Gadis Pailang kena sumbat ke Sekolah Tunas Bakti serta merta.

  • Share The Gag

  • Pelajar 'Gadis Pailang' diperintah jalani pemulihan di Sekolah Tunas Bakti
    Tindakan pelajar 'Gadis Pailang' itu menyebabkan kecederaan pada seorang lagi pelajar perempuan tingkatan tiga. -BERNAMA Photo

    SAMARAHAN:Tiga pelajar perempuansebuah sekolah menengah di sini terpaksa melupakan hasrat untuk berhari raya bersama keluarga apabilaMahkamah Majistretdi sini memerintahkan mereka menjalani pemulihan di tiga Sekolah Tunas Bakti berasingan selama dua tahun berkuatkuasa hari ini.

    MajistretZulhairil Sulaimanmemerintahkan ketiga-tiga tertuduh berusia 16 tahun itu dihantar keSekolah Tunas Baktidi Terengganu, Melaka dan Miri.

    Ketiga-tiga tertuduh diarah ditempatkan sementara di Taman Seri Puteri Kuching sebelum dihantar ke Sekolah Tunas Bakti.

    Zulhairil mengeluarkan perintah itu di dalam kamarnya, selepas mereka mengaku bersalah pada 23 Jun lepas menyebabkan kecederaan dengan sengaja ke atas seorang pelajarperempuantingkatan tiga sekolah yang sama pada 9.40 pagi, 25 April lepas.

    Tindakan mereka membelasah mangsa dimuat naik diYouTube.


    Neelofa enggan jadi macam Abby raih populariti dengan berceramah.

  • Share The Gag
  • Memang tidak dinafikan ramai selebriti wanita tempatan sudah mula mengenakan hijab secara kekal dan berhijrah sepenuhnya.

     Ramai yang menarik nafas lega dan bersyukur kerana artis kegemaran mereka sudah melakukan perubahan positif.

     Dan tentunya, mereka ingin tahu kisah sebenar disebalik pembukaan hati dan bagaimana artis-artis ini menerima hidayah untuk berubah. 

    Neelofa yang melakukan perubahan yang mengejutkan, bagaimanapun tampil memaklumkan yang beliau tidak akan berkongsi pentas dengan mana-mana pihak untuk memberikan ceramah. 

    Katanya, “Siapalah saya untuk memberi ceramah? Ilmu yang saya ada tidak mungkin untuk saya bergiat sebagai penceramah. Kalau nak kongsi mengenai penghijrahan ini juga agak keberatan kerana tidak mahu dilihat seperti riak.” “Saya mengenakan hijah bukan kerana mahu berkahwin ataupun perniagaan. 

    Saya ada juga mendengar kononnya saya berhijab kerana perniagaan jubah. Itu semua tidak benar.” Elok juga Neelofa berfikiran begitu. Daripada sibuk mengajar orang, lebih baik diri sendiri pergi mendalami ilmu agama terlebih dahulu kan. -SUMBER.

    Isteri mengandung 8 bulan dihalau kerana suami mahu asmara dengan janda di rumah.

  • Share The Gag
  • Hidup berumahtangga mempunyai seribu satu cabaran.. Bukan saja bagi seorang isteri, tetapi bagi seorang suami yang dipertanggung jawabkan untuk menjaga rumahtangga terbabit untuk menuju kearah kebahagiaan...

    Dibawah ini merupakan kisah rumahtangga yang dialami oleh seorang wanita yang cekal dan tabah mengharungi onak ranjau kehidupan.. Bayangkan.., dalam kandungannya hampir 8 bulan, beliau dihalau oleh suami semata-mata kerana gilakan wanita lain...

    Mari kita ambil ikhtibar dan panduan diatas apa yang berlaku....

    Nama saya Fazilah (bukan nama sebenar). Saya berumur 27 tahun. Saya sudah bercerai dengan bekas suami semasa hamil anak kedua. 

    Walaupun sedang sarat, saya nekad kerana semua bukti kecurangan suami ada di depan mata. Satu hari saya terduduk hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu. 

    Sudahlah sedang mengandung 8 bulan. Suami saya sanggup menghalau saya dari rumah semata-mata mahu membawa perempuan lain masuk. 

    Saya keluar dan membawa anak kerana saya tahu saya bukan lagi di hatinya. Saya sangat malu dan ketika itu saya terpaksa menumpang di rumah keluarga angkat. Semasa saya melahirkan anak, talak telah gugur ke atas saya. 

