SAMSENG MENGAMUK BAKAR MOTOSIKAL

  • Share The Gag
  • Butterworth: Enam motosikal dan sebuah basikal rentung manakala sebuah lagi kereta rosak dalam kebakaran di Pangsapuri Wisma Telaga Air, jam 4.30 pagi tadi.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, kejadian dipercayai akibat perbuatan khianat.

    Beliau berkata, sepasukan anggota bomba tiba di lokasi kejadian berjaya memadamkan api kira-kira 20 minit kemudian.

    "Kami sedang melakukan siasatan lanjut untuk mengesan individu bertanggungjawab melakukan perbuatan ini.

    "Usaha kini dilakukan untuk mengesan pemilik kesemua kenderaan terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat dengan api," katanya.


    Kucing dibelasah separuh mati di Selayang dapat perhatian

  • Share The Gag

  • Tanpa perikemanusiaan, seekor kucing menerima azab apabila mulutnya hancur manakala hampir semua giginya patah akibat dipukul kerana kesalahan mencuri ikan untuk mengisi perut.

    Kisah seekor kucing dibelasah seorang peniaga sebuah pasar di Selayang, menjadi kemarahan orang ramai kerana tindakan itu disifatkan keterlaluan.

    ‘Posting’ berkaitan kejadian melalui sebuah laman blog popular yang dimuat naik di Facebook petang kelmarin, menerima lebih 99,000 likes, 25,000 komen selain 11,349 yang berkongsi ke laman masing-masing.

    Rata-ratanya marah, malah ada yang mengutuk tindakan peniaga berkenaan selain meminta pembelaan atas kucing itu.


    Difahamkan, kucing berwarna putih oren itu, kini berada dalam jagaan seseorang yang menetap di Kajang.


    Presiden Kelab Kucing Malaysia Khalid Rashid menganggap tindakan itu sebagai tidak bertamadun dan melampaui batas.

    Aksi panas dedah 'Spender',Aaron Aziz tampil mengaku

  • Share The Gag
  • Ramai yang terkejut apabila Pelakon sensasi Malaysia, Aaron Aziz upload sekeping gambar seluar dalam di akaun Instagram miliknya.

    Bagaimanapun, Aaron menjelaskan gambar tersebut sengaja di muat naik oleh beliau bagi memerli individu tertentu yang tertinggal seluar dalamnya dan suka bersikap bermuka-muka.

    Apapun, tindakan sebegini pastinya menimbulkan kontroversi di laman sosial.



    GAMBAR-Aksi jijik premis Putu Mayam,pekerja hanya memakai boxer.

  • Share The Gag


  • Hari ini di media sosial tersebar gambar premis membuat Putu Mayam dimana keadaan sekitar premis tersebut amatlah jijik. Bagaimanapun lokasi premis tersebut dirahsiakan oleh pemilik asal gambar ini.





    Tengoklah sendiri .. dengan lantai kotor dan pekerja tanpa pakai baju .. aduh!!! naik kembang tekak.

    Pengarah veteran terkenal koma terkena serangan strok

  • Share The Gag

  • Pengarah veteran Datuk Jamil Sulong, 88, dimasukkan ke hospital selepas koma akibat angin ahmar (strok). Anak beliau, Dr Anwardi ketika dihubungi mengesahkan perkara itu tetapi enggan mengulas lanjut.

     "Ya berita itu betul tapi kami sekeluarga belum bersedia untuk berkongsi apa-apa buat masa ini," katanya. Ketika ini, tiada butiran terperinci mengenai status kesihatan pengarah yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Rosnani Jamil.

     Antara filem arahannya adalah Bidasari dan Ranjau Sepanjang Jalan. Manakala lirik lagu-lagu popular yang pernah ditulis adalah Azizah, Tiru Macam Saya dan Tiada Kata Secantik Bahasa.

    Bekas Artis TV3 masuk Islam dan jadi pembantu khas Sultan Selangor

  • Share The Gag

  • SHAH ALAM: Pihak istana akan mengedarkan kenyataan rasmi berhubung jawatan Menteri Besar Selangor selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah, semalam.

