GAMBAR~Koleksi awek cun di Piala Dunia Brazil.

  • Share The Gag
  • Koleksi Gambar Awek Piala Dunia FIFA Di Brazil | Pada setiap edisi Piala Dunia FIFA, kamera jurugambar di negara tuan rumah pastinya tidak akan pernah lupa untuk merakamkan gambar penyokong pasukan dan kaki bola wanita yang jelita.
    Kejelitaan para gadis ditambah pula dengan pelbagai jenis celoreng dan pakaian yang dipakai mereka sepanjang berada di kejohanan bola sepak paling berprestij itu.
    Apa pun, jom skodeng koleksi gambar awek Piala Dunia FIFA di Brazl yang Katak Comel paparkan di bawah ini buat tatapan korang semua.


    awek hotawek cunawekteman wanita mario balotelli

    GAMBAR~Aksi jijik pekerja Fast Food oversea yang perlu anda tahu.

  • Share The Gag
  • Jadi adakah anda masih mahu makan makanan FAST FOOD? Ini adalah beberapa gambar pekerja FAST FOOD posting di laman web media sosial .... masa yang baik untuk berhenti makan FAST FOOD sekarang! Ini sangat menjelikkan!!


    Papagomo dakwa tiada duit,hanya kerja nelayan.

  • Share The Gag
  • Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop menolak permohonan Wan Muhammad Azri dengan kos RM5,000.  "Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan," kata pengendali blog Papa Gomo selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.

    Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo) berkata demikian kepada pemberita di luar mahkamah dan turut memberitahu bahawa telah menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd.

    Katanya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop bagaimanapun menasihatkan beliau supaya berbincang perkara itu dengan Anwar sendiri.

    Hari ini Rosilah menolak permohonan Wan Muhammad Azri dengan kos RM5,000, di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri, yang mewakili diri sendiri.

    Shahid berkata Rosilah membuat keputusan itu atas alasan tiada sebab untuk membenarkan penangguhan.

    Tambahnya, rayuan Wan Muhammad Azri terhadap keputusan Rosilah yang memerintahkan ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000 telah ditetapkan pada 24 Jun untuk pengurusan kes di depan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan.

    Pada 28 Feb, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.

    Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.

    Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad

    Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.


    GAMBAR~Azilah kes Altantuya dicekup beromen dengan bini Polis.

  • Share The Gag
  • Seorang bekas polis komando berusia 38 tahun yang dibebaskan tahun lalu atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006 ditahan awal hari ini selepas ditangkap berkhalwat dengan seorang polis wanita yang sudah berkahwin di Sepang.

    Lelaki berkenaan yang sebelum ini bertugas di Skuad Tindakan Khas di Bukit Aman ditangkap di sebuah unit kuarters polis di Sepang bersama seorang wanita oleh suami wanita terbabit pada jam 1.20 pagi.

    Suami berkenaan, seorang anggota polis yang bertugas di unit kereta peronda, pulang ke rumah untuk memeriksa sama ada isterinya di rumah dan mengesyaki sesuatu tidak kena apabila mendapati pintu berkunci.




    Selepas memeriksa dengan lebih lanjut, beliau mendapati bekas komando itu bersembunyi di sebelah katil dalam bilik tidur.

    Ketua Polis Sepang, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes itu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya.

    “Polis membuka fail tindakan disiplin terhadap polis wanita itu. Lelaki itu, bagaimanapun, tidak tertakluk kepada tindakan disiplin kerana bukan lagi anggota polis. Kes ini akan dikendalikan oleh Jais,” kata Yusof kepada The Malaysian Insider.

    Beliau enggan mengesah atau menafikan lelaki yang ditahan itu adalah orang yang sama disabitkan membunuh Altantuya dan kemudian bebas dalam kes rayuan.

    “Saya belum melihatnya. Saya tidak tahu bagaimana rupanya jadi saya tidak boleh beritahu kamu,” katanya.

    Difahamkan nama lelaki berkenaan dalam laporan polis ialah Azilah Hadri, nama yang sama seperti Ketua Inspektor Azilah Hadri iaitu salah seorang daripada dua komando yang dibebaskan pada Ogos tahun lalu selepas mahkamah membenarkan rayuan selepas mereka disabitkan bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya.

    Secara kebetulan, lelaki yang ditangkap awal hari ini juga adalah bekas pegawai polis yang pernah bertugas di Skuad Tindakan Khas di Bukit Aman, unit yang sama dengan Azilah sebelum beliau ditahan pada 2006.

    Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan bekas corporal Sirul Azhar Umar selepas menterbalikkan sabitan terhadap mereka dalam kes bunuh Altantuya.

    Azilah dan Sirul dituduh bersama dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada Oktober, 2006.