    Ketika saya sedang dalam pantang 15 hari dan sedang sakit saya terpaksa turun naik mahkamah. Akhirnya kes penceraian kami selesai dan suami saya sangat puas dan seronok kerana dapat melepaskan saya dan anak-anak. Dia sudah ada pengganti baru seorang jururawat yang cantik dan tinggi seperti model. 

    Kini anak saya yang kecil sudah berumur setahun. Dia sudah boleh berjalan dan sangat comel. Saya terpaksa meninggalkan anak saya bersama ibu di kampung. Di sana mereka dipelihara dengan penuh kasih sayang sehingga saya mahu menjaga anak sendiri pun ibu tidak benarkan. 

    Saya tidak kisah tentang itu kerana saya boleh menjenguk anak dan ibu bapa di kampung. Sekarang selepas saya bahagia dan ada kehidupan sendiri, bekas suami datang merayu kepada ibu bapa saya supaya memujuk saya untuk membawa anak yang kecil tinggal bersama saya. 

    Tujuannya adalah untuk kesenangan dia menjenguk anak-anak. Katanya dia mahu menyediakan rumah dan pengasuh. Tetapi keluarga saya keberatan untuk memberi kebenaran. Sebelum ini jangan kata nak sediakan semua itu, wang nafkah pun dia tidak pernah beri dengan cukup walaupun dia seorang ahli perniagaan yang berpendapatan RM20,000 sebulan. 

    Dia langsung tidak berani untuk bersemuka mahupun menghubungi saya. Dia terus pergi ke kampung berjumpa dengan ibu bapa saya dan berkata mahu menebus segala kesilapannya. 

    Tetapi hati saya sudah tidak dapat lagi menerima bekas suami saya. Saya sakit, perit, trauma dan fobia. Lagipun dia sudah berkahwin dengan perempuan itu di sempadan kerana ditangkap khalwat. 

    Di mana saya nak tinggal, ke mana saya nak pergi mengapa dia yang perlu tentukan? Saya tidak pernah menghalang pun dia untuk berjumpa dengan anak-anak. Saya sangat sedih. Dahulu dia buang saya dan darah dagingnya sendiri. Saya bertarung nyawa seorang diri. Kenapa baru sekarang dia cari saya?

    Ikan Patin makan Babi jadi rebutan penduduk Melayu di Ipoh.

  • Share The Gag
  • Ipoh: “Saya nampak ribuan ikan patin di sekitar kawasan dalam dan luar kolam itu sebaik kolam berkenaan pecah dan ketika kejadian berlaku, ramai orang berebut-rebut mengutip ikan itu termasuk masyarakat beragama Islam,” kata Mohamad Khirul Adnan Hamid, 26, individu yang memuat naik maklumat serta gambar yang menampakkan tulang haiwan dipercayai babi di laman blog peribadinya dalam kejadian kolam ikan patin pecah di Lahat, di sini, Ahad lalu.

     Menurutnya, dia mendapat maklumat mengenai kerosakan paip pecah yang menyebabkan air melimpah hingga tebing kolam terbabit runtuh kira-kira jam 2 petang, Ahad lalu, selepas dimaklumkan oleh seorang rakannya.

     Katanya, ketika kejadian, orang ramai dilihat mengerumuni kolam itu selepas kesemua ikan ternakan mula kelihatan di luar dan permukaan dasar kolam. “Saya difahamkan saliran kolam itu mengalami masalah sehingga menyebabkan air di situ susut hingga menampakkan permukaan dasar tanah. 

    Akibatnya, kesemua ikan di dalam kolam itu jelas kelihatan sekali gus menjadi tumpuan orang ramai. “Malah, satu saluran turut pecah menyebabkan sebahagian ikan di situ berlambak ke luar kolam,” katanya. 

    Menurutnya, ketika di tempat kejadian, dia juga sempat menasihatkan orang awam khususnya yang beragama Islam supaya tidak mengambil ikan patin itu untuk makan kerana berdasarkan pemerhatiannya, rangka tulang haiwan yang bersepah di dasar kolam itu dipercayai rangka babi.

    Hot Mama Maria Farida beraksi dengan kain terbelah pula.

  • Share The Gag
  • Mungkin korang masih ingat kontroversi yang dikaitkan dengan pelakon hebat bergelar HOT MAMA, Maria Farida gara-gara memuatnaik sekeping foto bikini dan seluar dalam miliknya di laman Instagram peribadi.