    Perkara itu dimaklumkan Pembantu Khas Sultan Selangor, Zahir Kelvin Ong Abdullah di pintu masuk utama Istana Bukit Kayangan di sini, sebentar tadi.

    "Media semua diminta tunggu selepas Abdul Khalid menghadap Sultan, kita akan edarkan kenyataan rasmi... sidang media khas di SUKa kan ditangguhkan pada jam 5.30 petang," katanya.

    Rupanya bekas pembaca berita TV3 yang popular dalam era 90-an, Kelvin Ong kini menjawat peranan sebagai Pembantu Khas kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

    Selain itu, Kelvin juga dilaporkan sudah memeluk Islam dan bergelar muallaf sejak mendirikan rumah tangga dengan wanita Melayu, Zetty Juyanty A. Rahim.

    Kelvin atau nama Islamnya, Zahir Kelvin Ong Abdullah masih lagi kelihatan segak seperti zaman kegemilangannya dahulu.

    Sebagai pembantu khas kepada Sultan Selangor, sudah pasti Kelvin kini semakin sibuk dengan krisis yang melanda negeri Selangor, melibatkan kemelut dalaman di antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Pakatan Rakyat.

    Gadis dicekup leka berzina mengaku tiada duit.

  • Share The Gag

  • Tidak pernah serik, walaupun sebelum ini iaitu pada 20 Februari lalu, mereka pernah ditangkap khalwat di dalam kereta, namun sepasang kekasih ini dilihat masih belum insaf apabila mengulangi perbuatan sama selepas ditangkap dalam keadaan berbogel di tempat duduk belakang dalam sebuah kereta, 30 April lalu.
    Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral mereka menerima pembalasan apabila masing-masing dijatuhi hukuman penjara tiga minggu serta denda RM4,700 dan sembilan bulan penjara lagi sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.
    Namun, difahamkan, kedua-dua mereka, Alwafi Embong, 27, yang bekerja sebagai mekanik dan pasangannya, Zamiratul Akma Mohamad, 25, seorang penasihat kecantikan terpaksa memilih untuk meringkuk di penjara selama sembilan bulan tiga minggu kerana gagal membayar denda.
    Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail, menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh selepas kedua-dua mereka mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan iaitu khalwat dan cuba melakukan persetubuhan luar nikah.
    Ads by Mini - AdblockerAd Options
    Bagi pertuduhan pertama, Alwafi yang berasal dari Tok Jiring di sini, dan Zamiratul yang berasal dari Kuala Telemong, Hulu Terengganu didakwa mengikut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana melakukan khalwat.
    Alwafi ditemui sedang tidur di tempat duduk belakang sebuah kereta, manakala pasangannya tidur di tempat duduk penumpang hadapan ketika serbuan dilakukan sepasukan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu jam 3.45 pagi pada 20 Februari lalu, di kawasan parkir KFC Batu Buruk di sini.
    Ketika kejadian, pasukan penguat kuasa yang menerima maklumat awam mendapati sebuah kereta diletakkan di kawasan parkir itu dalam keadaan mencurigakan sebelum pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua mereka yang tiada sebarang hubungan suami isteri atau mahram, berada di dalam kenderaan tersebut.
    Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh yang sudah bernikah empat hari lalu (21 Ogos 2014) masing-masing dikenakan hukuman denda RM2,400 atau empat bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.
    Mengikut pertuduhan kedua, pasangan berkenaan ditemui dalam keadaan berbogel di tempat duduk belakang sebuah kereta, di hadapan sebuah rumah di Tok Jiring, kira-kira jam 1.50 pagi pada 30 April lalu.
    Siasatan lanjut mendapati mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram dan didakwa mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001, iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.
    Bagi kesalahan itu, kedua-dua mereka masing-masing dikenakan hukuman tiga minggu penjara dan denda RM2,300 atau tambahan lima bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.
    Pendakwaan dilakukan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof, manakala tertuduh tidak diwakili peguam syarie. 

    Abang 'kantoikan' adik perempuan lakukan onar di kebun Pisang.

  • Share The Gag

  • Gombak: Seorang ibu tergamak menggugurkan kandungan berusia lima bulan dan menanam janin itu di kebun sayur berhampiran rumahnya di Pangsapuri Julia Kampung Bendahara Selayang, di sini, selain merahsiakannya selama dua minggu.

