30 samseng Myanmar bergaduh,1 mati dijerut.

  • Share The Gag
  • Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas dibelasah kira-kira 30 rakannya dalam kejadian di tapak projek pembinaan rumah di Jalan Ara Kuda, di sini, awal pagi tadi.
    Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang berusia lingkungan 30-an maut apabilanya lehernya dijerut wayar selain turut ditikam di badan. 
    Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan itu tercetus antara dua puak iaitu antara Myanmar Budha dan juga Myanmar beragama Islam.

    "Kita percaya mereka ini mungkin sudah berdendam ketika berada di negara sendiri dan bergaduh sesama sendiri ketika berada di sini.

    "Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan," katanya ketika dihubungi. 

    GAMBAR~KJ jenaka mahu MC,PM Najib balas enggan beri.

  • Share The Gag

  • Datuk Seri Najib Tun Razak secara bergurau berkata, beliau gembira Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar cukup sihat untuk hadir mesyuarat Kabinet hari ini.

    Perdana menteri dalam catatan Twitternya kepada Khairy berjenaka bahawa cuti sakit menteri itu ditolak: "@KhairyKJ glad you felt well enough to come for Cabinet Meeting. #MCDitolak"

    Najib menghantar tweet berkenaan kepada Khairy yang sebelum itu mencatatkan mesej Twitter kepada perdana menteri untuk kononnya memohon cuti sakit.

    Khairy berkata :"@NajibRazak Boss. Saya demam panas, badan sakit tak boleh bangun sejak semalam.
    "Maaf tak dapat kerja hari ni, esok hantar slip MC. #CubaNasib". 

    Khairy pagi tadi menyertai hampir 1,000 belia menyaksikan perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 antara Brazil dengan Croatia menerusi skrin gergasi yang dipasang di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di sini.
    "Baru hari pertama Piala Dunia ramai (termasuk saya) yang berwajah seperti kucing (gambar profil Twitter Khairy) tapi mati-mati tak nak mengaku," kata Khairy. - Bernama

    Blogger seks terkenal Malaysia kini diburu Polis.

  • Share The Gag

  • Mahkamah Sesyen hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap blogger kontroversi Alvin Tan selepas dia gagal mengembalikan pasport antarabangsanya yang sebelum ini diberikan kepadanya bagi tujuan penggambaran di Singapura.

    Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 26, yang menghadapi pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan, tidak hadir di mahkamah hari ini dan gagal mengembalikan semula pasportnya kepada mahkamah sebelum 4 Jun lepas.

    Hakim Abdul Rashid Daud mengeluarkan perintah itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Haffiza Jemali memaklumkan mengenai tertuduh mengingkari perintah mahkamah supaya pasportnya dikembalikan dan pihak pendakwaanmemohon waran tangkap tanpa jaminan dikeluarkan terhadap tertuduh.

    "Tertuduh telah memohon kepada mahkamah supaya pasport itu diserahkan sementara kepadanya pada 18 Mei lalu dan akan mengembalikan pasport itu sebelum 4 Jun, namun dia gagal berbuat demikian," katanya.

    Sementara itu peguam Chong Joo Tian, yang mewakili Tan tidak membantah permohonan pendakwaan supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap anak guamnya kerana beliau sendiri tidak dapat menghubunginya.
    Hanya Vivian Lee atau Lee May Ling yang dituduh bersama Tan, memulangkan semula pasportnya kepada mahkamah pada 3 Jun lepas. Prosiding hari ini hanya dihadiri Lee, 25.

    Mahkamah menetapkan 18 Julai depan untuk sebutan semula kes.

    Pada 12 Mei lepas, Tan dan Lee memperoleh pasport antarabangsa mereka bagi membolehkan mereka menjalani penggambaran dokumentari di Singapura bagi tempoh 18 Mei hingga 3 Jun lepas.

    Dalam pada itu, Chong ketika ditanya pemberita mengenai penggambaran membabitkan pasangan itu di Singapura hanya menjawab, "penggambaran itu ditangguhkan", sebelum beredar meninggalkan mahkamah. 
    Mengikut pertuduhan, Tan dan Lee, 25, didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers, mengikut Akta Hasutan 1948.

    Ia mengandungi gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh...wangi, enak, menyelerakan !!!)' yang mengandungi  logo halal antara 11 dan 12 Julai tahun lepas di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di sini.

