Tagged Under:

Polis buru penyebar maklumat sulit dalam aplikasi WhatsApp.

  • Share The Gag

  • Polis Kelantan memandang serius kes penyebaran maklumat polis, termasuk maklumat rahsia melalui aplikasi WhatsApp, kepada orang awam.
    Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata polis sedang mengesan dalang yang melakukan aktiviti penyebaran maklumat polis kepada orang awam itu melalui aplikasi berkenaan dan dalam laman sosial.
    "Kita akan siasat mana-mana maklumat polis yang disiarkan dalam laman sosial seperti Facebook atau blog dan kita akan buat laporan polis seterusnya menyiasat perkara tersebut," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.
    Jalaluddin berkata, setakat ini pihaknya telah mengenal pasti dua kes berhubung penyebaran maklumat polis di laman sosial.
    "Siasatan telah dibuka di Kuala Krai dan satu lagi mungkin dibuka di Kota Bharu iaitu melibatkan penyebaran maklumat polis di laman sosial mengenai kes kemalangan dan rogol.
    "Siasatan akan dibuka di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972, kita ingin kenal pasti individu yang menyalurkan maklumat tersebut kerana ia boleh menakutkan masyarakat, seterusnya akan menahan mereka (penyebar maklumat)," katanya. - Bernama


    0 comments:

    Post a Comment