Tagged Under:

Astro Awani didakwa fitnah JAKIM isu Cadbury.

  • Share The Gag

  • Astro Awani membuat tajuk berita songsang bahawa Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hub Halal, Jakim, Muhammad Naim Mohd. Aziz yang hadir memberi penerangan mengenai isu berkaitan kontroversi coklat Cadbury (kanan) enggan turut serta dalam sesi “Makan Cadbury Bersama Aktivis Media Sosial dan Pengguna Islam.”

    Sebenarnya, pihak Jakim hanya dijemput memberi penerangan dalam majlis awalnya iaitu “Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif.”

    Tiada dalam agenda program pembabitan Jakim dalam sidang media mahu pun majlis makan Cadbury secara terbuka. JAKIM hanya dijemput beri penerangan kepada aktivis media siber dan ini telah dipersetujui bersama antara pengajur dan dan Jakim sejak awal lagi.

    Dari awal mengatur program ini pihak Jakim sudah maklum mereka hanya datang beri penerangan saja. Mereka tidak boleh tampil dalam media tanpa kebenaran Ketua Pengarah.

    Apa yang dikesalkan, sungguhpun pihak penganjur telah memaklumkan kepada Astro Awani mengenai perkara ini, mereka hanya membetulkan kandungan berita tersebut, tetapi enggan menukar tajuk berita yang memberi impak negatif kepada Jakim dan penganjur.

    Pegawai kerajaan mempunyai peraturan tertentu sebelum muncul dalam media. Justeru tidak wajar media mahu memaksa seorang pegawai kerajaan membuat kenyataan tanpa sebarang kebenaran atau memenuhi protokol sedia ada, ini boleh menyebabkan mereka melanggar peraturan kerajaan dan berhadapan tindakan disiplin.

    Faktanya, saya tiada keraguan mengenai keikhlasan pegawai terbabit mahu pun Jakim kerana beliau telah makan Cadbury tersebut dihadapan saya sebelumnya.

    Justeru tidak timbul isu pegawai Jakim enggan makan Cadbury seolah-olah memberi gambaran mereka sendiri tidak yakin dengan pengesahan halal mereka.

    Pihak Jakim dijemput untuk meyakinkan aktivis media siber bukannya membuat pertunjukan media. Ternyata kesemua yang hadir bukan sahaja percaya malah yakin dengan sijil Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh Jakim.-sumber ping.

    0 comments:

    Post a Comment