    Mereka turut berdepan pertuduhan mempamer gambar lucah di https://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama antara 6 dan 7 Julai tahun lepas mengikut Akta Penapisan Filem 2002.

    Pada 23 April lepas pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan di Mahkamah Rayuan pada 21 April lepas yang menggugurkan satu daripada tiga pertuduhan yang dihadapi Tan dan Lee mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan. - Bernama

    Abby dedah Farhan menggatal bersama gadis lain dalam SMS?

  • Share The Gag

  • Dalam satu laporan dari Murai.com, ketika di mahkamah semalam, Abby Abadi telah memaklumkan berlaku SMS antara Farhan dengan seorang gadis lain.

    Abby telah memaklumkan pihak mahkamah yang wujudnya kronologi SMS di dalam telefon bimbit Farhan dengan seorang wanita yang berjaya diketahui Abby pada bulan Januari tahun ini. 

    Abby Abadi telah memeriksa telefon bimbit milik Farhan dan terbaca rantaian SMS tersebut.

    Ini kata-kata Abby Abadi ketika di tanya wartawan tentang SMS itu:
    “Saya tidak mahu komen berkenaan itu kerana ia tidak memberi manfaat pada sesiapa. Perkara seperti itu tidak berlaku di hadapan mata saya. Perkara seperti ini saya tidak boleh buat main dan menuduh”

    Walaubagaimanapun Farhan akui menghantar SMS kepada gadis lain tapi sebagai kawan sahaja

    Kata Farhan:
    "Gadis yang dimaksudkan hanya rakan sahaja. Faktor umur yang jauh bukan antara punca kami berpecah. Saya juga jarang ke Cyber CafĂ©, karaoke dan melepak" 

    Polis buru penyebar maklumat sulit dalam aplikasi WhatsApp.

  • Share The Gag

  • Polis Kelantan memandang serius kes penyebaran maklumat polis, termasuk maklumat rahsia melalui aplikasi WhatsApp, kepada orang awam.
    Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata polis sedang mengesan dalang yang melakukan aktiviti penyebaran maklumat polis kepada orang awam itu melalui aplikasi berkenaan dan dalam laman sosial.
    "Kita akan siasat mana-mana maklumat polis yang disiarkan dalam laman sosial seperti Facebook atau blog dan kita akan buat laporan polis seterusnya menyiasat perkara tersebut," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.
    Jalaluddin berkata, setakat ini pihaknya telah mengenal pasti dua kes berhubung penyebaran maklumat polis di laman sosial.
    "Siasatan telah dibuka di Kuala Krai dan satu lagi mungkin dibuka di Kota Bharu iaitu melibatkan penyebaran maklumat polis di laman sosial mengenai kes kemalangan dan rogol.
    "Siasatan akan dibuka di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972, kita ingin kenal pasti individu yang menyalurkan maklumat tersebut kerana ia boleh menakutkan masyarakat, seterusnya akan menahan mereka (penyebar maklumat)," katanya. - Bernama


    GAMBAR~Shasa Saidin comel warnakan rambut persis Elsa cerita Frozen.

  • Share The Gag
  • Cantik tak? Apa pendapat korang? Jangan fikir yang Sasha sengaja mahu warnakan rambutnya kepada warna perang tanpa sebab kukuh. Ini semua adalah tuntutan watak. Kata Sasha:-
    Sebenarnya, saya memutuskan untuk mewarnakan rambut kepada perang kerana ingin memenuhi tuntutan watak dalam drama sebelum ini. Saya ditawarkan watak wanita ‘mat salleh’ dan watak itu memerlukan saya berambut perang.
    Namun selepas mewarnakan rambut kepada perang, saya tidak jadi berlakon dalam drama itu kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan
    sasha saidin
    Rugi la pulak apabila watak Sasha itu dibatalkan. Teringin juga nak tengok Sasha bawak watak “mat salleh”. Mesti real punya. Hmmmm. Tak apalah. Nanti ada la tue rezeki lain. Lagi beberapa gambar Sasha Saidin berambut perang dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

    sasha saidin
    sasha saidin
    sasha saidin
    sasha saidin
    sasha saidin
    sasha saidin
    sasha saidin
    sasha saidin
    sasha saidin
    sasha saidinsasha saidin
    sasha saidin
    sasha saidin
    sasha saidin
    sasha saidin
    sasha saidin
    sasha saidin
    sasha saidin

    Kilang Bihun Cap Masjid masih dibuka untuk menipu pengguna Islam.