    Wanita berusia 24 tahun itu mengaku memakan ubat dibeli di sebuah klinik di sekitar Selayang untuk menggugurkan kandungannya dengan alasan tidak mahu anak dikandung dijangkiti penyakit batuk kering.

    Bagaimanapun perbuatan kejinya terbongkar selepas disiasat polis berikutan laporan dibuat abang wanita itu, kelmarin. Menurut sumber, laporan polis itu sebenarnya menjurus kepada kes wanita itu dipukul dan dikurung suaminya di dalam rumah.

    “Hasil soal siasat membawa kepada maklumat mengejutkan sebelum polis menemui janin yang ditanam di kebun pisang berhampiran rumah suspek,” katanya.

    GAMBAR-Aksi terlampau amoi dan kekasih dalam train jadi viral

  • Share The Gag

  • Keadaan di sebuah stesen keretapi bawah tanah menjadi kecoh apabila seorang wanita yang bosan dengan teman lelakinya yang leka melayan telefon bimbitnya, telah mengheret lelaki berkenaan keluar dari komuter dalam usaha merampas telefon tersebut.

     Kejadian itu pada awalnya berlaku di dalam komuter selepas wanita tersebut mula marah dan kecewa kerana tidak dipedulikan oleh teman lelakinya yang leka melayari telefonnya. Dia kemudiannya menarik lelaki itu keluar dari komuter di stesen di Beijing.

     Meskipun ditarik dan diseret, mata lelaki itu tetap terpaku pada iPhonenya, hinggakan pada satu saat, wanita itu menggunakan kaki untuk menolak lelaki itu dan merampas telefon terbabit yang terlekat umpama gam di tangan teman lelakinya.

    Ada yang menyifatkan ia adalah lakonan semata-mata daripada syarikat telefon bimbit namun seorang saksi berkata ia merupakan kejadian sebenar.

     “Ia amat mengejutkan malah saya melihat seorang kanak-kanak menangis ketika pasangan itu sedang bertengkar. “Wanita itu cuba merampas telefon terbabit dan apabila gagal, dia mengheret lelaki itu keluar. Dia juga menjerit-jerit meminta lelaki itu melepaskan telefonnya,’’ katanya.

    GAMBAR-Remaja bertudung kantoi main raba-raba dengan 'pakwe' tengah sawah.

  • Share The Gag


  • Foto ini lagaknya seperti hasil seorang jurufoto profesional. Hasilnya cukup indah dengan suasana kehijauan padi dan keindahan desa.

    Namun, disebalik keindahan tersebut, terselit beberapa kecacatan yang menyakitkan mata sesiapa sahaja yang melihatnya.

    Jika diperhatikan, jurufoto ini berjaya memfokuskan beberapa subjek yang berada di bawah pondok di tengah-tengah sawah berkenaan dalam keadaan yang amat memalukan.

    Jika diamati dengan teliti, terdapat dua orang remaja perempuan yang masih memakai uniformsekolah, bersama dua remaja lelaki yang berpakaian biasa. Salah seorang daripada lelaki berkenaan sedang enak dibelai oleh pasangannya lagak seperti sepasang suami isteri.

    Tidak dapat dipastikan sama ada dua pelajar perempuan ini ponteng sekolah untuk bertemu rakan mereka atau ianya berlaku di luar waktu sekolah. Hanya jurufoto Zulkifli Bakar sahaja dapat menjawabnya...

    GAMBAR-Iphone 6 bocor di internet,bakal dilancarkan 9 September ini.

