GAMBAR~Anak kucing dimakan hidup-hidup orang gaji gila di Sibu.

  • Share The Gag

  • SEORANG amah bukan sahaja bertindak memakan anak kucing majikannya hidup-hidup, malah dia turut menggigit pokok hiasan dan juga lengan seorang anggota polis dalam kejadian amuk di Sibu,Sarawak, semalam.
    Kronologi kejadian itu bermula apabila majikannya menemui bangkai anak kucing tersebut di depan rumahnya sebelum menyoal amah tersebut.
    Dia mengakui telah memakan haiwan itu sebelum mengamuk secara tiba-tiba sehingga majikannya terpaksa mengikat dan meletakkan dia di dalam kereta kerana bimbang keselamatan keluarganya.
    Keesokan harinya, majikannya membawa dia membeli nasi ayam yang diinginkannya.
    Bagaimanapun, amah itu dikatakan enggan masuk ke dalam kereta sehingga mencetuskan kekecohan.
    “Dia tiba-tiba mengamuk kemudian masuk ke dalam kereta semula dan membuang barang keluar dari kereta. Dia juga menggigit pokok hiasan,” kata majikannya, memetik Utusan Borneo
    Pihak polis yang dihubungi kemudiannya bergegas ke tempat kejadian, namun terpaksa berdepan dengan tindakan agresif amah itu yang meludah dan menggigit lengan salah seorang anggota mereka.
    Dia akhirnya dibawa ke balai polis sebelum dihantar ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan.

    GAMBAR~Pemuda India lawan tetak dalam pergaduhan di kuil Emas.

  • Share The Gag

  • Satu pergaduhan melibatkan anggota-anggota pasukan sukarelawan Jawatankuasa Shiromani Gurdwara Parbandhak (SGPC) dan para aktivis Sikh telah menyebabkan 12 orang cedera di kompleks Kuil Emas di Amritsar, India semalam.

     Pergaduhan itu berlaku selepas anggota-anggota Shiromani Akali Dal menegaskan, mereka dibenarkan untuk berucap menerusi mikrofon. Beberapa saksi berkata, pada pertempuran itu, para aktivis Shiromani Akali Dal dihalang oleh para sukarelawan SGPC daripada menghunus pedang, lembing dan senjata tradisonal yang lain.

     Tindakan para sukarelawan SGPC itu menyebabkan pergaduhan berlaku melibatkan kedua-dua pihak pada ulang tahun ke-30 Operasi Bintang Biru yang berakhir semalam. Pada operasi Bintang Biru itu, kira-kira 400 orang terbunuh pada Jun 1984 atas arahan Perdana Menteri ketika itu, Indira Gandhi.

     Pemimpin golongan pemisah, Jarnail Singh Bhindranwale turut diusir keluar oleh askar-askar India dalam kejadian itu. Ramai orang yang dilihat berlari untuk menyelamatkan diri ekoran kejadian itu. Kedua-dua anggota kumpulan itu saling kejar-mengejar di tangga marmar di dalam kuil tersebut.

     Bagaimanapun, pertempuran tersebut berjaya dikawal dengan kehadiran anggota keselamatan tambahan yang ditempatkan di dalam kuil itu. “Insiden ganas itu akan disiasat dan tindakan akan diambil ke atas mereka yang dituduh melakukan perbuatan tersebut,” kata seorang pemimpin pentadbiran kuil tersebut, Giani Gurbachan. – Agensi

    GAMBAR~Tauke Jambu 'beraksi' umpama kasanova kaya.

  • Share The Gag

  • Jangan disangka pelawak-pelawak di Malaysia tak berduit ya.Tengok saja Tauke Jambu yang sanggup membeli sepasang kasut dengan harga RM6,390 sambil beraksi persis kasanova. Terbaikkk. Ramai juag gadis memuji yang Tauke semakin hensem sekarang.
    Kayanya Tauke Jambu... Beli Kasut Sampai RM6,390!
    Kami sendiri tidak pasti dari mana sumber gambar resit ini, namun ia sudah mula dikongsi oleh ramai pengguna di laman sosial Facebook.
    Agak-agaknya, berapa banyak kasut yang boleh anda beli dengan harga itu ya.

    GAMBAR~Realiti TV dikecam papar wanita beranak di tengah hutan.

