Tagged Under:

Bekas Artis TV3 masuk Islam dan jadi pembantu khas Sultan Selangor

  • Share The Gag

  • SHAH ALAM: Pihak istana akan mengedarkan kenyataan rasmi berhubung jawatan Menteri Besar Selangor selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah, semalam.

    Perkara itu dimaklumkan Pembantu Khas Sultan Selangor, Zahir Kelvin Ong Abdullah di pintu masuk utama Istana Bukit Kayangan di sini, sebentar tadi.

    "Media semua diminta tunggu selepas Abdul Khalid menghadap Sultan, kita akan edarkan kenyataan rasmi... sidang media khas di SUKa kan ditangguhkan pada jam 5.30 petang," katanya.

    Rupanya bekas pembaca berita TV3 yang popular dalam era 90-an, Kelvin Ong kini menjawat peranan sebagai Pembantu Khas kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

    Selain itu, Kelvin juga dilaporkan sudah memeluk Islam dan bergelar muallaf sejak mendirikan rumah tangga dengan wanita Melayu, Zetty Juyanty A. Rahim.

    Kelvin atau nama Islamnya, Zahir Kelvin Ong Abdullah masih lagi kelihatan segak seperti zaman kegemilangannya dahulu.

    Sebagai pembantu khas kepada Sultan Selangor, sudah pasti Kelvin kini semakin sibuk dengan krisis yang melanda negeri Selangor, melibatkan kemelut dalaman di antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Pakatan Rakyat.

    0 comments:

    Post a Comment