GAMBAR~Fareeda buat hal lagi,mintak tunjuk slip gaji untuk masuk Butik Exclusive?

  • Share The Gag

  • Hai, makin hari makin banyak pula cerita menunjukkan kehebatan butik tudung Fareeda.

    Daripada kisah pelanggan sanggup tidur depan butik semata-mata mahu menjadi orang terawal membeli koleksi terbaru hinggalah pengiklanan di badan pesawat, sedikit sebanyak kita pun tumpang bangga melihat kejayaan perniagaan Melayu ini.

    Namun apabila diberitakan bahawa Butik Fareeda Exclusive menghendaki pelanggannya menunjukkan slip gaji selama tiga bulan sebelum memasukinya, rasa agak melampau di situ.





    Perkara ini disebarkan menerusi satu status Facebook pelanggan Fareeda yang kini tersebar di media sosial.

    Pada masa sama, terfikir juga kot-kot ini adalah satu fitnah semata-mata. Majoriti kaum wanita yang meminati Fareeda tahu kot skala harga tudung jenama ini jadi mereka yang tak mampu awal-awal lagi dah telan air liur saja dari jauh apatah lagi mahu memasuki butik eksklusif mereka.

    Namun sekiranya ini benar, pendapatan seseorang tidak semestinya tertera pada penyata gajilah.. isteri jutawan yang duduk rumah goyang kaki dan kerjanya cuma menghabiskan duit laki manalah ada semua itu kan?

    Jadi kenyataan bahawa penyata gaji diperlukan untuk masuk Butik Fareeda adalah satu tindakan yang amat tidak logik dan kemungkinan besar, disebarkan untuk menggambarkan harga tinggi tudung di butik eksklusif Fareeda sahaja. 

    Fasha Sandha bergaduh dengan Nora Danish libatkan keluarga?

  • Share The Gag

  • Pelakon Fasha Sandha terluka apabila dia dikatakan kononnya tidak mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga suaminya iaitu Rizal Ashram Ramli (Jejai) berbanding dengan Nora Danish.

    Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 30, berkata, dia terpaksa menegur pengikut Instagram miliknya apabila mereka mempersoalkan kenapa dia tidak memuat naik foto bersama keluarga mertua pada acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2014) berbanding Nora Danish yang banyak memuat naik gambar-gambar bersama bekas mertuanya itu. 

    "Saya beranganggapan komen-komen seperti itu adalah tidak sihat. Sebagai seorang ibu mengandung, isteri dan juga menantu kepada keluarga suami, saya berhak meluahkan perasaan dan menegur pengikut saya di laman sosial.

    "Tujuan saya berbuat demikian agar mereka tidak terus melukakan hati atau mengeruhkan lagi perasaan saya ketika ini.

    Salah satu komen pengikut Fasha yang membandingkan dirinya dengan Nora Danish.

    "Status itu adalah teguran kepada pengikut yang ada kalanya meninggalkan komen yang boleh memberi kesan negatif kepada saya," katanya kepada mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.

    Pada petang Selasa, Fasha telah menegur segelintir pengikutnya yang memberi pelbagai komen apabila dia tidak mempunyai gambar bersama keluarga suaminya di Instagram berbanding Nora yang memuat naik pelbagai foto bersama keluarga itu pada acara (KLFW2014) yang berlangsung baru-baru ini.

    Perkara tersebut membuatkan Fasha mempersoalkan sebab dirinya dibandingkan dengan Nora dan meluahkan bahawa dia tidak suka membaca komen-komen sebegitu di mana ia boleh melukakan hatinya.

    Bagaimanapun kata Fasha, dia bersyukur dan berterima kasih dengan kebanyakan pengikutnya yang menyokong dengan setiap perkara yang dilakukannya menerusi komen-komen positif yang diterima.

    Antara komen lain yang menyokong Fasha.

    Sementara itu, ditanya adakah dia mempunyai hubungan yang akrab dengan keluarga Jejai, Fasha enggan mengulas tentang perkara tersebut.

    "Soal sama ada saya akrab atau tidak dengan keluarga suami, saya tidak perlu komen.

    "Cuma apa yang boleh dikatakan di sini, saya harap masing-masing faham dengan had masing-masing. Peminat sekarang bijak dan mampu menilainya," tuturnya.

    Rakam aksi bogel,lagi pendedahan video tersembunyi dikongsi gadis.

  • Share The Gag
  • Gambar kes kamera tersembunyi CCTV dalam tandas di Hotel Villa A Famosa Resort Melaka. Pada 23 Jun 2014, pengguna laman sosial telah digemparkan dengan isu AFamosa Resort terdapat kamera tersembunyi disebalik penyangkuk baju bilik mandi villa berkenaan. 

