Aksi sensasi Azwan Ali ketika umrah undang maki hamun peminat.

  • Share The Gag
  • Diva terkenal, Azwan Ali sememangnya antara selebriti tempatan yang dilabel paling banyak mencetuskan kontroversi dek kerana bermulut lancang, celupar dan menganggap bahawa masyarakat Malaysia tidak boleh ditegur secara direct.

    Selain perwatakan sedemikian, Azwan juga seorang yang suka mengambil foto-foto selfie pelik dan sering mendapat pelbagai respon negatif dari peminat di laman sosial.

    Terbaru, adik kepada YB Mohamed Azmin Ali itu kembali mencetuskan kejutan di kalangan peminatnya di laman Instagram kerana memuatnaik beberapa keping foto selfie sedang memegang batang mop ketika menunaikan umrah di Mekah buat kali ketujuh.

    Perkongsian tersebut dikecam hebat peminat kerana beranggapan Azwan hanya menunjuk-nunjuk. Lebih menarik, ada peminat sanggup melemparkan kata-kata pedas berbunyi "tak pergi umrah sehingga 7 kali kalau perangai tidak berubah."



    Ads by VeriBrowseAd Options


    #SaveGaza:Azizulhasni salah seorang wira umat Islam dan juga negara.

  • Share The Gag

  • Keberanian yang ditunjukkan pelumba basikal negara Azizulhasni Awang dengan menayangkan sarung tangan bertulis 'Save Gaza' adalah sikap yang terpuji.
    "Azizulhasni jelas merupakan wira umat dan sekaligus wira kemanusiaan," kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Amidi Abdul Rahman dalam satu kenyataannya.


    Semalam ketika menyertai perlumbaan sprint lelaki, Azizul memakai sarung tangan tertera perkataan "save" pada sebelah tangannya manakala pada sebelah lagi "Gaza".
    Bagaimanapun, Persekutuan Sukan Komanwel yang tidak mahu sukan itu dimasukkan unsur politik memberitahu The Associated Press, mereka akan menghubungi ketua delegasi Malaysia untuk membincangkan kejadian itu dan mengambil tindakan.
    -

    Artis 'solehah' nekad buka tudung dan upload gambar seksi selepas kecewa diceraikan.

  • Share The Gag
  • PELAKON dan penyanyi Marshanda Indonesia, mengejutkan para peminatnya apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas bercerai dengan uaminya, Ben Kasyafani bulan lalu.

    Portal Kapan Lagi melaporkan dia mengambil tindakan tersebut kerana dikatakan tidak rasa terhubung dengan penamilannya sejak empat tahun lalu itu dan ingin berasa bebas selepas bercerai.

    Marshanda dalam satu entri di laman sosial Instagram menegaskan dia tidak peduli dengan pandangan orang tentang keputusannya dan bahagia dengan kehidupannya sekarang.

    Wajah terbaharu Marshanda atau lebih mesra dengan sapaan Cha yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya.
    "Saya tidak perlu perhatian daripada anda semua kerana saya tidak peduli dengan apa juga yang anda ingin katakan tentang keputusan saya.
    "Kebahagian saya terletak dalam tangan saya sendiri dan bukannya ditentukan oleh orang lain," katanya.

    Keputusan Marshanda itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya di Indonesia yang terkejut dengan tindakannya membuka tudung.

    "Cha, dulu saya tidak meminati anda tetapi selepas kamu berkahwin dan mempunyai anak, saya mulai suka dengan kehidupan baharu kamu.

    "Tapi hari ini, kekaguman saya untuk kamu sudah hilang," kata salah seorang peminatnya di laman sosial Instagram.

    Bagaimanapun ada peminat yang mempertahankan tindakan pelakon itu dan menganggap ia adalah pilihan Marshanda dan tiada siapa boleh memaksanya.

    "Jangan terlalu cepat menilai kerana dia lebih tahu apa yang sedang dilakukannya. Sebagai peminat adalah lebih baik kita mendoakan agar dia terus diberikan hidayah," kata peminatnya.

    Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Sienna Ameerah Kasyafani.

    Dalam pada itu, peguam bela Marshanda, Afdal Zikri menegaskan tindakan pelakon itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perceraian tersebut.

    Jelas Afdal, keputusan tersebut dilakukan adalah pilihannya sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

    "Itu keputusan dia, kita harus hormati pilihan yang dia buat dan dia sudah matang untuk menentukan apa yang terbaik," katanya.

    Enggan beri bantuan,pihak hospital pecat gadis kaunter pertanyaan.

  • Share The Gag
  •  Seorang operator wanita kaunter pertanyaan di sebuah hospital swasta di Jalan Pedada, di sini, yang didakwa bersikap biadap terhadap seorang lelaki ketika meminta bantuan merawat tiga beranak yang cedera dalam kemalangan Isnin lalu, sudah dipecat.

    Wanita berusia lingkungan 20-an itu dipecat berikutan kisah memalukan itu tersebar luas dan menjadi 'viral' dalam Facebook, menyebabkan ramai mengutuk dan mencaci kisah hospital berkenaan. 


    Jurucakap hospital swasta ketika dihubungi sebentar tadi berkata, operator wanita terbabit dipecat kerana tindakan dilakukan amat memalukan. 