  • Share The Gag

  • Sungguhpun arahan sudah dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menutup secara keseluruhan operasi kilang bihun di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, namun hasil tinjauan Sinar Harian semalam mendapati kilang tersebut masih beroperasi.

    Media yang menghubungi kilang tersebut kira-kira jam 11 pagi semalam, mendapat respons apabila salah seorang pekerja wanita di situ memberitahu operasi kilang masih dilakukan seperti biasa.

    Walaupun agak pelat berbahasa Melayu, tetapi, pekerja wanita itu memahami setiap persoalan yang diajukan.

    Kedengaran suaranya tersekat-sekat dan teragak-agak untuk menjawab pertanyaan berhubung lokasi dan operasi kilang bihun berkenaan.

    Pekerja wanita itu juga cuba mengelak untuk menjawab kerana menurutnya, arahan yang diterima hanya melibatkan kedai sahaja.
    Ikuti perbualan telefon di antara wartawan Sinar Harian dengan wanita berkenaan.

    Wartawan: Hello, selamat pagi...

    Pekerja: Selamat pagi, hari ini talak kije (tidak kerja), kerani cuti.

    Wartawan: Cuti? Jadi, macam mana saya nak beli bihun?

    Pekerja: U.. mau (mahu) beli banyak ka (ke)?

    Wartawan: Mestilah banyak. Saya buka kedai makan, di Rawang.

    Pekerja: Oooo.. tak jauh maa... kita sini dekat Pasar Bolong (borong) Baru, Selayang.

    Wartawan: Pasar borong? Itu dekat pasaraya *** ke?

    Pekerja: Itu pasar raya dekat pasar raya bolong lama, kita punya tempat pasar raya bolong baru punya.

    Wartawan: Mana tu... kasi landmark (petunjuk arah) kedai u...

    Pekerja: Kedai sudah tutup maa... kilang saja ada operasi.

    Wartawan: Kenapa kedai tutup?

    Pekerja: Itu orang ada complaint (aduan) kita punya signboard (papan tanda) kedai sudah jatuh, tak pasang lagi, itu orang adu (buat aduan)... itu pasal tutup.

    Wartawan: Kedai dengan kilang jauh ke?

    Pekerja: Dekat saja. Kedai depan, kilang belakang, tapi kedai sudah tutup, kerani sudah cuti, tak ada orang sini.

    Wartawan: Habis tu u siapa?

    Pekerja: Saya keje sini.

    Wartawan: Sini tu kedai ke kilang.

    Pekerja: Kilang, sebab kedai tutup.

    Wartawan: Takkan sebab signboard (papan tanda) saja boleh tutup?

    Pekerja: Ada lagi orang complaint (aduan) kilang kita ada sikit bocor, bila bocor air masuk, kata tak bersih, itu saje maa...

    Wartawan: Habis tu, saya boleh datang kedai ke tak ni?

    Pekerja: Apa u punya nombor telefon, nanti saya mintak salesman (jurujual) kita panggil (hubungi) sama u...

    Wartawan: Betul ke nak call (hubungi) semula?

    -sinar harian

    Abby Abadi merintih dan luahkan sikap sebenar Farhan yang teruk.

  • Share The Gag
  • Abby Abadi telah menggunakan akaun Instagramnya untuk memberikan penjelasan mengenai dakwaan bekas suaminya, Farhan.

    Kalau anda terlepas pandang, Farhan telah membuat laporan polis yang menyatakan Abby telah mencederakan dirinya daripada segi fizikal dan mental. Malah Farhan turut berkongsi beberapa gambar bahagian badannya yang jelas menunjukkan kesan luka.

    Dibawah ini dilampirkan rintihan Abby susulan tindakan memalukan yang dilakukan bekas suaminya itu.

    Assalamualaikum……. Selamat Petang! ALHAMDULLILLAH……… Syukur pd ALLAH. Berdasarkan kenyataan dr Farhan kepada media di mahkamah tadi, ini penjelasan Sy. Sy tiada saksi disini. Hanya ALLAH SWT Maha Mengetahui semua ini……

    Terkejut Sy baca kenyataan2 yg dibuat ini. Sehabis baik Sy tutup ‘semua’ cerita yg tak perlu org luar tahu sepanjang kami bersama sbg suami isteri, walaupun berbagai andaian dibuat berdasarkan kenyataan biasa Sy sebelum ini…. hari ini Muhammad Noor Farhan Che Bakar dengan jayanya mereka2 cerita utk tutup cerita yg sebenarnya. Anak3 Sy, bibik Sy, kawan2 terdekat Sy pun tak sangka yg Farhan cakap dia didera…..