  • Share The Gag

  • Amerika Syarikat –Satu rancangan realiti disifatkan sebagai melampau apabila ia bakal merakamkan wanita melahirkan anak dalam hutan, tanpa bantuan doktor dan tiada tempat berteduh langsung.
    Rancangan itu diumumkan oleh Lifetime yang akan menyaksikan wanita melahirkan anak dengan hanya dikelilingi oleh hutan belantara.
    bayi3
    Menurut penerbitnya Eli Lehrer, hanya ibu yang pernah bersalin sahaja dibenarkan menyertainya manakala kehadiran kru televisyen di situ adalah bagi meningkatkan keselamatan wanita terbabit.
    “Kita akan melaksanakan langkah berjaga-jaga bagi memastikan ibu dan bayi selamat,’’ katanya.
    Rancangan realiti ini hasil cetusan satu video yang dimuat naik dalam Youtube oleh seorang pemegang akaun Youtube dikenali sebagai Birthinnature , di mana seorang wanita melahirkan anak di hutan belantara.

    GAMBAR~Adik Neelofa cun dikutuk memasak pakai gaun nipis.

  • Share The Gag

  • Bila bergelar artis, bukan diri sendiri sahaja jadi perhatian orang ramai tapi adik beradik juga tak lepas dari aura popular.
    Contohnya pelakon cantik Neelofa, keindahan wajah adiknya yang dikenali sebagai Ameera kini mula disebarkan di laman-laman sosial terutama oleh kaum Adam.
    Cuma tak sedapnya, ada gambar yang disebarkan mempromosi ‘kapsyen’ adik Neelofa sedang memasak dengan hanya memakai baju nipis paras lutut.
    Sampai begitu sekali pemerhatian dilakukan ya?
    1

    GAMBAR~Aksi 'gedik' Nora Danish bersama anak Pak Menteri di Sepanyol.

  • Share The Gag

  • Pelakon berstatus janda yang menjadi igauan ramai lelaki seantero Malaya, Nora Danish dan teman tapi mesranya iaitu Nedim Nadzri telah terbang ke Sepanyol beberapa hari yang lepas.
    Nora Danish pergi ke Sepanyol untuk menjalani penggambaran drama terbaru di bawah arahan Erma Fatima. Manakala Nedim pula memegang watak sebagai sidekick Nora Danish ataupun penjaga.
    Apa pun, jom lihat gambar Nora Danish dan Nedim di Sepanyol di bawah ini:
    Nora Danishnora danish selfienora danish hotnora danish di sepanyolNora Danish Dan Shaheizy Samnd26nd27

    GAMBAR~Punca sebenar anak kecil jatuh tingkat 3 The Garden tersebar.

  • Share The Gag

  • 31 Mei lalu, cuti persekolahan yang baru bermula mencatat sejarah pahit buat satu keluarga apabila seorang kanak-kanak perempuan 7 tahun meninggal dunia selepas jatuh dari tingkat 3 pusat beli belah The Gardens, Mid Valley.
    Menurut berita yang tersebar Nur Emielda Nadia Bt Sallehudin dikatakan jatuh ke ruang sebelaheskalator sebelum melayah jatuh ke tingkat satu.
    Bagaimanapun menerusi satu pekeliling dikeluarkan pusat beli belah terbabit 2 Jun lalu, berita yang tersebar ini disahkan kurang tepat.
    Berdasarkan siasatan dalaman termasuk penelitian daripada CCTV sejurus sebelum insiden berlaku, adik Nur Emielda dan keluarganya dirakam berdiri di sebelah eskalator yang terletak di Utara The Gardens.
    Ketika itu mangsa dilihat bermain dengan tempat pemegang tangan (susur tangan) eskalator yang bergerak ke atas sebelum tubuh kecilnya ikut tertarik oleh pergerakan susur tangan tersebut hingga hilang kawalan.
    Keadaan itu membuatkan Nur Emielda tercampak ke bahagian kiri susur tangan eskalator sebelum terjatuh dari eskalator tingkat tiga tersebut.
    Sebaik sahaja insiden disedari pengawal keselamatan di P1 tempat Nur Emielda jatuh, kawasan kejadian dikepung dan hanya kakitangan perubatan serta keluarga dibenarkan berada berhampiran.
    CPR segera dilakukan. Kakitangan perubatan bertugas turut melibatkan anggota paramedik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Polis Bricfields yang dihubungi oleh pihak pengurusan pusat beli belah.
    Bagaimanapun Nur Emielda disahkan sudah meninggal dunia oleh paramedik yang melakukan pemeriksaan sebaik sahaja tiba di tempat kejadian

    GAMBAR NGERI~Pemuda lari dari polis bersama 'makwe' dilanggar.