  • Share The Gag
  • Laman feldvolk.com telah mendedahkan beberapa keping gambar yang dipercayai iPhone 6 yang bakal dilancarkan 9 September ini.
    Gambar terkini yang dibocorkan memberi gambaran yang lebih dekat dan terperinci akan peranti yang dikatakan bakal menakluki pasaran peranti pintar.
    ipong
    Gambar yang dibocorkan oleh Feld & Volk melalui laman Instagram menunjukkan telefon pintar berukuran 4.7 inci dari beberapa sudut.
    Ini memberikan gambaran betapa nipisnya telefon pintar itu. Menurut laporan, ia mempunyai ketebalan hanya 7mm.
    Tetapi imej-imej ini sememangnya berkadar langsung dengan gambar dan laporan yang diterima sebelum ini dengan bahagian tepi yang melengkung, butang speaker seakan iPod Touch dan butang kuasa yang diletakkan di bahagian tepi.iPhone_6_leak_feldvolk_unsized_2-580-90
    iPhone 6, 4.7 inci dan 5.5 inci dikhabarkan akan dilancarkan pada 9 September ini. Jika benar, bermakna pengguna tidak perlu menuggu lama untuk melihat sejauh mana kesahihan imej-imej dan maklumat yang telah dibocorkan selama ini.


    TERKINI: JENAZAH PERTAMA MANGSA #MH17 DIKELUARKAN

  • Share The Gag

  • Jenazah pertama mangsa tragedi #MH17 dikeluarkan dan kesemua jenazah disambut dengan penuh istiadat dan akan dibawa dengan 20 van jenazah untuk dikebumikan di mengikut antan masing-masing. Suasana hiba kini mula terasa di sekitar Lapangan menunggu ketibaan jenazah.

    GAMBAR-Aksi dedah lurah artis wanita Melayu mula tersebar di FB.

  • Share The Gag

  • SEBENARNYA, agak jarang kita mendengar cerita tidak enak mengenai penyanyi hitam manis, Dayang Nurfaizah.

    Tapi, gara-gara gambar yang dimuatnaik oleh Lisa Surihani menerusi akaun Instagramnya, ramai pula yang menghentamnya.

    Gambar tersebut memaparkan Dayang bersama Awal Ashaari, Tiz Zaqyah, Lisa dan Diana Danielle selepas satu sesi penggambaran sebuah majalah.

    Ternyata pakaian yang dipakai oleh penyanyi itu agak terdedah di bahagian dada sehingga mengundang kritikan ramai.



    Pada masa yang sama, Diana juga turut menerima teguran yang hampir serupa lantaran statusnya sebagai seorang isteri dan ibu.

    Pada masa yang sama, Diana juga turut menerima teguran yang hampir serupa lantaran statusnya sebagai seorang isteri dan ibu.

    Harapnya, kedua-dua mereka dapat menerima secara positif teguran tersebut ya.Apapun, pesanan kami kepada tukang komen, berilah komen secara sopan dan berhemah.Jangan sampai menjatuhkan ‘hukum neraka’ ke atas para artis sudahlah…

    Che Ta alami pendarahan ketika hamil,Zain jadi tidak keruan.

  • Share The Gag

  • Suami mana yang tidak cemas apabila isteri tercinta yang sedang hamil mengalami pendarahan? Detik cemas seperti itulah yang dihadapi oleh Zain Saidin apabila isterinya Rozita Che Wan melakukan kerja di rumah hingga berlaku pendarahan.

    Menurut Zain, kejadian tersebut berlaku sekitar awal Ramadan lalu gara-gara isterinya membuat kerja yang tidak sepatutnya dilakukan oleh orang hamil.

    "Kejadian ini tak silap saya berlaku hari puasa pertama. Dia ada buat kerja pada hari berkenaan.

    "Selepas itu pada sebelah petang dia nak bersiap untuk ke majlis berbuka puasa ada sesuatu yang terjadi.

    "Berlaku pendarahan kecil dan kami segera ke pusat perubatan Prince Court untuk mendapatkan pemeriksaan. Kami mendapatkan rawatan susulan keesokan hari kerana doktor yang perlu dirujuk tiada pada hari pertama.

    "Alhamdulillah pada hari ketiga pendarahan sudah tak ada. Mulai dari itu, saya tak izinkan lagi dia buat kerja berat. Berjalan atau berdiri lama pun saya tak izinkan kerana bimbang kaki bengkak," ujar Zain dipetik sebagai berkata.

    Habis kisah mengenai pendarahan, timbul pula cerita lain apabila isterinya sekarang gemar membebel tak tentu pasal. Namun Zain sedar bahawa perkara tersebut sebenarnya menjadi kebiasaan buat wanita mengandung.