    Walhal sebelum ini kalaupun ada bergaduh situ sana sini, tp semuanya baik2 saja. Biasalah hidup rumahtangga kan? Dah tentu ada pasang surutnya…. Sy ada msg dia cakap pasal kenyataan ini, tp dia tak jawab pula…

     Sy berani je nk berdepan. Jumpakan lagi senang cerita. Kenapa mesti buat kenyataan yg secara tak sedar membuka aib sendiri? Yg kenyataan dia, Sy minta duit, tak bagi Sy marah.. yg tu palsu.
    Amboiii! Banyaknya duit dia yer… Kata Sy baling kunci motor? Pegang kunci motor pun Sy tak pernah……. Kenapa mcm tu @cintaku_hanya_padamu yer? Setiap kali ada yg tak kena, gaduh.. bukan nk selesaikan. larikan diri… Tak balik2.

    Sy ajak bincang… taknak….. alih2 utk yg terakhir kali ni keluar cerita begini? Ingat ALLAH tak ni? Sejujurnya ‘cerita rekaan’ ini tak terjangka dek akal Sy………Hampir 95% cerita itu di reka semata2 nk selamatkan diri dia. ALLAHUAKHBAR….

    Mohon ALLAH SWT jaga dia. Tak sangka cubaan dia mengaibkan sy sejauh ni………… ALHAMDULLILLAH…. Satu saja dari Sy: Untuk Sahabat2 diluar sana, Anda buleh baca, buleh dengar je apa yg dia kata… tp percaya jangan. Sebab dia mmg dah terbiasa MENIPU.

    Jangan tokok tambah cerita Sahabat… kalau taktahu lebih baik diam saja k……..Tak selesai lagi. Banyak episod lagi ni…… Tunggu tindakan seterusnya di Mahkamah nanti. Sy terima takdir ini sebagai ‘ujian’ utk Sy. Wat lek Wat Peace je k

    GAMBAR~Pulau Batu Putih sebenarnya milik Malaysia-Prof Penganalisis.

  • Share The Gag

  • Usaha menuntut semula Pulau Batu Putih tidak mustahil jika kerajaan negeri Johor dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) berusaha mengkaji serta mendapatkan bukti-bukti baharu hak negeri itu ke atas pulau berkenaan bagi menyokong rayuan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang tempohnya berakhir pada 23 Mei 2018.

    Penganalisis Geopolitik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, beliau juga menyambut baik cadangan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin semalam yang mahu menubuhkan jawatankuasa khas bagi melaksanakan tujuan tersebut.

    batu_puteh_bh1

    “Dalam masa beberapa tahun sebelum berakhirnya tarikh rayuan yang diberi oleh ICJ itu, kerajaan negeri Johor dan UPEN masih ada masa untuk mencari bukti-bukti baharu dari dalam dan luar negara bagi menyangkal dakwaan bahawa Pulau Batu Putih adalah hak Singapura.

     “Selain itu, saya mencadangkan agar ahli sejarah dan akademik misalnya dari Universiti Malaya dan UKM dilibatkan bagi membantu usaha-usaha tersebut. Golongan ini juga ada kepakaran dan boleh membantu ke arah itu,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.

    Semalam, Mohamed Khaled berkata, Article 61(5), Chapter III, Statute of The International Court Of Justice menyatakan bahawa permohonan untuk menyemak kembali kehakiman perlu dibuat sebelum tempoh 10 tahun dari tarikh penghakiman. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar baru-baru ini menitahkan supaya kerajaan negeri menubuhkan pasukan khas untuk memfailkan rayuan bagi membatalkan keputusan ICJ yang memihak kepada Singapura sebelum ini.

     Sementara itu, Pensyarah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd. Hisham Mohd. Kamal turut optimis idea serta usaha yang sedang dilakukan oleh kerajaan negeri Johor tidak mustahil untuk dicapai dengan adanya inisiatif tersebut.

     “Saya fikir dalam isu ini kalau Malaysia dapat mengemukakan bukti-bukti baharu terutama jika pernah kita mengemukakan bantahan ke atas Singapura yang meletakkan tanda di pulau itu seperti bendera mereka dan sebagainya, maka bukti itu haruslah dicari dan disertakan.