    Perkongsian itu mendapat respon negatif dari para peminatnya sehingga membuatkan Maria naik angin dan masih geram sehingga kini. Salah siapa sebenarnya?

    Apapun, lupakan gosip hangat itu sementara dan layan sekeping gambar panas Maria Farida di bawah ketika memakai skirt belahan paras peha.

    Meskipun tampil secara santai dan nampak biasa namun oleh kerana gelaran imej seksinya selama ini, Maria tetap kelihatan begitu sensasi.



    Kopiah jadi masalah ketika memandu bas jadi viral di Facebook.

  • Share The Gag
  • Jika apa yang diberitakan ini benar lagi sahih maka adalah menjadi suatu kesalahan mana-mana pemandu bas Rapid memakai kopiah ketika bertugas.



    Mohon pihak yang berkenaan memberikan respon terhadap surat yang sudah pun berlegar ligat dan luas dialam maya demi pencerahan..

    Gambar bogel punca pengantin perempuan diceraikan di majlis kahwin.

  • Share The Gag


  • Seorang pengantin lelaki menceraikan isterinya pada malam perkahwinan mereka selepas menerima gambar intim wanita berkenaan daripada bekas kekasihnya.

    Pasangan itu meraikan majlis perkahwinan mereka di sebuah hotel apabila pengantin lelaki itu diberi bunga dan sampul mengandungi kad memori di samping nota yang menggesanya melihat gambar isterinya dalam kad itu.

    Kerana terkejut selepas melihat gambar itu, dia mengambil keputusan menceraikan isterinya ketika itu juga, lapor akhbar Sabq, memetik cerita seorang pendakwah, Shaikh Ghazi Bin Abdul Aziz Al Shammari.

    Menurut laporan itu, pengantin perempuan dihubungi bekas kekasihnya empat hari sebelum majlis perkahwinannya.

    Bekas kekasih wanita itu memaksa mereka bertemu malah mengancam mendedahkan hubungan mereka kepada bakal suaminya jika dia enggan berbuat demikian.

    Wanita itu memberitahu bekas kekasihnya agar melupakan hubungan mereka kerana dia mahu menempuh hidup baru bersama suami dan mempunyai keluarga.

    Rayuan wanita itu tidak diendahkan malah bekas kekasihnya yang tidak berpuas hati bertindak menghantar bunga bersama gambar pengantin perempuan yang mengakibatkan dia dicerai.

    - Agensi

    Tudung Fareeda jadi sasaran,utamakan aurat bukan fesyen.

  • Share The Gag
  • Seorang penggiat laman Instagram yang hanya dikenali dengan nama Habib telah mendedahkan satu fakta tentang kelebihan tudung Bawal berbanding tudung Fareeda. Pendedahan ini pasti akan mengejutkan ramai wanita muslim di luar sana.

    Apakah bentuk fakta yang telah dibongkar itu? Kenapa jenama tudung Fareeda sekali lagi dijadikan sasaran? Kalau fikir secara positif, tudung Fareeda mungkin dihasilkan untuk para wanita yang suka berfesyen tetapi masih menutup aurat seperti yang dituntut agam Islam.



    Chef terkenal tak reti hormat waktu berbuka?

  • Share The Gag
  • Chef selebriti Nik Michael Imran, 24, naik angin dan cukup kesal apabila timbul dakwaan beliau kononnya tidak menghormati waktu berbuka puasa. Beliau yang juga merupakan pemilik restoran PickNik yang terletak di Publika, Solaris Dutamas ini, menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah.

    "Tuduhan yang mengatakan saya tidak sensitif terhadap waktu berbuka adalah sangat mengarut. Itu fitnah! Orang yang buat cerita itu sangatlah busuk hati dan sengaja cari pasal dengan menimbulkan isu ini.

    "Pada hari tersebut ada ramai orang yang yang boleh jadi saksi bahawa tuduhan itu sama sekali tidak benar", itu respon Nik Michael apabila diminta mengulas mengenai dakwaan tersebut, ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa anuran Air Asia dan Air Asia X, bertempat di hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, malam tadi.

    Semalam, sebuah akhbar tempatan ada menyebut yang Nik Michael tidak sensitif akan waktu berbuka puasa. Kejadian berlaku pada 2 Ramadan lalu.

