Peniaga berusia 40-an yang enggan dikenali itu mendakwa didatangi remaja berkenaan sebanyak dua kali semata-mata mahu membeli ubat penahan sakit sekali gus mengundang curiga.
Katanya, dia mengesyaki gadis berkulit putih itu salah seorang mangsa kejadian selepas melihat pemuda yang menemaninya dikejar pihak polis kelmarin. “Memang kedai saya ada menjual ubat tahan sakit untuk keperluan penduduk kampung, tapi beberapa hari lalu remaja itu datang menaiki motosikal dengan pemuda berkenaan untuk beli dapatkan ubat terbabit dengan jumlah keseluruhan tidak lebih lima biji.
“Mereka datang sebelah pagi, kemudian datang lagi pada sebelah petang. Walaupun pelik kerana datang berulang, tapi saya tidak mengesyaki apa-apa dan tidak juga bertanya lanjut.
0 comments:
Post a Comment