#MH17:PBB masuk campur,Malaysia diheret ke lembah konflik dunia?

  • Share The Gag
  • Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  akan mengadakan satu sidang tergempar pada Jumaat bagi membincangkan insiden pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di timur Ukraine. 

    Mesyuarat 15 negara anggota yang dipengerusikan oleh Rwanda itu akan diadakan pada pukul 10.00 pagi waktu New York (1400 GMT). 

    Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam kenyataannya mahu “satu siasatan penuh dan telus oleh pasukan antarabangsa” berhubung insiden itu. 

    Britain sebelum ini menggesa satu mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB bagi membolehkan satu pasukan siasatan diketuai oleh PBB ditubuhkan bagi menyiasat insiden itu.

    Pesawat MH17 ditembak,Kementerian Pertahanan bakal beri pengesahan.

  • Share The Gag


  • Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17.

    Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.


    Bagaimanapun Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi akaun twitternya menjelaskan, masih belum ada pengesahan bahawa pesawat itu ditembak jatuh.

    "Pihak tentera telah diarahkan untuk menyiasat kesahihan dakwaan itu. Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (berhubung insiden tersebut)," katanya.




    Sementara itu MAS mengesahkan pihaknya gagal menghubungi pesawat MH17 yang dijadualkan dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

    Menurut kenyataan Twitter MAS, kedudukan terakhir pesawat Boeing 777 itu dikesan berada di ruang udara Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

    Malaysia Airlines mengesahkan telah menerima laporan dari Pusat Kawalan Udara di Ukraine yang pesawat MH17 terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT)  dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia.

    Pesawat Boeing 777 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (masa Amsterdam) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.

    Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.

    Memetik sumber industri penerbangan, laporan tersebut menyatakan pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

    Pesawat membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

    Dalam pada itu, sebuah pusat operasi telah dibuka dan akan beroperasi 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

    Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh17-pesawat-disahkan-bawa-295-penumpang-pm-mahu-siasatan-segera-40072?cp

    Saya ceraikan bini kerana tidak tahan desakannya-Ezany.

  • Share The Gag
  •  
    Keharmonian rumah tangga yang dibina selama tujuh tahun tidak dapat diselamatkan lagi apabila pelakon Ezany Nizarif mengesahkan bakal bercerai dengan isterinya, Lizda Nuryanti, 32.

    Menurut Ezany, 41, dengan hati yang berat dia terpaksa akur dengan kehendak isterinya untuk berbuat demikian selepas didesak oleh Lizda.

    “Tiada apa yang dapat diselamatkan lagi. Hubungan kami dah berada di hujung tanduk.

    “Sebenarnya dia yang minta (cerai) dan sebelum ini pun dah banyak kali dia minta… Setelah tujuh tahun kami hidup bersama akahirnya saya terpaksa akur dengan permintaannya,” katanya seperti dilapor mStar Online.

    Bagaimanapun Ezany enggan mengulas lanjut ketika ditanya samada pihaknya atau pihak isterinya sudah memfailkan cerai atau tidak.

    “Buat masa ini pun masalah masih belum selesai. Tunggu sahajalah apa keputusan hakim nanti.

    “Saya engaan ulas lanjut mengenai perkara ini kerana khuatir ia boleh menjejaskan kes kami.” ujarnya.

    Terdahulu, Ezany ada memuat naik status di akaun Facebook miliknya pada Selasa dengan kapsyen yang berbunyi: “Its over, the end. Berakhir sebuah cerita.”




    Manakala Lizda pula meluahkan perasaa bahawa dia ingin mencari kekuatan diri selepas melalui proses perpisahan dalam rumahtangganya.


    Kontroversi Kiki #CDM25 buktikan ramai anak Melayu 'sakit jiwa'.

  • Share The Gag


  • Mereka yang suka melakukan 'troll' atau mengeluarkan kenyataan bernada menyindir dengan tujuan provokasi dan menyebarkan keburukan orang lain menerusi media sosial, merupakan golongan 'sakit jiwa'.

    Pakar motivasi Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata golongan ini boleh dikenali menerusi empat ciri dengan yang pertama orang yang 'sakit dari segi rohani'.

