Tagged Under:

TERKINI:PAS enggan tunduk arahan DAP/PKR,arah exco hadir.

  • Share The Gag

  • Tiga orang exco daripada PAS dilihat hadir pagi ini bagi menghadiri mesyuarat exco bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Azizi Shah.

    Exco yang telah hadir ialah Halimah Ali, Sallehin Mukhyi dan Dr Yunus Hairi. Manakala, seorang lagi exco Iskandar Samad masih belum kelihatan.

    Ditanya mengenai gesaan PKR dan PAS supaya exco PAS memulaukan mesyuarat exco hari ini, Yunus berkata, beliau hadir pagi ini demi rakyat dan atas arahan parti.

    "Saya telah dipilih oleh Sultan. Saya bertugas untuk rakyat.

    "Saya hadir hari ini atas arahan parti, " katanya.

    Ketika ditanya lagi, adakah beliau mengingkari arahan daripada Pakatan Yunus berkata, "Jangan tanya soalan yang provokasi, tak baik,".

    0 comments:

    Post a Comment