Ia bukan satu tugas mudah dan artis kena bijak buat keputusan apabila digoda VIP," katanya.


    0 comments:

    Post a Comment