    Kedua-duanya pada masa itu bertugas dengan Skuad Tindakan Khas Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak. Najib pada ketika itu adalah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan.

    GAMBAR~Naga Putih mati di Johor telah dikenal pasti,

  • Share The Gag
  • Penemuan seekor naga putih di apartment Tanjung Puteri, Johor Bahru telah menjadi topik hangat laman sosial. Naga putih tersebut kononnya jatuh dari langit dan terus menemui ajal.

    Pihak kerajaan juga dikatakan sudah mengambil bangkai naga putih tersebut untuk dianalisa.

    Sebenarnya, ramai orang telah tertipu dengan berita palsu naga putih di Johor Bahru ini. Sebenarnya gambar naga putih yang disebarkan ini telah lama tersebar di laman sesawang Weibo iaitu laman sesawang seperti Twitter di China.

    Naga putih ini juga (dengan gambar yang sama) turut dikatakan ditemui di Thailand.




    Mulut orang Islam puasa busuk,Gadis dakwa semua kerja RBA.

  • Share The Gag
  • Berita palsu Esther Yeam hina islam di Facebook. Status yang mendakwa Esther Yeam menghina bulan Ramadhan adalah tidak benar sama sekali. Status “screenshot’ yang mengunakan nama dan gambar Esther Yeam dipercayai telah dimanipulasikan oleh pihak tertentu untuk tujuan menfitnah mangsa. Susulan itu, mangsa telah membuat laporan polis berhubung isu tersebut selepas menerima mesej berbaur ugutan. Terdahulu, facebook akaun Esther Yeam telah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa mulut orang berpuasa adalah berbau dan menggangu orang sekitar.



    Kenyataan Kontroversi Facebook Esther Yeam



    Penjelasan Esther Yeam Isu Hina Islam Di Facebook



    Laporan Polis Dibuat Esther Yeam Isu Kenyataan Hina Islam Di Facebook


    Artis Kelantan beraksi separuh bogel redha terima hukuman.

  • Share The Gag
  • Penyanyi dikir barat terkenal di Kelantan, Rosalinda atau nama sebenarnya Shahima Edayu Akma Mohd Alwi, 23, dikenakan hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, Kelantan, semalam.

    Hukuman tersebut dijatuhkan selepas dia mengaku bersalah kerana memakai pakaian menjolok mata ketika mengadakan persembahan di Felda Aring Enam, Mei lalu.

    Hakim, Zubaidi Sulaiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosalinda atau nama sebenarnya, Shahima Edayu Akma Mohd Alwi, 23.

    Beliau tidak membenarkan tertuduh membuat persembahan dengan berpakaian tidak sopan, bertentangan dengan hukum syarak.

    Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Ramlee Abd Rahman. Rosalinda membayar denda tersebut dan berjanji tidak mengulangi kesalahan tersebut.

    Mengikut kertas pertuduhan, Rosalinda ditahan sepasukan Penguat kuasa Agama Islam Gua Musang ketika membuat persembahan nyanyian dikir barat di Ekspo Padang Perumahan Felda Aring Enam, jam 11.50 malam pada 7 Mei lalu.

    Sebelum itu, Zubaidi turut menegur Rosalinda supaya hentikan persembahan melampaui batasan agama kerana ia menjejaskan imej Islam dan galak orang ramai melakukan maksiat.


    Petrol Malaysia 'cap ayam',Mercedes keluar surat pekeliling.

  • Share The Gag
  • Mercedes-Benz (M) Sdn Bhd mengeluarkan pekeliling kepada wakil pengedar sah dan pusat servisnya berkaitan perlindungan jaminan terhadap kegagalan akibat daripada kualiti bahan api bagi kenderaan yang dibeli menerusi saluran tidak rasmi.

    Mercedes-Benz dalam satu kenyataan berkata pekeliling itu menjelaskan bahawa sebarang kegagalan kereta penumpang Mercedes-Benz yang dibawa masuk menerusi saluran tidak rasmi tidak akan diterima di bawah jaminan oleh Daimler AG kerana ia tidak sesuai dengan kualiti bahan api tempatan.

    Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Roland Folger, berkata kualiti bahan api di Malaysia tidak memenuhi keperluan operasi kenderaan yang dikeluarkan di negara-negara lain.

    "Justeru itu, kenderaan diimport yang tidak disesuaikan dengan kualiti bahan api tempatan, mungkin mengalami kegagalan.

    "Hanya kenderaan yang dibeli menerusi wakil pengedar sah Mercedes-Benz cukup bersedia dengan keadaan tempatan dan menjadi kewajipan kami untuk memberi amaran kepada orang ramai risiko yang diambil untuk membeli Mercedes-Benz daripada wakil pengedar tidak sah," katanya.