    "Jiwa atau rohani mereka tidak sihat. Orang yang sakit dari segi jiwa memang tidak mempunyai perasaan malu atau rasa bersalah untuk menyebarkan keburukan orang lain walaupun dengan niat berjenaka," katanya kepada Bernama, di sini.

    Beliau berkata ciri kedua ialah jahil agama kerana secara jelas agama menghalang mana-mana pihak menyampai atau menghebah keburukan orang lain.

    Yang ketiga katanya mungkin dipengaruhi oleh rakan-rakan atau persekitaran.

    "Kalau semua geng dia kongsi atau sampaikan keburukan, keaiban dan perkara yang negatif maka dia akan terbawa-bawa sifat itu serta melakukan perbuatan yang sama.

    "Yang keempat ialah orang yang sewenang-wenangnya menyampaikan sesuatu perkara tanpa mengetahui kesahihan dan kebenaran keseluruhan cerita itu. Ini akan menjurus kepada perlakuan memfitnah dan mengumpat serta sangat berbahaya," katanya.

    Menurut Mohd Fadzilah, pelaku 'troll' sebenarnya terlupa perbuatan mereka itu adalah suatu sabotaj terhadap diri sendiri.

    Orang terlepas pandang apabila mereka memberi komen bersifat negatif terhadap sesuatu isu, secara tidak langsung akan mencerminkan sifat peribadi pelaku 'troll' dan menjatuhkan maruah diri mereka sendiri, katanya.

    "Apabila mereka menyampaikan keaiban orang lain dalam media sosial, dosa pelaku kesalahan itu mungkin terhenti setakat itu namun dosa orang yang menyebarkan cerita tersebut akan berterusan selagi isu itu masih dibincangkan," katanya.

    Saya trauma,tapi saya tetap maafkan gadis itu-Uncle diserang Kiki #CDM25

  • Share The Gag
  • Kuantan: Warga emas yang menjadi mangsa seorang wanita bertindak ganas ketika kemalangan di parkir Pusat Transformasi Bandar (UTC) pada Isnin lalu tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya malah bersedia memaafkan wanita itu.

    Pesara kerajaan, Sim Siak Hong, 68, berkata, dia hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan itu namun enggan melaporkan kejadian wanita itu bertindak ganas terhadapnya walaupun diminta pihak berkuasa untuk berbuat demikian.

    "Saya menganggap dia bertindak demikian mungkin didorong perasaan marah kerana saya melanggar keretanya.

    "Walaupun trauma dengan kejadian itu saya tetap memaafkannya dan berjanji tidak akan melaporkan tindakan kekerasannya kepada polis malah dia juga sudah memohon maaf kepada saya," katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.

    Kemalangan kecil yang berlaku kira-kira jam 1 petang itu menyebabkan wanita berusia 30 tahun itu naik darah dan bertindak memaki Siak Heong dengan perkataan kasar serta berbaur perkauman.

    Malah wanita itu turut bertindak memukul kenderaan Siak Heong menggunakan pengunci stereng

    Kiki #CDM25 bakal disiasat,Polis turut terkejut aksi "Steering Lock".

  • Share The Gag

  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan menyiasat wanita yang dirakam membuli seorang lelaki tua selepas satu kemalangan jalan raya dan videonya tersebar meluas di Internet sejak semalam.

     "Kita akan siasat dia di bawah (kes) buli jalan raya. "Saya pun baru tadi tengok footage (rakaman) itu. "Garang sungguh dia, ketuk sana ketuk sini," katanya merujuk kepada rakaman itu yang memaparkan perempuan tersebut mengetuk kereta lelaki tua yang didakwa melanggar keretanya.

     Sementara itu, lelaki warga emas yang dikatakan telah melanggar kereta Peugeot 208 milik seorang wanita diKuantanpada Isnin lalu sehingga menyebabkan pemilik kereta tersebutmengamuk sambil mengeluarkan pengunci stereng sebagai ancamankepada lelaki warga emas tersebut difahamkan telah memaafkan perbuatan wanita berkenaan.

