Tagged Under:

GAMBAR~Pemuda didakwa diculik untuk diambil organ adalah palsu.

  • Share The Gag

  • KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan bahawa kisah seorang lelaki berusia 22 tahun diculik untuk diambil organ dan tersebar di laman sosialFacebookawal minggu ini sebagai tidak benar.

    Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab RashidAbdul Wahabberkata susulan itu juga bapa mangsa telah menarik balik laporan polis yang dibuat pada 30 Jun lalu.

    “Pihak polis ada membawa bapa ‘mangsa' untuk menonton rakaman CCTV di tempat kejadian iaitu di Stesen Petronas Putra Mahkota dan kami lihat tiada apa-apa kejadian yang berlaku.

    “Apa yang berlaku pada hari itu adalah lelaki berkenaan meletakkan kenderaan namun terus memindahkan kenderaannya ke tempat yang lain. Lelaki berkenaan kemudiannya keluar dari kawasan Petronas dengan membawa sebuah beg,” ulas ACP Rashid kepada media.

    ACP Rashid mengakui bahawa lelaki berkenaan kemudiannya telah ditemui di Bentong seperti yang dilaporkan di Facebook.

    “Ya, memang dia ditemui di Bentong tetapi kita masih tidak tahu bagaimana beliau berada di situ.

    Lelaki berkenaan telah dihantar keHospitalIslam Az-Zahrah,Bandar BaruBangi untuk pemeriksaan dan pihak doktor mengesahkan bahawa tiada kecederaan dikesan di tubuhnya.

    “Bapanya turut berkata yang anaknya mempunyai masalah peribadi. Setelah melihat rakaman CCTV, beliau tidak berminat untuk meneruskan dengan laporan polis yang dibuat,” katanya.

    Pada hari Isnin, wargamediasosial digemparkan dengan satu berita mengenai "penculikan" seorang lelaki di Stesen Petronas Putra Mahkota oleh tiga lelaki.

    Berita yang dikongsi oleh sepupu ‘mangsa’ antara lain berkata pada mulanya seorang lelaki mendekati ‘mangsa’ kerana inginkan pertolongan. ‘Mangsa’ membantu namun ditolak masuk ke dalam sebuah van. Beliau dikatakan telah diikat dan tidak sedarkan diri.

    Setelah sedar, dia mendapati dirinya berada di Bentong dan terus bergegas ke balai bomba berhampiran dan kemudiannya menghubungi pihak polis dan bapa saudaranya.

    Mesej di Facebook itu turut berkata bahawa Bentong merupakan jalan yang dekat untuk ke Thailand dan ‘mangsa’ akan dibawa ke sana untuk menjadi sebahagian dari mangsa sindiket penjualan organ.

    PihakAstro AWANIturut menghubungi sepupu 'mangsa' untuk meminta maklumat lebih jelas, namun ketika itu dia tidak dapat mengulas lebih lanjut tentang "insiden" ini.

    "Maaf. Itu sahaja yang saya boleh kongsi. Pihak polis mengarahkan untuk tidak berkongsi (maklumat) lagi kerana kes masih lagi dalam siasatan polis. 

    "Dan tentang sepupu saya, dia dalam keadaantraumadan belum bersedia untuk berkongsi pengalaman beliau," katanya menerusi Facebook. 

    Kisah penculikan ini telahpun menerima lebih daripada 2000’shares’ namun telah dipadam oleh sepupunya pada petang Rabu, iaitu beberapa jam selepas dihubungi oleh pihak media.

    Namun ianya telahpun tersebar di beberapa laman media sosial yang lain.


    0 comments:

    Post a Comment