    "Saya pula jenis tak suka dia bising. Saya cuba menurut apa saja kehendaknya. Macam dia pernah mengadu sakit belakang sebab membawa perut, lalu saya dapatkan dia bantal khas yang dibeli secara dalam talian.

    "Membebelnya menjadi jadi sebab saya pula jenis yang suka melengahkan kerja. Buat kerja bila disuruh saja dan dia saja kena ingatkan saya untuk buat itu ini. Pemandu dia lambat jemput pun mulalah membebel. Kesannya orang berdekatannya pun dibebelkannya.

    "Emosinya sejak tujuh bulan mengandung ini terus terkawal. Tapi saya cuba untuk melayan saja emosinya," tambah Zain yang mengakui cukup teruja untuk menyambut kelahiran bayi perempuan dalam tempoh dua bulan lagi.

    "Cuma selepas bergelar bapa segera kepada dua anaknya menerusi perkahwinan terdahulu, saya mahu buktikan sekalipun akan menyambut anak sendiri tak lama lagi tidak akan wujud perbezaan kasih sayang dengan mereka.

    "Saya mahu adil dengan anak tiri dan sendiri. Cuma dalam menyambut kelahiran anak sulung ini saya mahupun isteri mahukan yang terbaik untuknya termasuklah memilih pusat perubatan yang selesa dan privasi untuk melahirkannya nanti.

    "Bakal anak kami pun akan ada hak siaran eksklusif Astro. Itu rezeki anak namanya. Kami tumpang gembira," katanya.

    GAMBAR-Tudung Cendawan bakal saingi tudung Fareeda?

  • Share The Gag
  • Umum mengetahui artis seberang Indonesia, Melly Goeslow kini telah pun berhijrah memakai hijab.

    Namun gaya tudungnya seakan tidak kena sehingga ada menggekarnya magsa fesyen.

    Pebagai jenis hijab yang pelik yang digayakan oleh penyanyi popular ini dan antara yang menjadi perhatian ialah tudung fesyen cendawan yang menjadi bahan ketawa.

    Dan ada juga peminat di Malaysia memerli fesyen pelik tudung artis tersebut dengan menyatakan ianya bakal mengalah tudung terkenal Fareeda jika fesyen ini di bawa masuk ke negara ini.

    Namun ada yang bersyukur kerana penyanyi ini walaupun pelik-pelik tapi masih menutup aurat.

    lihat foto di bawah:


    Gadis bertudung main peluk-peluk buktikan bakal makmum.

  • Share The Gag

  • Kadang-kadang tak faham juga dengan budak-budak zaman sekarang yang berasakan hubungan cinta mereka begitu suci lalu gambar bersama diletak kata-kata berbaur agama.

     Contoh macam remaja ini, bukan main lagi menulis ‘bakal makmun’ katanya tapi gambar berpeluk sakan.

     Kalau dah macam ni nampak gaya bukan bakal makmun tapi bakal dikerjakan adalah. Paling tak faham, apa dia orang ni tak ada rasa malu ke?

     Harap ibu bapa ambil berat sikit dengan memantau media sosial anak-anak anda. Jangan menyesal di kemudian hari pula yek.

    Melayu selekeh, Shila Hamzah seolah-olah lupa daratan?

  • Share The Gag

  • Pelakon terkenal yang mengharumkan nama Malaysia di tanah besar China, Shila Amzah dikatakan seperti kacang melupakan kulit apabila dilihat tidak dapat menerima kritikan daripada peminat Melayu yang memberi teguran mengenai persembahannya di Shanghai, China baru-baru ini.

    Dengan memuat naik status Me-layu :), Shila dianggap segelintir pengikut akaun Instagram miliknya yang dia tidak boleh menerima teguran daripada peminatnya itu.


    GAMBAR-Hantu berjaya di rakam bersama anak ketika berselfie.

  • Share The Gag

  • Apa perasaan anda apabila selepas meneliti gambar yang baru diambil tiba-tiba ada kelibat manusia lain yang tak dikenali dalam gambar tersebut? Tentu terkejut dan seram kan.