     KetuaPolisDaerah Kuantan, ACP Abd Aziz Salleh berkata lelaki warga emas dalam lingkungan awal 60an itu memandu kereta Proton Wira dan secara tidak sengaja terlanggar kereta wanita dalam lingjkungan akhir 20an berkenaan di sebuah tempat letak kereta di darah tersebut.

     “Wanita itu sudah pun membuat laporan polis berkenaan kemalangan itu namun lelaki tersebut tidak mahu membuat laporan polis kerana tidak mahu memanjangkan perkara tersebut malah dia juga telah memaafkan perbuatan wanita berkenaan,” kata Abd Aziz ketika dihubungi.

     Abd Aziz turut menjelaskan bahawa perkara ini masih lagi disiasat dan akan memanggil kedua-dua wanita dan lelaki warga emas berkenaan untuk tujuan siasatan. Insiden kemalangan kecil yang berlaku pada tengah hari 14 Julai tersebut telah menaikkan darah wanita berkenaan menyebabkan dia mengeluarkan pengunci stereng dan cuba bersemuka dengan lelaki tersebut.

     Kejadian tersebut dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sehinggavideoberdurasi 2.33 yang dimuat naik di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan juga YouTube menjadi ‘viral’ dan ‘trending’.

     Malah, apa yang lebih dikesalkan dalam video berkenaan wanita itu turut memaki hamun lelaki berkenaan dengan kata-kata nista seperti “Ini kereta barulah bodoh!” sambil menghentak pengunci stereng yang dipegangnya itu ke kereta milik lelaki warga emas berkenaan.

     Selain itu cacian seperti “I don’t care, pay me RM2000 now!”, “you very stupid!” dan kata cacian berbaur perkauman kedengaran di penghujung video tersebut.

    Gadis Peugeot CDM25 malu besar bila Facebooknya didedahkan di media sosial.

  • Share The Gag
  • Wanita yang mencetuskan kekecohan dengan melakukan kekerasan terhadap seorang pakcik setelah keretanya dilanggar dikenali sebagai Kiki Kamaruddin. 

    Beliau yang memandu kereta Peugeot CDM25 bertindak diluar batasan dengan mengugut dan menyerang kenderaan seorang lelaki yang melanggar keretanya. 

    Walaupun lelaki tersebut mengaku salah dan berjanji akan membayar kerosakan tersebut, wanita berkenaan seolah-olah hilang pertimbangan dengan membawa keluar steering lock dan mengetuk-ngetuk kereta lelaki tersebut.

    Tindakan beliau dikecam pengguna media sosial walaupun pada dasarnya beliau tidak bersalah dalah hal sedemikian.

    Rentetan dari peristiwa itu, wanita berkenaan kini menjadi mangsa troll di media-media sosial. 

    Kereta tersebut juga telah dikesan pemiliknya melalui nombor pendaftaran yang terlihat di dalam video tersebut. Berikut adalah pemilik kenderaan tersebut:

    Cerita Sensasi Adi Putra berpisah dengan Isteri mula tersebar?

  • Share The Gag
  • Terkejut bila membaca ruangan Miss J di Pancaindera semalam. Mana tidaknya, pelakon kacakAdi Putra dikatakan sudah tidak tinggal serumah dengan isterinya, Aida. Kesibukan Adi Putra menguruskan pakej umrah milik syarikatnya menyebabkan Adi tidak mempunyai banyak masa bersama keluarga. Iyerlah, asyik terbang ke sana ke mari kan.
    adi putra dan aidaDikatakan alasan sibuk menyebabkan hubungan Adi Putra dan Aida semakin renggang. Lebih-lebih lagi apabila kes skandal dengan isteri orang bakal dibuka semula menyebabkan mereka berdua didakwa ‘kurang bercakap’ antara satu sama lain. Macam susah nak percaya kan? Adakah ia benar-benar sedang berlaku?
    adi putra dan aida
    Hmmmm. kami mengambil keputusan untuk tidak mempercayai desas-desus ini dan menganggap ia tidak berasas sama sekali. Daripada pemerhatian  Aida baru sahaja berkongsi gambarnya dengan suami tercinta di lapangan kapal terbang. Aida ke situ untuk menghantar Adi terbang menguruskan umrah di Tanah Suci. Malah ada juga gambar mereka berdua melayan peminat di majlis berbuka puasa. Nampak bahagia, mesra dan gembira.
    adi putra dan aida
    Sebenarnya apabila melibatkan diri dalam perniagaan, inilah pengorbanan yang harus dilakukan. Masa untuk bersama keluarga memang akan jadi terhad. Namun itu semua untuk masa depan yang lebih gemilang. Awal-awal ini memang confirm Adi Putra sibuk gila. Lama-kelamaan bila dah biasa, Insya Allah akan ada lebih masa bersama keluarga. Buat Adi, semoga perniagaan anda bertambah maju. Kalau ada masa terluang, jangan lupa habiskan bersama isteri dan anak. Mereka itu pembawa rezeki buat kita.-BN

