Tagged Under:

Aksi sensasi Azwan Ali ketika umrah undang maki hamun peminat.

  • Share The Gag
  • Diva terkenal, Azwan Ali sememangnya antara selebriti tempatan yang dilabel paling banyak mencetuskan kontroversi dek kerana bermulut lancang, celupar dan menganggap bahawa masyarakat Malaysia tidak boleh ditegur secara direct.

    Selain perwatakan sedemikian, Azwan juga seorang yang suka mengambil foto-foto selfie pelik dan sering mendapat pelbagai respon negatif dari peminat di laman sosial.

    Terbaru, adik kepada YB Mohamed Azmin Ali itu kembali mencetuskan kejutan di kalangan peminatnya di laman Instagram kerana memuatnaik beberapa keping foto selfie sedang memegang batang mop ketika menunaikan umrah di Mekah buat kali ketujuh.

    Perkongsian tersebut dikecam hebat peminat kerana beranggapan Azwan hanya menunjuk-nunjuk. Lebih menarik, ada peminat sanggup melemparkan kata-kata pedas berbunyi "tak pergi umrah sehingga 7 kali kalau perangai tidak berubah."



    Ads by VeriBrowseAd Options


    0 comments:

    Post a Comment