     Begitulah dialami seseorang yang berkongsikan gambar anak saudaranya di Facebook Oh! Media. Menurut pengirim, gambar yang diambil jam 11 malam itu amat mengejutkan apabila didapati turut merakam gambar seorang kanak-kanak yang tidak dikenali sedang duduk di kerusi belakang.

     Hantu Ju-On Berjaya Dirakam Dalam Gambar? Jika dilihat pada gambar, ternyata imej kanak-kanak misteri tersebut kelihatan jelas dengan wajahnya yang pucat.

    INSPEKTOR POLIS KANTOI DICEKUP DI SEMPADAN PEKAN DANOK LAKUKAN ONAR

  • Share The Gag
  • Tindakan seorang pegawai polis membawa isteri dan anaknya untuk mengaburi pihak berkuasa tidak berhasil selepas dia ditahan ketika cuba menyeludup keluar kereta mewah Toyota Vellfire di sempadan Malaysia-Thailand di sini, Jumaat lalu.

     Dalam kejadian jam 9 malam itu, pegawai polis berpangkat inspektor berusia 40-an itu dipercayai membawa isteri serta anaknya bagi mengelak ditahan pihak berkuasa dalam usahanya membawa masuk kereta curi berkenaan ke Thailand.

     Difahamkan, suspek bertugas di Jabatan Logistik Bukit Aman bersama isterinya berusia 30-an serta anak perempuannya berusia lima tahun itu ditahan dalam cubaan keempat mereka menyeludup keluar kereta curi. Sumber berkata, suspek ditahan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam di sekatan jalan raya UPP selepas menerima risikan.

     “Suspek mengaku cuba membawa masuk kereta curi ke negara jiran, malah menggunakan nombor pendaftaran palsu pada kereta itu sebelum ditahan di kilometer 1.3 Jalan Bukit Kayu Hitam, di sini. “Ketika ditahan suspek membawa beg pakaian dirinya serta keluarga di dalam kereta dipercayai untuk bermalam di negara jiran sebelum pulang ke tanah air. 

    “Kami tidak pasti sama ada suspek beroperasi sendirian di dalam sindiket itu atau mengambil upah membawa masuk kereta daripada sindiket lain,” katanya, di sini semalam. Menurut sumber, pihaknya tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana masih dalam siasatan. “Kereta dipandu suspek dilaporkan hilang pada 3 Oktober 2012 di Subang Jaya, Selangor.

     “Kami akan mendapatkan kerjasama daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya bagi tindakan lanjut,” katanya. - See more at: http://www.utaranews.com/2014/08/inspektor-polis-kantoi-lakukan-onar-di.html#sthash.qj8W6OGV.dpuf

    Askar US kencing mayat pejuang Taliban mati secara misteri

  • Share The Gag

  • Carolina Utara – Bekas penembak tepat yang menimbulkan kontroversi selepas membuang air kecil pada mayat pejuang Taliban, ditemui mati Jumaat lalu.

     Koperal Robert Richards, 28, ditemui mati oleh isterinya di rumah mereka di Jacksonville. Peguam Richards, Guy Womack memberitahu, tidak terdapat sebarang unsur jenayah atau bunuh diri dalam kes kematian askar AS berkenaan.

     Punca kematian mungkin disebabkan perubahan ubat-ubatan yang diambil oleh Richards. Richards diturunkan pangkat setelah video menunjukkan beliau membuang air kecil pada tiga mayat pejuang Taliban dimuat naik ke YouTube. 

    Video yang dirakam pada 2012 tersebut dikecam masyarakat antarabangsa dan menaikkan kemarahan di Timur Tengah.

    AKSI TERLAMPAU DUA GADIS MELAYU BERTUDUNG MULA TERSEBAR DI FB

  • Share The Gag

  • Kadang-kadang kes kecil saja tapi disebabkan tak mampu mengawal perasaan manusia boleh menjadi kurang sopan.

    Inilah dilakukan pekerja arked permainan video di sebuah pusat beli belah terkemuka yang menunjukkan jari tengah pada pelanggan kerana tidak puas hati.