    "Tindakan ini adalah terbaik untuk mengelak kejadian sama berulang. Kami amat kesal dengan perkara seperti ini," katanya.

    TIGA sekeluarga pengsan akibat parah dirempuh.


    Kejadian berlaku pada jam 5 petang itu menyebabkan tiga sekeluarga parah selepas dirempuh pacuan empat roda jenis Land Cruiser sebelum pemandunya melarikan diri, meninggalkan mangsa bergelimpangan atas jalan raya.

    Ketiga-tiga mangsa berusia tiga tahun, 17 tahun dan 61 tahun dilaporkan tidak sedarkan diri akibat parah sebelum seorang lelaki menghubungi hopsital berkenaan meminta menghantar ambulans ke tempat kejadian. 

    Bagaimanapun, apabila operator bertugas menyambut panggilan ketika itu, dia menjawab,: "Jika ambulans pergi ambil, siapa yang nak (mahu) bayar bil nanti?. 

    Melihat keadaan itu orang ramai tidak puas hati terus ke kauntar pertanyaan hospital swasta terbabit untuk meminta bantuan agar menyelamatkan tiga mangsa langgar lari itu. 

    Namun jawapannya tetap sama dan enggan menghulurkan bantuan kerana mahu mendapat jaminan seseorang untuk mahu membayar segala kos itu.

    GAMBAR~Masih koma,separuh tempurung kepala Mazidul Akmal Sidek terpaksa dibuang.

  • Share The Gag
  • Wartawan TV3, Mazidul Akmal kini terlantar koma di hospital kerana diserang strok manakala separuh daripada tempurung kepalanya perlu dibuang.

    Apa pun, marilah kita mendoakan supaya Mazidul Akmal Sidek cepat sembuh seperti sedia kala.

    GAMBAR~Johan As'ari bergambar dengan anjing undang tanda tanya.

  • Share The Gag

  • Pelakon Johan As'ari tidak melihat tindakannya mengambil gambar bersama seekor anjing pengesan sebagai satu kesalahan besar sehingga dia wajar dikecam oleh para peminatnya.

    Johan, 28, berkata, tindakannya itu hanya semata-mata untuk menghargai haiwan berkenaan yang sama-sama terlibat dalam penggambaran filem terbitan Tangan Seni Sdn. Bhd. iaitu Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior yang berakhir baru-baru ini.

    "Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa anjing pengesan juga berperanan besar dan rakan baik kepada pejuang kita dalam mengesan penjahat atau penceroboh di dalam hutan demi mempertahankan negara kita.

    "Ia juga adalah pejuang dan perkara itu yang saya pelajari tentang anjing pengesan ini ketika menjalani penggambaran filem berkenaan," katanya kepada mStar Online
    Johan dikecam teruk oleh peminatnya selepas memuat naik gambar berkenaan.
    Johan ditemui ketika Majlis Berbuka Puasa Wirefame Bersama Anak Yatim di Kelana Jaya di sini pada malam Sabtu lalu.

    Ekoran Johan memuat naik gambar berkenaan di laman sosial Instagram miliknya dia dikatakan tidak sensitif sehingga menimbulkan perbalahan di antara kalangan peminatnya.

    Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, Johan berkata, pada dasarnya dia tidak memegang anjing berkenaan biarpun dia mempunyai beberapa adegan bersama binatang itu.

    Pun begitu kata Johan, setiap kali selesai penggambaran dia akan samak seluruh badannya bagi memastikan tiada sebarang keraguan timbul dalam dirinya.

    "Tiada masalah jika terpegang anjing kerana kita boleh samak seperti mana di ajar dalam Islam.

    "Bagaimanapun bagi mengelakkan rasa was-was saya akan memastikan setiap kali habis penggambaran bersama anjing pengesan itu saya akan samak seluruh badan saya," katanya.

    Sementara itu, Johan berkata, pengalaman berlakon bersama seekor anjing adalah pertama kali buatnya sepanjang bergelar pelakon dan mengakui ia bukan mudah.

    "Pada mulanya saya tidak berani untuk berlakon bersama anjing tetapi selepas diberi tunjuk ajar tentang cara mendekati anjing baharulah saya jadi berani," ujarnya.

    Dalam perkembangan lain, Johan berkata, pada 1 Ogos depan dia akan berangkat ke Pulau Krabi, Thailand bersama pelakon Liyana Jasmay dan Hisyam Hamid untuk penggambaran drama bersiri Cintaku Di Krabi.

    GAMBAR-Gadis Melayu 14 tahun selfie cium kekasih dikecam hebat.

  • Share The Gag
  • Tidak dapat dipastikan di mana aksi dalam foto ini di ambil. Namun menurut sumber, perbuatan ini dilakukan pada siang hari ketika pelajar perempuan tersebut pulang dari sekolah...yeah..obviously!

    Namun perkara ini tidak dapat diterima dek akal sebagai seorang umat Islam apatah lagi di bulan yang mulia ini.

    Untuk ibu bapa, awasilah anak-anak kita agar tidak terjebak dengan perbuatan tidak senonoh di bawah.

    Ads by VeriBrowseAd Options