    Mercedes-Benz berkata sejak 2004, ia melabur kira-kira RM250 juta bagi kilang pemasangannya di Pekan, Pahang, dengan RM100 juta lagi diperuntukkan untuk disuntik bagi tempoh lima tahun akan datang.



    GAMBAR~Hidup sosial,Mat Saleh ajak Nabila Huda masuk Kristian.

  • Share The Gag

  • Seorang peminat kepada pelakon terkenal, Nabila Huda telah memberi komen yang dianggap amat berani dan tidak masuk dek akal yang waras.
    Kami tidak salahkan si pengomen tetapi mungkin gambar-gambar yang dimuat naik oleh Nabila Huda yang membuatkan lelaki itu berprasangka buruk terhadap agama Islam.
    Pengguna instagram yang menggunakan ID Instagram, @darianchrist itu dengan selambanya mengajak Nabila keluar dari Islam dan memeluk agama Kristian.
    Peminat Ajak Nabila Huda Tukar Agama

    P.Pinang bandar kos sara hidup paling mahal di Malaysia.

  • Share The Gag
  • Dipetik daripada kajian yang dilakukan oleh The Malaysian Insider, berikut merupakan 10 tempat/bandar paling mahal di Malaysia dari segi kos sara hidup.
    1. Pulau Pinang (bahagian pulau)
    2. Bintulu, Sarawak
    3. Paka/ Kerteh, Terengganu
    4. Miri, Sarawak
    5. Kuala Lumpur


    6. Kuala Terengganu, Terengganu
    7. Kuching, Sarawak
    8. Klang
    9. Labuan
    10. Johor Bahru
    Perkara yang dikaji pula adalah harga barangan keperluan harian seperti ayam, sayuran seperti sawi dan cili merah, ikan, kadar sewa rumah dan juga keperluan pendapatan minima untuk hidup sempurna.
    Johor Bahru mencatatkan negeri ke 10 dengan kos sara hidup paling tinggi di Malaysia.
    Seseorang memerlukan gaji sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan untuk tinggal di sebelah pulau di Pulau Pinang.
    Dengan kadar sewa rumah serta harga rumah yang tinggi dan harga barangan keperluan harian yang agak mahal, seseorang memerlukan gaji sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan untuk tinggal di sebelah pulau di Pulau Pinang.
    Ia dikira paling tinggi berbanding bandar-bandar lain di Malaysia. Turut mengiringi Pulau Pinang adalah bandar perindusrian Bintulu di Sarawak dan Paka di Terengganu.
    Namun, harga barangan di Pulau Pinang jauh lebih rendah jika mereka tinggal di tanah besar iaitu di Seberang Prai. Mungkin kerana itulah ramai penduduk Pulau Pinang tinggal di tanah besar walaupun bekerja di pulau.
    Mungkin ini juga menjadi punca kesesakan berlaku setiap hari di jambatan Pulau Pinang dan feri sehingga menyebabkan jambatan kedua terpaksa dibuat untuk disambungkan ke pulau Mutiara itu.
    Harga sekilo ayam di pasar George Town adalah RM9 berbanding RM7.00 di KualaLumpur, RM6.50 di Klang.
    Kadar sewa rumah juga tinggi di Pulau Pinang. Sebuah rumah teres satu tingkat tiga bilik di Tanjung ToKong disewa dengan kadar RM1,000 sebulan. Namun kadarnya lebih rendah di Batu Kawan atau Nibong Tebal yang boleh diperolehi sekitar RM500 sebulan.
    Walau kos sara hidup agak rendah di Kuala Terengganu, namun harga barangan keperluan hariannya antara yang tertinggi berbanding bandar-bandar lain di Semenanjung Malaysia.
    Harga ayam di Kuala Terengganu adalah RM7.50 sekilogram berbanding Kuala Lumpur RM7.00 dan Klang hanya RM6.50. Begitu juga harga ikan, walaupun Terengganu ramai nelayan, tetapi harga ikannya antara yang termahal, mungkin kerana kesegarannya.
    Harga ikan kembong di pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu adalah antara RM10.00 ke RM15.00 sekilogram bergantung kepada kualiti ikan itu.
    Namun oleh kerana kos sewa rumah dan jalan raya tanpa tol di Kuala Terengganu, ia menyebabkan kos hidupnya tidaklah terlalu tinggi. Dengan pendapatan RM2,500 sebulan, sebuah keluarga boleh hidup di Kuala Terengganu dengan memiliki sebuah kereta dan rumah sewa.

    Namun di Paka dan Kerteh yang terletak di daerah Kemaman, kos sara hidupnya agak tinggi. Ini kerana kedua-dua bandar ini menjadi tempat tinggal pekerja industri gas dan petroleum. Ia memberikan kesan pahit kepada penduduk tempatan yang terpaksa bersaing untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan pekerja industri yang mempunyai pendapatan lebih baik berbanding mereka.
    Keadaan sama berlaku di Sarawak, bandar Bintulu dan Miri yang menjadi pusat industri gas dan petroleum yang menjadikan penduduk bandar ini terpaksa menghadapi kos sara hidup yang tinggi.
    Harga rumah di kawasan ini naik mendadak di samping harga barangan meningkat dengan ketara.

