Tagged Under:

SAMSENG MENGAMUK BAKAR MOTOSIKAL

  • Share The Gag
  • Butterworth: Enam motosikal dan sebuah basikal rentung manakala sebuah lagi kereta rosak dalam kebakaran di Pangsapuri Wisma Telaga Air, jam 4.30 pagi tadi.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, kejadian dipercayai akibat perbuatan khianat.

    Beliau berkata, sepasukan anggota bomba tiba di lokasi kejadian berjaya memadamkan api kira-kira 20 minit kemudian.

    "Kami sedang melakukan siasatan lanjut untuk mengesan individu bertanggungjawab melakukan perbuatan ini.

    "Usaha kini dilakukan untuk mengesan pemilik kesemua kenderaan terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat dengan api," katanya.


    0 comments:

    Post a Comment