    Pada hari tersebut, ada jemputan sebuah syarikat gergasi ke restoran milik Chef itu untuk memperkenalkan perkakasan masakan. Bila majlis bermula, Nik Michael dikatakan galak memperkenalkan perkakasan elektrik yang digunakan sehinggalah Azan Maghrib sudah berkumandang dia masih juga belum berhenti membuat demonstrasi.

    Tetamu yang hadir hanya dihidangkan makanan pada pukul 8.15, iaitu ketika sudah hampir hendak masuk waktu Isyak. Lantas tindakan Nik Michael itu sifatkan sebagai tidak menghormati waktu berbuka dan juga para tetamu yang beragama Islam yang berada di majlis itu.

    Mengulas lanjut mengenai isu itu, tambah Nik Michael lagi, dia berasa terkilan. Malah jejaka berdarah kacukan Melayu-Australia ini tekad mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang sengaja menyebarkan fitnah tersebut.

    "Perkara ini sikit sebanyak telah menjejaskan nama saya dan juga restoran saya. Saya mahu mengambil tidakan terhadap individu yang telah menyebarkan fitnah ini.

    GAMBAR~Aksi memalukan Fasha Sandha berselfie terima cercaan peminat..

  • Share The Gag
  • fashasMinggu lalu, industri hiburan negara dikejutkan dengan berita pemergian biduanita negara Datuk Sharifah Aini dan juga anak kedua Linda Rafar, Rezaimen Keiflin, 12, yang meninggal dunia disebabkan penyakit kanser perut yang dihidapinya sejak awal tahun ini.
    Jika mendengar hal kematian, memang agama kita menganjurkan untuk turut saling ziarah-menziarahi kerana secara tidak langsung, ianya mengingatkan kita kepada kematian yang boleh sahaja berlaku pada bila-bila masa sekiranya masa kita sudah tiba untuk dijemput oleh Ilahi.
    Namun apa yang penulis ingin fokuskan di sini ialah habit sesetengah orang yang gemar menangkap gambar tanpa memikirkan sensitiviti ahli keluarga yang baharu sahaja kematian orang tersayang.
    Sebagai contoh, gambar selebriti popular Fasha Sandha yang sempat bergambar bersama rakan artis seperti Emylia Rosnaida dan Emelda Rosmila di majlis kematian anak Linda sememangnya menerima kecaman daripada sebahagian besar peminatnya yang merasakan gambar-gambar sebegini tidak elok dikongsikan buat tatapan umum.

    Ini kerana tindakan Fasha seolah-olah tidak sensitif dengan perasaan Linda sekeluarga yang baharu sahaja kehilangan Rezaimen.
    fashas2Namun, penulis difahamkan Fasha sudah pun memadamkan gambar tersebut di laman Instagramnya.

    Baguslah begitu, tak payah panjang-panjangkan cerita, cumanya diharapkan Fasha akan lebih berhati-hati lagi selepas ini jika ingin berkongsi sebarang gambar untuk tatapan peminatnya. 

    CD aksi curang Sham Kamikaze bersama gadis bakal didedahkan bekas janda.

  • Share The Gag

  • Ramai pihak tertanya-tanya juga satu persoalan yang sama ketika membaca artikelmengenai Sham Kamikaze oleh bekas isterinya, Farazila di BiPop semalam. Sham sebelum ini menafikan yang dirinya sudah berkahwin lain sedangkan pada ketika itu memang benar-benar dia sudah berkahwin. Adakah apabila penafian sebegitu dilakukan, talak boleh terjatuh? Rasanya perlu ada alim ulama yang tampil untuk menjelaskan perkara ini untuk mengelakkan selebriti-selebriti membuat penafian perkahwinan mereka.
    Apa yang lebih menarik mengenai pengakuan bekas isteri Sham KamikazeFarazila semalam ialah kewujudan cakera keras (CD) yang mengandungi bukti kecurangan bekas suaminya itu. Bukan satu bukan dua, tetapi 5 cakera keras. Kesemuanya itu kini dalam simpanan polis. Kata Farazila:-