    Gadis bunuh diri ketika Skype dengan suami yang kaki mabuk.

  • Share The Gag

  • Seorang wanita telah bertindak membunuh diri ketika sedang berborak dengan suaminya menerusi Skype selepas berang dengan sikap suaminya yang selalu mabuk.
    Mangsa merupakan penduduk Batticaloa di timur Sri Lanka berbual dengan suaminya yang bekerja di Qatar ketika kejadian pada 29 September lalu.
    Sebelum itu, mereka bertengkar kerana wanita itu melihat suaminya mabuk dan wanita itu telah memberi amaran akan membunuh diri jika suaminya terus mabuk.
    Jurucakap polis menyatakan wanita itu kemudian menghalakan kamera supaya suaminya dapat melihat aksi dirinya menggantung diri.
    Suami malang berkenaan menelefon saudara maranya dengan sepantas kilat untuk menghalang perbuatan isterinya tetapi sudah terlambat untuk menyelamatkan isterinya itu.

    Astro Awani didakwa fitnah JAKIM isu Cadbury.

  • Share The Gag

  • Astro Awani membuat tajuk berita songsang bahawa Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hub Halal, Jakim, Muhammad Naim Mohd. Aziz yang hadir memberi penerangan mengenai isu berkaitan kontroversi coklat Cadbury (kanan) enggan turut serta dalam sesi “Makan Cadbury Bersama Aktivis Media Sosial dan Pengguna Islam.”

    Sebenarnya, pihak Jakim hanya dijemput memberi penerangan dalam majlis awalnya iaitu “Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif.”

    Tiada dalam agenda program pembabitan Jakim dalam sidang media mahu pun majlis makan Cadbury secara terbuka. JAKIM hanya dijemput beri penerangan kepada aktivis media siber dan ini telah dipersetujui bersama antara pengajur dan dan Jakim sejak awal lagi.

    Dari awal mengatur program ini pihak Jakim sudah maklum mereka hanya datang beri penerangan saja. Mereka tidak boleh tampil dalam media tanpa kebenaran Ketua Pengarah.

    Apa yang dikesalkan, sungguhpun pihak penganjur telah memaklumkan kepada Astro Awani mengenai perkara ini, mereka hanya membetulkan kandungan berita tersebut, tetapi enggan menukar tajuk berita yang memberi impak negatif kepada Jakim dan penganjur.

    Pegawai kerajaan mempunyai peraturan tertentu sebelum muncul dalam media. Justeru tidak wajar media mahu memaksa seorang pegawai kerajaan membuat kenyataan tanpa sebarang kebenaran atau memenuhi protokol sedia ada, ini boleh menyebabkan mereka melanggar peraturan kerajaan dan berhadapan tindakan disiplin.

    Faktanya, saya tiada keraguan mengenai keikhlasan pegawai terbabit mahu pun Jakim kerana beliau telah makan Cadbury tersebut dihadapan saya sebelumnya.

    Justeru tidak timbul isu pegawai Jakim enggan makan Cadbury seolah-olah memberi gambaran mereka sendiri tidak yakin dengan pengesahan halal mereka.

    Pihak Jakim dijemput untuk meyakinkan aktivis media siber bukannya membuat pertunjukan media. Ternyata kesemua yang hadir bukan sahaja percaya malah yakin dengan sijil Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh Jakim.-sumber ping.

    Mat Rempit parah lari sekatan, JPJ pula dipersalahkan.

  • Share The Gag

  • Dua remaja parah apabila motosikal yang ditunggang mereka merempuh dua kereta selepas didakwa dibaling dengan lampu mata arah (beacon) oleh anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sekatan jalan di Plaza Tol Taman Medan di sini, malam semalam.

     Dalam kejadian 9 malam minggu itu, kedua-dua mangsa yang berusia 15 tahun dikatakan cuba mengelak sekatan jalan JPJ dengan melalui lorong tunai di plaza tol berkenaan sebelum motosikal itu terbabas dan melanggar dua kereta yang sedang diperiksa.

     Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, mangsa yang parah di bahagian kepala akibat kemalangan itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan. "Kami akan menyiasat dakwaan bapa mangsa itu.

    Buat masa ini keterangan daripada kedua-dua mangsa belum dapat diambil kerana masih menerima rawatan di PPUM," katanya dalam satu kenyataan, malam ini.Beliau berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan pegawai dan anggota JPJ yang bertugas semasa sekatan dijalankan dan siasatan terperinci sedang dijalankan.