Tagged Under:

GAMBAR~Dua lelaki lembik dibelasah cuba lakukan onar di rumah gadis.

  • Share The Gag

  • Dua lelaki menerima habuan segera apabila dibelasah orang ramai selepas ditahan ketika cuba memecah masuk sebuah kediaman di Taman Chai Leng di sini, petang kelmarin.

     Dalam kejadian jam 2.15 petang itu, suspek berusia 28 dan 37 tahun itu menceroboh kawasan rumah berkenaan selepas menyangka pemilik yang juga seorang wanita tiada di rumah.

     Namun, gelagat dua suspek itu sebenarnya diperhatikan jiran pemilik kediaman terbabit yang kemudian menahan kedua-duanya selepas mengepung rumah itu.

     Menurut sumber, suspek dipercayai aktif melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT), namun mereka tidak bernasib baik apabila ditahan ketika cubamenceroboh kediaman terbabit.

     “Pada mulanya gelagat mereka masuk ke kawasan belakang sebuah rumah disedari seorang penduduk dan dia yang curiga dengan aksi dua suspek itu memaklumkan perkara itu kepada beberapa jiran lain.

     “Selain itu, dua pengawal peribadi seorang lelaki yang kebetulan berada di situ memerhati dari jauh dan mendapati suspek cuba memecah masuk pintu belakang untuk masuk ke dalam rumah,” katanya.

     Sumber berkata, melihat aksi itu, pengawal peribadi berkenaan dengan bantuan orang ramai mengepung kawasan berkenaan bagi mengelakkan suspek meloloskan diri.

    0 comments:

    Post a Comment