    Sham melafazkan talak kepada saya pada jam 7 malam, 1 September 2011 bersamaan 3 Syawal. Puncanya berkaitan dengan sikap mata kerajangnya. Bukan saja dikaitkan dengan Nurul Halimin, tetapi dia juga bersama wanita lain yang berhijrah ketika itu.
    Bagaimanapun Sham datang merujuk secara perbuatan di rumah keluarga saya di Batu Pahat, Johor selepas 15 hari melafazkan cerai. Saya terpaksa akur dan duduk kembali bersamanya di kediaman di USJ, Subang, sehinggalah saya ingin memfailkan penceraian pada Ogos 2012 apabila menjumpai bukti cakera keras yang merakamkan kecurangan bekas suami itu. Lima cakera keras itu kini berada di simpanan pihak polis.
    Maknanya saya masih isterinya ketika dia berkahwin secara senyap-senyap dengan Nurul Halimin. Saya dan Sham bercerai kerana saya tahu kecurangannya. Saya tahu apa yang saya katakan ini akan menjadi bahan kritikan penyokong Sham. Saya tidak peduli kerana saya tahu penyokongnya masih buta hati.
    Saya sudah beri amaran, jangan kaitkan nama saya lagi. Selama ini sudah lama saya berdiam dan sabar apabila kenyataan saya dianggap fitnah dan tuduhan liar, sedangkan Sham tahu apa yang dilakukan.
    sham kamikaz
    Daripada apa yang di baca, Farazila tampil memberikan kenyataan sebegini untuk memberitahu orang ramai sikap sebenar Sham Kamikaze yang berselindung di sebalik imej alimnya. Agak menarik juga sebenarnya kerana penipuan yang dilakukan oleh Sham bagi Farazila tidak melayakkan dirinya diangkat sebagai pendakwah. Kata Farazila lagi:-
    Apakah hukumnya apabila seorang suami menafikan perkahwinannya? Bukankah sudah jatuh talak apabila menafikan perkahwinan secara terang-terangan? Adakah dengan kenyataan ini orang di luar masih mengatakan saya membuat tohmahan dan dakwaan liar. Kenapa sekarang Sham berani memutar belit kenyataan mengatakan dia berkahwin kali kedua dan bukannya berkahwin dua, sedangkan ketika berkahwin, saya masih isterinya!!
    Di sini saya berharap orang luar dapat membuat pertimbangan sendiri. Layakkan manusia sebegini diangkat sebagai pendakwah sedangkan beliau suka berbohong? Saya pelik sebagai seorang penceramah yang sibuk membetulkan kesalahan orang sana sini, tidakkah Sham tahu rukun pernikahan sehingga melantik orang yang tidak bertauliah.
    Sekiranya anda tidak tahu, baru-baru ini perkahwinan Sham Kamikaze dengan isteri barunya telah dianggap tidak sah oleh mahkamah dan mereka perlu berkahwin semula. Apa pun pendapat Farazila ini ada benarnya jugak. Namun pasti, Sham lebih tahu apa yang dilakukan oleh dirinya sendiri. Diharap Sham tidak menipu diri sendiri dan tidak menipu masyarakat. -BeautifulNara.

    GAMBAR~Aksi memalukan model terkenal tanah air mula tersebar.

  • Share The Gag

  • Kesilapan pelakon dan model Carmen Soo, 37, yang mahu mengucapkan takziah ketika dunia hiburan dikejutkan dengan kematian biduanita Datuk Sharifah Aini mengundang satu suasana lucu.

    Soo yang berhasrat berkongsi rasa sedihnya terhadap Sharifah Aini telah menulis status takziahnya kepada individu lain iaitu  pelakon Sharifah Amani.

    "RIP (rest in peace) Sharifah Amani (berehat dengan aman Sharifah Amani)," tulisnya dalam status Twitter kira-kira pukul 8 malam Ahad.

    Status itu kemudiannya mendapat respons daripada Sharifah Amani dengan membalas mesej Twitter model itu sambil berkata; “Weh! I’m still alive and Twitting lah.” (Weh! Saya masih hidup dan bertwitterlah).


    Inilah status Twitter Carmen Soo yang diperkatakan.

    Soo kemudian memohon maaf atas kesilapannya itu dan menulis semula masksud sebenarnya adalah untuk mengucapkan takziah kepada Sharifah Aini.

    Perkara itu tidak diambil serius oleh Sharifah Amani kerana dia memahami ia bukan sesuatu yang disengajakan.

    Kesilapan Soo itu mendapat respons daripada pengikut Twitter miliknya apabila lebih 400 ulang Twit (retweet) dilakukan.

    Soo mempunyai kira-kira 357,000 orang pengikut laman sosial berkenaan.

    Sharifah Aini meninggal dunia pada Sabtu lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah fibrosis paru-paru.