    Menurut cerita yang disebarkan pelanggan terbabit menerusi laman sosial, kejadian bermula bila seorang rakannya meminta token ganti yang digunakan pada salah satu mesin yang rosak namun pekerja di situ memintanya supaya membeli token baru.

    Rakannya menolak untuk membeli token baru kerana itu bukan salahnya. Pekerja di situ kemudiannya membenarkan rakannya bermain satu permainan secara percuma dan ini dipersetujui oleh mereka.

    Namun tidak lama kemudian dua pekerja dalam gambar ini dikatakan mula mengekori mereka dan mengeluarkan kata-kata mengejek.

    Berasa panas hati dengan keadaan ini pelanggan terbabit mengambil gambar untuk dibuat aduan kepada pihak pengurusan dan salah satu hasil rakaman gambarnya adalah jari tengah seorang pekerja terbabit.

    Duta Palestin arah hentikan boikot Mcdonald dengan cara bodoh.

  • Share The Gag
  • Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar Al Agha berharap Rakyat Malaysia tidak menyasarkan pekerja rakyat Malaysia yang bekerja di perniagaan seperti McDonald’s dan Starbucks dalam usaha memboikot syarikat berkaitan Israel.

    Dr Anwar Al AghaDalam wawancara dengan The Star, Dr Anwar berkata pekerja terbabit hanya berusaha untuk mencari nafkah hidup. Justeru tidak adil menjadikan pekerja terbabit sebagai sasaran kecaman dan serangan dari rakyat Malaysia yang lain.

    Sungguhpun mengakui boikot merupakan satu saluran bagi memberi tekanan agar Israel menghentikan tindakan agresif terhadap Gaza, beliau khuatir kempen di media sosial menuduh syarikat terbabit dengan Israel “cannot always be verified”.

    Menurut Dr Anwar, adalah lebih tepat jika orang ramai menyalurkan kemarahan dan kekecewaan kepada Kerajaan Amerika Syarikat yang baru-baru ini meluluskan bantuan tambahan sebanyak RM 718.8 juta kepada Sistem Pertahanan Peluru Berpandu Iron Dome Israel.

    “It would be better if the people go and protest at the US administration and pressure them tostop funding the Israelis with sophisticated weapons.”

    Both McDonald’s and Starbucks Malaysia have released official statements saying that they do not support nor do they channel funds to support Israel’s aggression in Gaza.

    “Our people have also broken down in tears because of threatening telephone calls,” said McDonald’s Malaysia managing director Stephen Chew on Monday.

    “There were also incidents where our people were physically intimidated and publicly humiliated, and of property being vandalised,” he said. “Some were even afraid to go back to their hometowns for Hari Raya for fear of being harassed.”

    In a letter to the media, he said: “Our staff in uniform have been publicly humiliated. Others were shunned by their peers when they went to the mosque.

    “Even the children of our staff have been singled out in their schools, confused by warnings by some teachers not to go to McDonald’s.”

    TERKINI:PAS enggan tunduk arahan DAP/PKR,arah exco hadir.

  • Share The Gag

  • Tiga orang exco daripada PAS dilihat hadir pagi ini bagi menghadiri mesyuarat exco bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Azizi Shah.

    Exco yang telah hadir ialah Halimah Ali, Sallehin Mukhyi dan Dr Yunus Hairi. Manakala, seorang lagi exco Iskandar Samad masih belum kelihatan.

    Ditanya mengenai gesaan PKR dan PAS supaya exco PAS memulaukan mesyuarat exco hari ini, Yunus berkata, beliau hadir pagi ini demi rakyat dan atas arahan parti.

    "Saya telah dipilih oleh Sultan. Saya bertugas untuk rakyat.

    "Saya hadir hari ini atas arahan parti, " katanya.

    Ketika ditanya lagi, adakah beliau mengingkari arahan daripada Pakatan Yunus berkata, "Jangan tanya soalan yang provokasi, tak baik,".

    Gadis bertudung gemar dedah bentuk payudara adalah haram.

  • Share The Gag

  • Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa bahawa adalah haram bagi kaum wanita mengenakan pakaian Muslimah tetapi masih menonjolkan bentuk tubuh atau berpakaian ketat.