  • Share The Gag

  • RASANYA, semua pengguna jalan raya sudah tahu akan bahayanya melanggar lampu isyarat merah.
    Namun, dek kerana degil dan terlalu yakin tiada perkara buruk yang akan menimpa mereka, ramai yang mengingkari peraturan ini.
    Kemalangan yang berlaku di hadapan Hotel Concorde, Seksyen 9, Shah Alam semalam mungkin boleh dijadikan iktibar oleh para pengguna jalan raya.
    Akibat melanggar lampu isyarat merah, seorang penunggang dan pembonceng motosikal parah selepas dirempuh oleh sebuah kenderaan lain.
    Bagaimanapun, menerusi komen seorang pengguna di Facebook Daily Traffic Report, mangsa dikatakan cuba mengelakkan diri daripada dikejar oleh pihak polis ketika kejadian.
    sa                                         Beberapa gambar turut dikongsikan untuk tatapan umum:
    sa 3
    sa 2
    sa 1
    sa 4

    GAMBAR~Aksi gadis bertudung bergaduh dengan gadis 'freehair'.

  • Share The Gag

  • Yang atas ini hanya hiasan saje k. tapi yang gaduh tu printscreen di bawah ini. Alahai, nak jugak tegakkan benang yang basah. Pembaca semua boleh menilai sendiri dengan akal fikiran yang waras siapa yang sebenar bodoh dalam permasalahan ini.




    GAMBAR~Aksi seksi Tasha Shila bermanja bersama keluarga kekasih.

  • Share The Gag
  • Aku dulu suka tengok Tasha Shila ni.. Masa awal2 dia belakon dulu la.. Masa tu muka naif je.. Jauh sangt rupa dulu dan sekarang... Tambah sejak ada kekasih siam nih..ekekek.. Makin seksi dah.engok diaorang berdua ni muka macam ada iras2..kan?? Ada jodohla gamaknye... Tasha Shila pun dah kenal2 keluarga Hans.. Siap sambut harijadi mak Hans baru2 nih.. Jom tengok gambar nye..



    T







    Janda bergetaj tuntuh duit RM100juta pada datuk terkenal.

  • Share The Gag

  • Datuk Seri Mahmud Abu Bekir memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah bahawa dirinya kini gembira dengan perkahwinannya bersama Shahnaz Majid namun keadaan itu bertukar apabila bekas isterinya itu sering kali bertanyakan mengenai pergerakannya hari ini.

     Dalam perbicaraan kes tuntutan mutaah RM100 juta anak kepada gabenor Sarawak itu menyatakan mereka hidup dengan gembira sejak pernikahan pada 9 Januari 1992 dan keadaan bertambah baik dengan kelahiran anak lelaki mereka pada 11 Disember 1993.

     “Dia selalunya akan bertanya dengan sopan pada mulanya tetapi pada penghujung 1994 dia mula bersikap biadab dan akan bercakap kasar kepada saya di depan kawan dan pekerja di pejabat. Dia juga akan melihat setiap panggilan telefon dan akan bertanya kepada pemandu pergerakan saya,” katanya.

     Dalam keterangannya, Shahnaz kerap akan melihat badannya sama ada terdapat kesan calar atau tidak ketika beliau keluar minum teh tarik bersama rakan. Beliau turut memberitahu mahkamah tidak pernah memukul bekas isterinya namun mengakui tertolak ketika Shanaz cuba untuk mencalarkan mukanya.

     Mahmud Abu Bekir menambah bekas isterinya bertindak memalukannya dalam satu program yang dihadiri bersama ibu bapanya di lobi Hotel Hilton, Kuching Sarawak ketika berlaku pergolakan dalam rumah tangganya. “Dia memarahi saya dan bertanya siapa dua wanita di lobi itu, saya tidak kenal mereka dan memberitahu perkara itu kepada dia.

     Tapi dia kemudiannya pergi kepada dua wanita itu dan memarahi mereka, saya amat malu,” tambahnya lagi. Selain itu, beliau mendakwa Shahnaz akan memarahinya di depan rakannya walaupun ia perkara remeh seperti caranya berpakaian.

     Namun Mahmud Abu Bekir mengakui masalah dalam perkahwinan mereka hampir pulih apabila Shahnaz didapati menggandung pada 1996 tetapi 3 bulan kemudiannya bekas isterinya keguguran. Dalam keterangannya, beliau berkata Shahnaz marah kepadanya dan menuduh dirinya menjadi punca keguguran itu.