    Isu pada mulanya disebarkan oleh akaun Facebook Valarie Lam (mangsa) yang menginap bilik hotel resort tersebut. Namun mangsa enggan mendedahkan identiti atau nama hotel yang dimaksudkan. Menerusi blog Singapura (http://www.allsingaporestuff.com), kisah tersebut sudah disebarkan oleh seorang rakan Valarie Lam yang berasal dari Singapura dan turut mendakwa kes itu berlaku di A’Famosa. 

    Untuk mengesahkan dakwaaan itu lagi, pihak kami cuba membanding foto yang disebarkan oleh Valarie Lam dengan foto bilik mandi di Hotel A Famosa Resort yang diambil dari laman web VillaAfamosa. Namun, hasilnya adalah sangat mengejutkan apabila rekaan atau susunan mozek itu adalah sama seperti dalam foto yang tersebar.



    Perbandingan Foto Bilik Mandi Web Vila A famosa Dengan Foto mangsa

    Rekaan dan sususan mozek antara bilik mandi yang diambil dari laman web VillaAFamosa adalah sama dengan foto dakwaan mangsa.



    Luahan Kisah Yang Tersebar Di Laman Blog Allsingaporestuff.com



    Gambar Kamera Tersembunyi CCTV Di A Famosa Resort Melaka




    KALIMAH ALLAH~Makhamah tolak rayuan pihak gereja.

  • Share The Gag

  • Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhbar mingguan Katolik,The Herald, pada Isnin bagi mendapatkan kebenaran untuk mencabar Kementerian Dalam Negeri berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya edisi bahasa Melayu.
    Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria, yang mempengerusikan panel mendengar hujahan tujuh hakim daripada kedua-dua pihak berhubung permohonan kebenaran merayu itu.
    Ini merupakan panel yang besar seumpamanya untuk menentukan permohon rayuan.
    Gereja itu memohon kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 15 Oktober 2013, yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam versi bahasa Melayu terbitannya.

    Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah Allah selepas Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan itu daripada menggunakan kalimah Allah adalah menyalahi undang-undang, terbatal dan tidak sah.

    Pada 2009, gereja Roman Katolik diketuai Paderi Besar Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman yang menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, antara lain memohon perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

    Majalah mingguan itu, yang diterbitkan dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan dalam versi bahasa Melayu, terutama bagi memenuhi keperluan penganut Katolik di Sabah dan Sarawak.

    GAMBAR~Aksi Selfie bodoh punca tersepit celah 'kemaluan' replika.

  • Share The Gag
  • Kerana Selfie, Pelajar Tersepit Dalam Replika Faraj adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Kerana Selfie, Pelajar Tersepit Dalam Replika Faraj membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.

    Kerana Selfie, Pelajar Tersepit Dalam Replika Faraj




    Kerana Selfie, Pelajar Tersepit Dalam Replika Faraj





    Seorang pelajar dilaporkan telah terperangkap di dalam replika batu faraj gergasi di Tubingen, Jerman.
    Pelajar pertukaran dari Amerika Syarikat itu tersepit pada marmar faraj gergasi itu ketika cuba memasuki ke dalamnya untuk merakam gambar pada Jumaat.

    Berikutan itu, lima kenderaan yang dilangkapi 22 anggota bomba dikerah untuk membebaskan pelajar berkenaan.


    Ketika mangsa tersepit, terdapat orang ramai yang merakam gambar dan menyebarnya di laman sosial sebagai kejadian yang memalukan.
    Selain itu, pihak bomba juga menganggap tindakan lelaki terbabit sebagai memalukan apabila dia cuba memasuki faraj gergasi.

    Faraj gergasi itu merupakan hasil seni seorang artis dari Peru, Fernando de La Jara dan telah berada Universiti Tubingen sejak 13 tahun lalu.

    Replika yang dipanggil Pi-Chacan itu bermaksud berkasih-sayang.


    GAMBAR~Kepala Babi dalam masjid,dua pemuda dicekup dan dibelasah.

  • Share The Gag
  • Dua individu yang melontar babi ke dalam sebuah masjid di Scotland pada Januari tahun lalu, dihukum penjara oleh sebuah mahkamah di sini, semalam.

    Douglas Cruikshank, 39, dihukum penjara selama sembilan bulan dan Chelsea Lambie, 18, dipenjara selama 12 bulan di pusat tahanan juvana selepas didapati bersalah mengancam dan mengganggu keselamatan orang lain ekoran serangan tersebut di Masjid Pusat Edinburgh.

    Mahkamah turut mendapati kedua-dua lelaki tersebut mempunyai kaitan dengan kumpulan berhaluan kanan, Liga Pertahanan Scotland yang anti-Islam.

    "Masyarakat Islam merupakan sebahagian penduduk penting di Scotland dan tindakan sedemikian tidak boleh dilakukan pada zaman moden negara ini," kata pendakwa raya, John Logue selepas hukuman dibacakan. - AFP