    MUI mengeluarkan fatwa berkenaan berikutan trend baharu dalam kalangan wanita bertudung yang menggayakan fesyen Jilboobs (gabungan Jilbab dan Boobs) yang kini menjadi ikutan di Indonesia.

    Golongan tersebut mempopularkan fesyen Jilboobs iaitu mengenakan tudung kepala tetapi berpakaian ketat bermula dari paras leher ke bawah.

    "Sudah ada fatwa MUI soal pornografi, ia termasuk tidak boleh memperlihatkan bentuk tubuh, pakai tudung tapi berpakaian ketat. MUI secara tegas melarang (fesyen) itu," tegas Timbalan Ketua MUI, Ma'ruf Amin.

    Menurut Ma'ruf, MUI mengeluarkan fatwa itu memandangkan cara menutup aurat oleh golongan itu tidak bersesuaian dan tidak menepati Syariat Islam tentang cara berpakaian.

    "Kalau sebahagian menutup aurat, sebahagian lagi masih memperlihatkan bentuk-bentuk yang sensual itu dilarang," kata beliau.

    Sehubungan itu, MUI menggesa setiap Muslimah yang sudah bertudung agar memberi perhatian pada cara berpakaian yang menepati Syariat agama.

    Sebelum ini, sebuah komuniti wanita Muslimah yang memperkenalkan diri mereka sebagai Jilboobs Community dalam Facebook, memuat turun foto mereka mengenakan pakaian ketat sehingga mencetuskan reaksi kurang senang daripada pelayar-pelayar media sosial itu. - See more at: http://www.utaranews.com/2014/08/wanita-bertudung-dedah-bentuk-payudara.html#sthash.8t8P9zrw.dpuf

    GAMBAR-Adegan ramas-ramas pasang kekasih menular di pantai Penang

  • Share The Gag
  • P.PINANG - Majlis agama Islam P.Pinang (MAIPP) kini giat membuat operasi bagi membenteras gejala maksiat yang dilaporkan semakin berleluasa di negeri ini. Perlakuan sumbang berkenaan kebanyakannya membabitkan pasangan remaja melayu khususnya yang bertudung.

    Menurut aduan orang ramai, pasangan remaja berkenaan tanpa segan silu berpelukan serta melakukan tindakan menjolok mata walaupun dikhalayak ramai.

    Menurut tinjauan, perlakuan tidak bermoral remaja-remaja tersebut dapat dilihat dibeberapa kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan pengunjung berkeluarga.

    Menurut jurucakap MAIPP, aksi para remaja terbabit mendapat tindakbalas negatif dari penduduk setempat yang mahu beristirehat serta beriadah dikawasan sekitar. - sumber




    TERKINI:SULTAN KEKALKAN KHALID IBRAHIM SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR

  • Share The Gag

  • SHAH ALAM-  Sultan Selangor perkenan Khalid meneruskan tugas sebagai MB Selangor sehingga ada perkembangan terbaru..

    Kehadiran media yg terlalu ramai telah menyebabkan tempat sidang media diubah ke tingkat 22 berikutan bilik media di tingkat 20 tidak dpt menampung jumlah yg ramai.

    Sehingga kini semua pihak sdn menantikan kehadiran Khalid Ibrahim-berita lanjut menyusul.

    GAMBAR-Beruk 'ajaib' berselfie jadi pertikaian di makhamah

  • Share The Gag

  • Seorang jurugambar terpaksa bergelut ke mahkamah untuk menuntut hakcipta bagi sebuah foto selfie yang diambil sendiri oleh seekor beruk.

     David Slater menuntut supaya Wikimedia memadamkan sebuah gambar selfie seekor beruk dengan alasan beruk tersebut merampas kamera darinya. 

    Beliau yang merupakan seorang jurugambar alam semulajadi telah mengembara ke Indonesia pada tahun 2011 dan ketika di lokasi penggambaran, seekor beruk telah merampas kameranya dan mengambil beratus-ratus gambar. 

    Ada antaranya sangat jelas, termasuk selfie yang disiarkan secara viral di laman Wikimedia. Wikimedia enggan berbuat demikian kerana mendakwa ianya bukan hakcipta David Slater kerana gambar tersebut dirakamkan oleh beruk itu sendiri....