     “Cemburu dia menjadi-jadi maka saya pindah ke bilik lain dengan berharap dia menjadi tenang dan keadaan bertambah baik. Namun perangainya tidak berubah jadi saya keluar rumah di Kuching dan tinggal di rumah milik bapa saya di Kuala Lumpur pada 1998,” katanya. Pada 1999, Shahnaz kembali berpindah ke Kuala Lumpur dan tinggal di rumah ibunya di Damansara dan kemudiannya membeli rumah bernilai RM2 juta di Damansara.

     Rumah tersebut tersebut dibeli atas nama Shahnaz di mana beliau perlu membuat pinjaman RM1.5 juta kepada bank. Mahmud Abu Bekir juga turut membeli tiga kereta melalui syarikat bersama bagi kegunaan Shahnaz iaitu Mercedes S-class, BMW 85 dan Jeep Cherokee.

    Beliau berkata, Cullen adalah bekas polis di Toronto yang kemudiannya menjadi penyiasat bersama isterinya Eliane White dan menawarkan perkhidmatan menjejaki aset kepada pasangan bercerai di Kanada dan Amerika Syarikat (AS). Beliau berkata, Cullen bagaimanapun didapati terlibat dengan pemalsuan dokumen dan kini dipenjara atas kesalahan memalsukan dokumen bank.

    GAMBAR~Pemuda Palestin berjihad Syahid ditembak tepat di muka.

  • Share The Gag
  • Mustafa Tamimi (28) seorang warga Palestin (oh wait UN tak terima Palestin itu sebuah negara!) syahid setelah ditembak dibahagian muka dengan gas pemedih mata. Mustafa cedera parah dibahagian muka kerana tin gas menghentak muka beliau pada jarak10 meter. 

    This is lethal ladies and gents. Kematian beliau tidak mendapat kutukan ramai pihak kerana no one gives a shit about palestinians anymore including our mainstream media.

     Penggunaan gas pemedih mata sebagai senjata ofensif seperti didalam situasi diatas adalah diharamkan oleh bangsa-bangsa bersatu. In fact penggunaan gas pemedih mata hanya boleh digunakan bagi crowddispersal dan ditembak keudara. Tidak seperti apa yang dilakukan tentera zionis.Kenapa Mustafa ditembak? Kerana membalis batu kearah jip tentera zionis. Yes. Baling batu sahaja. 






    GAMBAR~Burung dalam seluar punca lelaki ditahan..

  • Share The Gag

  • Seorang lelaki telah ditahan selepas cuba menaiki sebuah pesawat ke Amerika Syarikat bersama-sama dengan 66 burung yang disorokkan dalam seluarnya.

     Lelaki tersebut ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Ignacio Agramonte di Camahuay di Cuba selepas ditahan untuk pemeriksaan kerana bonjol besar yang mencurigakan pada seluarnya.

     Semasa ditahan oleh kakitangan kastam, lelaki itu berkata, dia hanya membawa seekor merpati sebagai hadiah untuk cucunya. Tetapi apabila dipaksa menanggalkan seluarnya, pegawai menemui puluhan anak burung cakar dan burung madu sebahagiannya dengan muncung mereka diikat rapat supaya kicauan mereka tidak didengari.

     Polis menyatakan kesemua burung itu datang dari spesies yang jarang ditemui dan kemungkinan besar dicuri. Ia dianggar bernilai ribuan ringgit.

    GAMBAR~Penipuan Barat dan penyiksaan penagih candu di China.

  • Share The Gag
  • Apa itu abad penghinaan atau bǎinián guóchǐ ? Ianya seabad dimana rakyat China merasakan negara mereka dimalukan oleh kuasa luar seperti British, Perancis dan USA. Ianya bermula setelah Maharaja China meletakkan sistem Kanton. Melalui sistem Kanton pedagang luar tidak boleh berdagang secara terus di China tetapi dihadkan hanya di perlabuhan Kanton ketika musim perdagangan. Diluar musim perdagangan pedagang harus keluar dari China dan mereka berambus ke Macau. Piahk British melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)membeli teh dari China dan menukarkannya dengan tahil timah kepada negara China.

    Permintaan terhadap teh melonjak di Eropah menyebabkan ketidak seimbangan perdagangan antara China dan British. China pada masa itu tidak banyak mengeksport barangan dari Britain. Kesan daripada trade deficit ini negara Britain kekurangan perak dan ini menrisaukan empayar Britain. Maharaja China menetapkan beliau hanya mahu menerima tahil perak sebagai matawang rasmi dan enggan menerima bayaran dalam bentuk lain. Bayaran dalam bentuk emas pun ditolak baginda.

