Tagged Under:

Gadis bunuh diri ketika Skype dengan suami yang kaki mabuk.

  • Share The Gag

  • Seorang wanita telah bertindak membunuh diri ketika sedang berborak dengan suaminya menerusi Skype selepas berang dengan sikap suaminya yang selalu mabuk.
    Mangsa merupakan penduduk Batticaloa di timur Sri Lanka berbual dengan suaminya yang bekerja di Qatar ketika kejadian pada 29 September lalu.
    Sebelum itu, mereka bertengkar kerana wanita itu melihat suaminya mabuk dan wanita itu telah memberi amaran akan membunuh diri jika suaminya terus mabuk.
    Jurucakap polis menyatakan wanita itu kemudian menghalakan kamera supaya suaminya dapat melihat aksi dirinya menggantung diri.
    Suami malang berkenaan menelefon saudara maranya dengan sepantas kilat untuk menghalang perbuatan isterinya tetapi sudah terlambat untuk menyelamatkan isterinya itu.

    0 comments:

    Post a Comment