Kanak-kanak itu dipercayai berusia antara dua dan tiga tahun. Meskipun ramai orang dewasa berada di sekitarnya, tidak seorang pun cuba merampas rokok itu daripadanya.
Mereka yang lalu lalang kedengaran ketawa ketika kanak-kanak itu menghisap rokok seperti orang tua.
Rakaman itu yang disiarkan menerusi liveleak.com mengundang perbahasan dalam kalangan penduduk China mengenai tabiat merokok rakyat negara itu.
Kajian terbaru menunjukkan kira-kira 30 peratus atau 300 juta penduduk China merokok.
0 comments:
Post a Comment