    Pada waktu itu timbul idea geliga dari SHTI untuk mengeksport candu dari koloni mereka di India kedalam China bagi mengimbangi defisit perdagangan diatas. Bila candu mula dibawa masuk bermulalah masalah ketagihan candu yang kronik dikalangan rakyat China. Lama-kelamaan China terpaksa mengimport candu lebih banyak dari mereka mengeksport daun teh. Ini menyebabkan baginda Maharaja pula risau kerana jumlah perak dalam simpanan negara berkurangan. Bagi menyelamatkan masa depan negara, baginda mengerahkan pemberhentian perdagangan dengan kuasa luar. Baliau juga memaksa pedagang SHTI menyerahkan kesemua stok candu mereka kepada pihak berkuasa untuk dimusnahkan. Baginda cuba menyelamatkan ekonomi negara dan pada waktu yang sama membanteras masalah ketagihan candu yang semakin kronik.

    Pjihak SHTI tidak berpuas hati dan melaporkan kejadian ini kepada kerajaan British. Maka bermulalah Perang Candu Pertama yang berakhir dengan kekalahan China pada tahun 1842selepas 3 tahun bermandi darah.China kemudian bersetuju menanda tangani Perjanjian Nankingyang membenarkan perdagangan candu berterusan, penyerahan Hong Kong kepada British, hak berkuasa kepada British di pelabuhan China serta penetapan tarif yang berat sebelah kepada British. Perjanjian ini juga dikenali sebagai Perjanjian Berat Sebelah dikalangan penduduk China kerana British tidak memberikan apa-apa kembali kepada China keatas hak perdagangan istimewa meraka ini.

    Selepas perjanjin Nanking dimeterai masih ada pembesar China yang rasa terhina. Mereka kemudian melanggar syarat berat sebelah yang terpaksa dipersetujui mereka. Ini menyebabkan berlakunya Perang Candu Kedua yang juga berakhir dengan kekalahan China. Pelabuhan Cantondibedil kapal perang Inggeris tanpa belas kasihan dan akhirnya perjanjian baru dimaterai dengan syarat-syarat yang lebih memalukan China. Kali ini Perancis, Russia dan USA turut serta merogol ketuanan Cina di China.

    At the end of the China lost it all thanks to the conniving skill of the British DRUG DEALERS. Chinese were humiliated and the world power of that time plundered China of all her wealth








    GAMBAR~Kemalangan teruk berulang libatkan pesawar MAS.

  • Share The Gag

  • Satu lagi insiden membabitkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) dilanggar sebuah kenderaan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

     Pelanggaran tersebut menyebabkan pesawat B737-800 mengalami kerosakan serius pada bahagian bawah badan kapal terbang.

    MAS menyatakan insiden turut mengakibatkan kerosakan pada fiuslaj pesawat. “Buat masa ini, pemandu kenderaan bagasi tersebut digantung kerja sementara siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian,” kata jurucakap MAS

    GAMBAR NGERI~Pemuda ditetak pendatang asing dalam pergaduhan di Keningau.

  • Share The Gag

  • Satu status di Facebook tentang kekejaman pendatang asing di Keningau, Sabah ketika melakukanjenayah kini tersebar.
    Bersama status tersebut, turut disertakan contoh kes dan gambar mengerikan keadaan mangsa yang ditetak dengan teruk dalam satu kejadian gaduh pada 1 Jun lalu, jam 5.30 petang.
    Mengikut laporan polis dibuat mangsa, dia cedera ditetak dengan parang di siku kiri hingga terpaksa menerima lima jahitan di Hospital Keningau.
    Saudaranya bernama Analem Tony, 31, dan Manayon Raw Palanok, 39, turut mengalami kecederaan selepas diserang sekumpulan lelaki antara tujuh hingga lapan orang menggunakan senjata tajam termasuk parang, besi dan kayu.
    1
    Analem mengalami kecederaan di muka apabila terjatuh di jalan raya semasa melarikan diri manakala Manayon menerima sebelas jahitan di kepala sebelah kiri akibat ditetak dengan parang.
    Bagaimanapun, siasatan mendapati insiden ini berpunca daripada masalah peribadi yang bermula di pusat karaoke selepas mangsa mengambil minuman keras.
    Cuma mungkin apa yang ingin disampaikan menerusi penyebaran status sebegini adalah, kebanyakan pendatang asing memiliki hati kering dan setakat menetak orang dengan parang adalah perangai biasa mereka apabila bergaduh

    GAMBAR NGERI~Pemuda terlekat di Myvi yang tidak disiarkan.

