Tagged Under:

GAMBAR~Pulau Batu Putih sebenarnya milik Malaysia-Prof Penganalisis.

  • Share The Gag

  • Usaha menuntut semula Pulau Batu Putih tidak mustahil jika kerajaan negeri Johor dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) berusaha mengkaji serta mendapatkan bukti-bukti baharu hak negeri itu ke atas pulau berkenaan bagi menyokong rayuan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang tempohnya berakhir pada 23 Mei 2018.

    Penganalisis Geopolitik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, beliau juga menyambut baik cadangan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin semalam yang mahu menubuhkan jawatankuasa khas bagi melaksanakan tujuan tersebut.

    batu_puteh_bh1

    “Dalam masa beberapa tahun sebelum berakhirnya tarikh rayuan yang diberi oleh ICJ itu, kerajaan negeri Johor dan UPEN masih ada masa untuk mencari bukti-bukti baharu dari dalam dan luar negara bagi menyangkal dakwaan bahawa Pulau Batu Putih adalah hak Singapura.

     “Selain itu, saya mencadangkan agar ahli sejarah dan akademik misalnya dari Universiti Malaya dan UKM dilibatkan bagi membantu usaha-usaha tersebut. Golongan ini juga ada kepakaran dan boleh membantu ke arah itu,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.

    Semalam, Mohamed Khaled berkata, Article 61(5), Chapter III, Statute of The International Court Of Justice menyatakan bahawa permohonan untuk menyemak kembali kehakiman perlu dibuat sebelum tempoh 10 tahun dari tarikh penghakiman. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar baru-baru ini menitahkan supaya kerajaan negeri menubuhkan pasukan khas untuk memfailkan rayuan bagi membatalkan keputusan ICJ yang memihak kepada Singapura sebelum ini.

     Sementara itu, Pensyarah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd. Hisham Mohd. Kamal turut optimis idea serta usaha yang sedang dilakukan oleh kerajaan negeri Johor tidak mustahil untuk dicapai dengan adanya inisiatif tersebut.

     “Saya fikir dalam isu ini kalau Malaysia dapat mengemukakan bukti-bukti baharu terutama jika pernah kita mengemukakan bantahan ke atas Singapura yang meletakkan tanda di pulau itu seperti bendera mereka dan sebagainya, maka bukti itu haruslah dicari dan disertakan.

     “Hal demikian kerana, selama ini hujah Singapura yang paling kuat adalah mereka telah menguruskan banyak perkara di Pulau Batu Putih sejak zaman penjajahan British termasuk rumah api yang dibina oleh penjajah tersebut,” katanya.

    0 comments:

    Post a Comment