     “Hal demikian kerana, selama ini hujah Singapura yang paling kuat adalah mereka telah menguruskan banyak perkara di Pulau Batu Putih sejak zaman penjajahan British termasuk rumah api yang dibina oleh penjajah tersebut,” katanya.

    GAMBAR~ABBY BELASAH SUAMI SEHINGGA BERDARAH JADI PUNCA CERAI.

  • Share The Gag

  • KUALA LUMPUR, 11 JUN 2014: Hakim Mahkamah Syariah Rendah Gombak Timur Shaiful Azli Jamaluddin memutuskan kes penceraian Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah adalah sah menerusi SMS yang dihantar oleh Muhammad Nor Farhan Che Bakar pada 9 Mei lalu.
    Namun, Murai yang mendapatkan komen dari bekas suaminya mendapati terdapat faktor lain yang menjadi punca berlakunya penceraian.
    Farhan dikatakan telah dicederakan secara fizikal di bahagian muka, tangan dan lengan.
    "Saya telah dicakar, Abby kata saya tidak membawa kepentingan padanya serta tidak membawa apa-apa faedah untuk meneruskan hubungan suami isteri," katanya kepada media selepas perbicaraan kes penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
    Menurutnya, Abby sering meminta wang dan dia akan dimarahi sekiranya tidak diberikan jumlah yang dikehendakinya.
    "Saya sudah buat laporan polis untuk dijadikan sebagai bukti sekiranya hakim memerlukannya tetapi kes penceraian diselesaikan secara baik dan dipersetujui kedua-dua pihak." katanya.
    Mengenai kontroversi Farhan yang dikatakan sering keluar malam dan berkaroke, dia menjelaskan ianya tidak tepat seperti mana digembar-gemburkan.
    Farhan dengan tegas mengatakan dia sudah tawar hati dan tidak mungkin kembali semula bersama Abby.

    Seorang lagi blogger BN bakal disaman seperti PapaGomo.

  • Share The Gag

  • Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah tidak teragak-agak untuk menyaman penulis blog KedahNews.com kerana memfitnahnya muflis sehingga hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
    Raja Kamarul berkata, dirinya tidak pernah terlibat dalam mana-mana kes mahkamah membabitkan perniagaan, tetapi mengesyaki ada kaitan dengan isu kenaikan cukai pintu Majlis Bandaraya KualaTerengganu (MBKT) sebanyak 1,000% yang diperjuangkannya, baru-baru ini.
    “Nak buat tuduhan tunjuk mana bank, mana projek? “Ini muslihat politik, hairan kerana saya orang baru dan saya tak pegang apa-apa jawatan negeri dan pusat,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini, lapor The Malaysian Insider.

    GAMBAR~Wayne Rooney dan skuad England dikawal rapi kapal selam.

  • Share The Gag
  • Sesi latihan skuad Piala Dunia England di Rio, Brazil dikawal rapi oleh tentera negara itu termasuk menggunakan kawalan kapal selam.


    England Team Security

    Selain pusat latihan, setiap pergerakan pemainnya seperti ketika mereka berjalan kaki untuk menaiki bas turut dikawal ketat oleh anggota tentera.

    England Team SecurityEngland Team Security

    Kem latihan skuad England yang terletak berdekatan dengan pangkalan tentera Urca didakwa dikawal dari setiap sudut termasuk udara.

    "Jika di jalan laut terdapat kapal selam yang berkawal, di udara pula terdapat helikopter yang membuat tinjauan sepanjang pemain England berlatih," kata sumber.

    Anggota tentera Brazil juga dilihat mengawal ketat ketua pasukan England yang juga bintang Liverpool, Steven Gerard.

    England Team Security

    England Team Security

    VIDEO~Dr Asri sahkan Gelatin dan DNA babi halal dimakan umat Islam.

  • Share The Gag

  • Bekas mufti Perlis Profesor Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, terdapat pandangan yang mengatakan bahawa sekiranya bahan tertentu yang asal-usulnya babi namun telah berubah sifat kimianya dianggap halal.


    GAMBAR~Fida 'Hot' dedah digoda VIP terkenal untuk jadi teman tidur?