    Artis solat jemaah di lokasi penggambaran dimaki hamun pengarah Melayu..

  • Share The Gag

  • Pelbagai cabaran menanti seorang saudara baru yang memilih Islam sebagai pilihan hidupnya, tidak terkecuali bagi seorang artis terkenal Adam Corrie.

    Pelakon dan koreografer tarian itu mendedahkan, beliau pernah ditegur dan dipandang serong kerana menunaikan solat berjemaah dengan isterinya di lokasi penggambaran, lapor Harakahdaily.

    Menurutnya, teguran secara terbuka dan dalam nada keras itu dibuat oleh rakan Islam sendiri yang merasakan tindakannya mengganggu jadual penggambaran.

    "Apa salahnya saya dan isteri berjemaah kerana bukanya lama, sebentar saja.

    "Ayat yang dikatakan itu sampai sekarang masih saya simpan sebagai kenangan," beliau dipetik sebagai berkata.

    Beliau berkata demikian ketika bercakap pada forum “Kahwin Campur” anjuran sebuah yayasan di Bayan Baru malam tadi.

    Akhbar web PAS itu juga melaporkan, kecewa dengan teguran itu, Adam mengingatkan orang Islam agar menjadi contoh yang baik kepada saudara baru yang baru memeluk Islam.

    Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan isteri yang sentiasa menyokong dan memahami beliau sebagai saudara baru.

    Menurut Adam, isteri beliau Fazima Mohd Fuad sentiasa berada disampingnya dan mengingatkannya tentang tanggungjawab agama.

    Elak diboikot pengguna Islam,Giant mulakan siasatan isu Ayam tebuk leher.

  • Share The Gag

  • Pasar raya besar Giant sedang menyiasat dakwaan berkaitan gambar yang disebar secara meluas dalam internet menunjukkan terdapat kesan tebuk pada leher ayam yang didakwa dijual pasar raya itu yang dipercayai tidak disembelih mengikut kaedah Islam.

    Seorang pegawai pasar raya itu ketika dihubungi media berkata, pihaknya amat mengharapkan pengirim gambar itu tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

    “Kami sudah cuba menghubungi pengirim gambar berkenaan melalui Facebooktetapi tiada jawapan. Individu berkenaan juga telah mengesahkan melalui komen pada gambar tersebut bahawa ayam itu tidak dibeli di pasar raya Giant tetapi di kedai runcit,” katanya. 



    Menurut sumber itu lagi, pihaknya juga mahu pengirim gambar itu menyerahkan pembalut ayam itu yang mengandungi maklumat pembekal kepadanya bagi memudahkan siasatan.

    Ujarnya, Giant juga melakukan pemeriksaan terhadap semua pembekal yang membekalkan ayam dan mendapati kesemua mereka mematuhi peraturan  ditetapkan.
    “Kami tidak mahu ada masalah dengan mengambil ayam yang tidak disembelih dengan betul kerana pembeli kami kebanyakannya Islam," katanya.

    Kelmarin, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan ada pasar raya menjual ayam yang tidak disembelih mengikut kaedah Islam.

    Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Muhammad Naim Mohd Aziz berkata, pihaknya dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memeriksa pasar raya itu dan mendapati ayam yang dijual adalah halal dan mematuhi syarak.

    “Kita dapati pembekal ayam ke pasar raya itu (Giant) kesemuanya adalah pemegang sijil halal yang sah dan tidak ada sebarang keraguan yang timbul," katanya.