Tagged Under:

GAMBAR~Punca sebenar kejadian amuk di Highway Karak libatkan keluarga Pak Lebai.

  • Share The Gag
  • Semalam, telah berlaku satu insiden yang melibatkan sebuah kereta Perodua MyVi dengan Toyota Vios di Lebuhraya Karak yang telah menggemparkan para pengguna laman sosial.

    Insiden tersebut bermula apabila pemandu kereta Myvi sedang beratur di Lorong Smartag Tol Gombak. Akan tetapi, sebuah kereta Toyota Vios datang dari lorong sebelah dan terus memotong barisan di hadapan mereka dengan menggunakan strategi himpit dan terlalu rapat.

    Akibat daripada kejadian tersebut, cermin sisi kedua-dua kereta mereka bergesel.

    Pemandu Vios yang menyedari cermin sisi keretanya bergesel dengan cermin sisi Myvi lalu terus bertindak dengan membunyikan hon bertalu-talu.

    Selepas berjaya memotong barisan dan melalui tol berkenaan, pemandu Vios dilihat cuba memprovok mereka dengan membrek secara mengejut dengan sengaja di hadapan kereta.

    Tidak tahan dengan kelakuan pemandu Vios berkenaan, pemandu Myvi mengambil keputusan untuk memberhentikan kenderaannya di tepi jalan.

    Apabila pemandu Myvi cuba menghampiri si pemandu Vios dan meminta penjelasan, pemandu Vios kelihatan takut dan terus meneruskan menaikkan cermin tingkapnya dan pemandu Myvi cuba menahan cermin kereta vios berkenaan dan tak semena-mena cermin tersebut pecah.

    Dia bagaimanapun menafikan jari isteri pemandu Vios cedera dan berdarah berpunca dari tindakan dia memecahkan cermin berkenaan.

    Namun dia tidak menafikan pula berkemungkinan serpihan cermin terkena pada jari isteri pemandu berkenaan.

    Menurut pemandu Myvi itu lagi, cermin kereta lelaki itu tidak pecah, sebaliknya berderai sebab cermin keretanya ada tinted.



    0 comments:

    Post a Comment