  • Share The Gag

  • Seorang pekerja penghantaran sebuah restoran makanan segera berusia 20-an cedera di kaki dan kepala selepas terbabit dengan kemalangan di Jalan Telaga Air Raja Uda, di sini, 1.04 petang semalam.

     Kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan iaitu Perodua Kancil, Myvi dan motosikal ditunggang mangsa. Ketika kejadian Perodua Kancil berkenaan dilanggar Myvi terbabit menyebabkan mangsa gagal mengelak dan merempuh Myvi berkenaan.

     Motosikal mangsa melanggar sisi Perodua Myvi berkenaan menyebabkam ia melambung. Mangsa bagaimanapun tersekat pada motosikalnya selepas bahagian digunakan untuk mengisi makanan tersangkut pada bumbung Perodua Myvi. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan kecemasan.

    GAMBAR~Apa itu sebenarnya selfie.

  • Share The Gag
  • Kerana selfies juga boleh menjadi infografik. Selfie memang menjadi trend famous abad ni..So mari kita kenali apa itu sebenarnya selfie..




    Gemar mengfitnah,Malaysiakini bakal disaman berjuta ringgit.

  • Share The Gag

  • Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman terhadap portal berita propembangkang, Malaysiakini berhubung penerbitan dua artikel berunsur fitnah bertajuk 'A case of the PM reaping what he sows' dan 'How much will Najib spend to keep Terengganu'.

     Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 30 Mei lalu oleh Najib atas kapasiti peribadi beliau dan dinamakan sebagai plaintif kedua sementara Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh bagi pihak UMNO bertindak sebagai plaintif pertama.

     Mereka menamakan syarikat Mkini Dotcom Sdn. Bhd.; Ketua Editor Malaysiakini, Steven Gan; dan Ketua Pengarangnya, Fathi Aris Omar masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

     Dokumen mengenai saman tersebut yang difailkan melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak diterima oleh pihak media hari ini. Pengurusan kes tersebut buat kali pertama dijadualkan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, S.M. Komathy Suppiah pada 18 Jun ini.

    GAMBAR~Buaya golek kini jadi menu pilihan.

  • Share The Gag

  • Kita mesti selalu mendegar menu panggang seperti Ayam Golek dan Kambing Golek. Adakah anda pernah mendengar atau melihat menu Buaya Golek.

    Di Facebook, ada rakan online yang memuatnaik gambar menu seekor buaya sedang dipanggang ala-ala ayam goek di sebuah restoran.

    Memang diketahui ada beberapa negara di Asia gemar menjadikan buaya sebagai menu makanan mereka tetapi tidak diketahu rupanya buaya boleh dipanggang sebegini rupa.

    Hasil pemeriksaan lanjut, penulis mendapati cara memasak buaya sebegini banyak dilakukan di Filipina.

    Negara-negara seperti Thailand dan Filipina memang terkenal dengan makanan eksotik dihasilkan dari haiwan berbahaya dan berbisa seperti ular, biawak inikan pula buaya.


    Dalam satu menu yang dilaporkan blog menu eksotik, dalam bahasa Filipina menu itu dikenali sebagai Lechon Buwaya (Buaya Panggang).

    Sebuah ladang buaya di wilayah Rizal, Filipina menawarkan menu itu dengan harga yang berpatutan kerana ia memiliki kira-kira 15,000 ternakan buaya di ladang berkenaan.

    Menurut Jabatan Alam Sekitar dan Sumber Asli Filipina (DENR), pihaknya membenarkan kegiatan menyembelih dan memakan buaya selagi buaya itu datang dari proses peliharaan dan bukannya yang ditangkap di habitat liar.

    Harga buaya panggang mencecah ke P10,000 Peso Filipina (RM735) untuk buaya seberat 18 kilogram dan hanya P8,000 Peso Filipina (RM588) bagi buaya panggang seberat 14 kilogram.

    GAMBAR~Tetikus terpantas di dunia berjaya dicipta Lamborghini.

  • Share The Gag
  • Tetikus Lamborghini di bawah pastinya sesuai kepada gear heads yang tidak mempu memiliki Lambo sebenar. Ia juga mempunyai lampu hadapan yang menyala apabila digunakan. Tak dapat the real thing dapat versi minipun jadilah!