  • Share The Gag

  • POPULAR dengan lagu Apo Kono Eh Jang, Rafidah Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Fida dihimpit cerita buruk lagi. Kali ini ada isu mengatakan dia seorang yang suka berhutang dan liat untuk melangsaikan hutang terbabit. Benarkah begitu? Aduh, satu kisah yang memang memalukan, jika benar berlaku. Nampaknya Fida memang hadir ke dunia seni dengan kisah-kisah negatif sahaja, jika diperhatian semenjak setahun dua ini.

    Bagai diramal, empunya diri menafikan sekeras-kerasnya cerita terkini yang dipautkan dengan dirinya itu. Pun Fida mengaku, dia juga tidak terlepas daripada masalah hutang dan kadang-kala ada juga meminjam jika menghadapi kesulitan dalam kewangannya, sama seperti orang lain.

    “Nak katakan saya tidak pernah berhutang tu tidaklah, semua orang berhutang. Beli kereta, beli rumah atau beli apa jua jenis aset yang mahal-mahal semuanya secara kredit atau bahasa pasarnya berhutang.

    “Apabila merujuk hutang antara saya dengan individu lain, ya memang ada. Tetapi sehingga sekarang, Alhamdulillah tiada masalah kelewatan membayar balik hutang tersebut. Kalau saya tak mampu nak bayar sekaligus, saya sedaya upaya akan membayar sedikit demi sedikit. Akan tetapi, jika mengatakan saya langsung tidak bayar hutang, saya rasa itu tuduhan yang tidak benar," jelasnya menjawab isu terbabit .

    Bagaimanapun, tambah Fida, jika benar dia ada berhutang dengan sesiapa dan tidak pernah berbayar, harap individu tersebut dapat menghubunginya segera.

    “Seingat saya, semua hutang-hutang saya dijelaskan mengikut jadual. Jika ada yang tertangguh pun, tidak mengambil masa yang lama. Pun begitu, saya sebagai seorang manusia biasa mungkin terlupa sekiranya ada hutang yang terlepas pandang," katanya penuh hemah.

    Godaan VIP

    Pada masa yang sama, Fida menjelaskan dalam kesibukan menjayakan beberapa projek korporat yang memerlukannya berhubungan secara terus dengan pihak atasan, dia pernah diganggu dan digoda oleh golongan kenamaan (VIP). Justeru, dia amat berhati-hati apabila berhadapan dengan situasi tersebut dan cuba mengendalikannya secara bijak dan berhemah.

    “Saya faham dan sedar lambat laun akan terjebak dalam situasi seperti ini. Sejak awal pembabitan dalam bidang seni, saya sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapinya.

    “Jika diminta bukan-bukan oleh VIP berkenaan, saya akan jelaskan dengan baik. Saya tidak mahu kecilkan hati mana-mana pihak. Tetapi jika sudah melampaui batas, saya terus putuskan hubungan atau sebarang bentuk komunikasi dengannya. Ia bukan satu tugas mudah dan artis kena bijak buat keputusan apabila digoda VIP," katanya.


    GAMBAR~Dua lelaki lembik dibelasah cuba lakukan onar di rumah gadis.

  • Share The Gag

  • Dua lelaki menerima habuan segera apabila dibelasah orang ramai selepas ditahan ketika cuba memecah masuk sebuah kediaman di Taman Chai Leng di sini, petang kelmarin.

     Dalam kejadian jam 2.15 petang itu, suspek berusia 28 dan 37 tahun itu menceroboh kawasan rumah berkenaan selepas menyangka pemilik yang juga seorang wanita tiada di rumah.

     Namun, gelagat dua suspek itu sebenarnya diperhatikan jiran pemilik kediaman terbabit yang kemudian menahan kedua-duanya selepas mengepung rumah itu.

     Menurut sumber, suspek dipercayai aktif melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT), namun mereka tidak bernasib baik apabila ditahan ketika cubamenceroboh kediaman terbabit.

     “Pada mulanya gelagat mereka masuk ke kawasan belakang sebuah rumah disedari seorang penduduk dan dia yang curiga dengan aksi dua suspek itu memaklumkan perkara itu kepada beberapa jiran lain.

     “Selain itu, dua pengawal peribadi seorang lelaki yang kebetulan berada di situ memerhati dari jauh dan mendapati suspek cuba memecah masuk pintu belakang untuk masuk ke dalam rumah,” katanya.

     Sumber berkata, melihat aksi itu, pengawal peribadi berkenaan dengan bantuan orang ramai mengepung kawasan berkenaan bagi mengelakkan suspek meloloskan diri.

