Tagged Under:

Kucing dibelasah separuh mati di Selayang dapat perhatian

  • Share The Gag

  • Tanpa perikemanusiaan, seekor kucing menerima azab apabila mulutnya hancur manakala hampir semua giginya patah akibat dipukul kerana kesalahan mencuri ikan untuk mengisi perut.

    Kisah seekor kucing dibelasah seorang peniaga sebuah pasar di Selayang, menjadi kemarahan orang ramai kerana tindakan itu disifatkan keterlaluan.

    ‘Posting’ berkaitan kejadian melalui sebuah laman blog popular yang dimuat naik di Facebook petang kelmarin, menerima lebih 99,000 likes, 25,000 komen selain 11,349 yang berkongsi ke laman masing-masing.

    Rata-ratanya marah, malah ada yang mengutuk tindakan peniaga berkenaan selain meminta pembelaan atas kucing itu.


    Difahamkan, kucing berwarna putih oren itu, kini berada dalam jagaan seseorang yang menetap di Kajang.


    Presiden Kelab Kucing Malaysia Khalid Rashid menganggap tindakan itu sebagai tidak bertamadun dan melampaui batas.

    0 comments:

    Post a Comment