Tagged Under:

GAMBAR~Chef Wan dedah Budu adalah bangkai,apa kata orang Kelantan?

  • Share The Gag

  • Ketika isu DNA Babi hangat diperkatakan baru-baru ini sehingga menimbulkan keraguan kepada umat Islam di negara ini, chef terkenal tanah air, Chef Wan mengambil langkah berbeza apabila menasihatkan agar umat Islam bertenang dan menghormati babi selaku makanan bukan Islam di negara ini.

    Dan yang terbaru, Chef Wan nasihatkan pada haternya supaya usah mengada-ngada kononnya geli dengan Babi tetapi makanan lain yang jijik tidak pula dipersoalkan.

    Chef Wan dalam statusnya memberi tahu bahawa Budu dan Cencalok adalah bangkai.

    Budu memang makanan terkenal di Kelantan bahkan kebanyakan rakyat Malaysia gemarkan budu Kelantan. So kalau macam tu adakah Chef terkenal ni nak beritahu bahawa rakyat Kelantan yang dipimpin oleh barisan ulama seperti Tuan Guru Nik Aziz adalah pemakan bangkai?

    Sepatutnya hal berkaitan hukum ni bukan boleh main tembak jer. So mari kita baca hukum sebenar berkaitan bangkai ini:

    HUKUM BANGKAI DALAM ISLAM

    Diharamkan makan bangkai melalui Firman Allah: 
    Maksudnya: "Diharamkan kepadamu untuk memakan bangkai..." (3: AI-Maidah) 

    Definasi bangkai oleh Dr Yusuf Qa-rdawi : 
    "Haiwan yang mati tanpa pebuatan manusia yang berniat untuk menyembelihnya dan memburunya." 

    Pengkecualian.

    Islam telah mengkecualikan ikan dan seumpamanya dari haiwan yg hidup dalam air sepenuhnya daripada hukum haram makan bangkai. Halal makan bangkai tersebut. Ketika mana Nabi s.a.w ditanya tentang air lautan, baginda menjawab: "Airnya suci lagi menyucikan serta halal bangkainya." (Hr Ashabus Sunan dan Ahmad) 

    Dalam hadis ada menceritakan Nabi s.a.w mengutuskan pasukan tentera dikalangan sahabatnya. Dalam perjalanan, mereka mendapati bangkai seekor ikan yang besar yang di campakkan oleh ombak laut. Mereka telah memakannya selama lebih 20 hari. Setelah mereka kembali ke Madinah, mereka menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w. Maka baginda bersabda: "Makanlah terhadap rezki yang Allah telah berikan kepada kamu. Berilah kami makan ikan tersebut sekiranya masih ada lagi bersama kamu." Maka sebahagian sahabat memberi ke­pada baginda. Lalu baginda memakannya. (Hr Bukhari) 

    Demikian juga dengan belalang, ia juga dihalalkan untuk dimakan dengan tidak disembelih. Ibnu Abi Aufa berkata:"Kami telah menyertai tujuh peperangan dengan memakan belalang." (Hr Jamaah melainkan Ibnu Majah)

    0 comments:

    Post a Comment