    Makan Snek ringan ketika tengok bola boleh membawa maut.

  • Share The Gag

  • Peminat bola sepak dinasihatkan untuk berwaspada dengan pengambilan kalori sepanjang berlangsungnya Piala Dunia 2014 yang boleh meningkat ekoran pengambilan snek ringan semasa menonton pasukan pilihan mereka beraksi.
    Ketua Jabatan Dietatik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur, Ridzoni Sulaiman berkata, pola pemakanan tidak sihat boleh berlaku kerana makanan ringan lazimnya mengandungi jumlah kalori yang tinggi manakala minuman bergas kaya dengan gula.
    "Perlawanan akan diadakan pada waktu dinihari menyebabkan ia lebih bahaya kerana kita kurang aktif dan lazimnya akan tidur semula selepas tamat perlawanan.


    GAMBAR~Zaquan Adha menggatal dengan janda anak satu?

  • Share The Gag
  • Berita paling panas semalam menjadi semakin panas hari ini. Berita apa lagi kan kalau bukan kisah kecurangan suami kepada pelakon cantik, Ayu Raudhah.
    Semalam, nama Zaquan Adha pula menjadi sebutan apabila dia dikatakan mempunyai affair dengan seorang wanita. Namun, Ayu sudahpun menafikan WeChat ID tersebut milik suaminya.
    Pagi ini, kami pun cuba intai sikit akaun Instagram milik Ayu, yelah, mana tau kalau-kalau dapat info terbaru kan? Tiba-tiba kami terbaca komen seorang peminat yang kononnya mendakwa ‘skandal’ Zaquan adalah janda anak satu.
    Panas!! Peminat Dakwa Kenal Skandal Zaquan Adha
    Namun, yang menambah rasa pelik dihati kami, peminat itu turut dihentam oleh pengikut Ayu yang mendakwa akaun @intanfadilah adalah palsu semata-mata.
    Panas!! Peminat Dakwa Kenal Skandal Zaquan Adha

    GAMBAR~Cina Malaysia mengamuk enjin Proton tercabut.

  • Share The Gag
  • Sebuah laman Facebook politik milik DAP mempersoalkan keupayaan kereta Proton Preve yang dilihat tidak setanding dengan harganya yang mahal.

    This is not the first time we've come across a Preve breaking into parts in an accident and this will not be the last. Yet, as the new advisor to Proton, Mahathir wants Proton cars to be sold at higher prices!



    Note: Admin is told that there was no accident! The car simply broke apart! Can anybody who witnessed this incident verify this?

    Update: From a feedback privately: what i found is the owner is using phone while full throttle and them bang on the tree and the engine lantai. a pillar still intact.owner still alive




    Menurutnya, pemilik Proton Preve pada ketika itu sedang bertelefon ketika memandu dalam kelajuan tinggi. Akibatnya, kereta yang dipandunya itu terbabas dan melanggar pokok di tepi jalan.

    Hasilnya, enjin Proton Preve tercampak keluar, namun pemandunya selamat.

    Sebelum ini kita pernah melihat enjin kereta model yang sama pernah tercabut dari casisnya (tahun lalu). 


    Ianya direka untuk tujuan keselamatan yang melindungi pemandu dan penumpang di bahagian hadapan.

    Namun ada suara sumbang mempertikaikan perkara itu kononnya tidak mencapai piawaian standard kereta antarabangsa dan sekali gus tidak setanding dengan harga jualannya di pasaran tempatan.

    Rata-rata yang mempertikaikan itu adalah pengguna Facebook berbangsa cina. (Ini realiti bukannya racist!)

    Yang menjadi persoalan penulis ialah, mengapa insiden enjin tercabut dari kereta model baru Proton ini dianggap tidak bagus? Sedangkan ia berupaya menyelamatkan nyawa pemandu dan penumpang hadapan dari mengalami kecederaan seperti patah tangan, kaki, leher etc dan paling utamanya mengelakkan nyawa mereka melayang begitu sahaja.

    Golongan-golongan yang anti Proton ini terlalu memandang rendah dengan kereta buatan Malaysia ini dan setiap kali berlakunya kemalangan yang melibatkan kereta Proton, pasti ada saja hujah, fakta dan analisa yang dikeluarkan oleh mereka yang entah dari mana sumber atau ajaran sesat mana yang mereka perolehi.