Tagged Under:

Pengarah veteran terkenal koma terkena serangan strok

  • Share The Gag

  • Pengarah veteran Datuk Jamil Sulong, 88, dimasukkan ke hospital selepas koma akibat angin ahmar (strok). Anak beliau, Dr Anwardi ketika dihubungi mengesahkan perkara itu tetapi enggan mengulas lanjut.

     "Ya berita itu betul tapi kami sekeluarga belum bersedia untuk berkongsi apa-apa buat masa ini," katanya. Ketika ini, tiada butiran terperinci mengenai status kesihatan pengarah yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Rosnani Jamil.

     Antara filem arahannya adalah Bidasari dan Ranjau Sepanjang Jalan. Manakala lirik lagu-lagu popular yang pernah ditulis adalah Azizah, Tiru Macam Saya dan Tiada Kata Secantik Bahasa.

    0 comments:

    Post a Comment