Tagged Under:

Chef terkenal tak reti hormat waktu berbuka?

  • Share The Gag
  • Chef selebriti Nik Michael Imran, 24, naik angin dan cukup kesal apabila timbul dakwaan beliau kononnya tidak menghormati waktu berbuka puasa. Beliau yang juga merupakan pemilik restoran PickNik yang terletak di Publika, Solaris Dutamas ini, menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah.

    "Tuduhan yang mengatakan saya tidak sensitif terhadap waktu berbuka adalah sangat mengarut. Itu fitnah! Orang yang buat cerita itu sangatlah busuk hati dan sengaja cari pasal dengan menimbulkan isu ini.

    "Pada hari tersebut ada ramai orang yang yang boleh jadi saksi bahawa tuduhan itu sama sekali tidak benar", itu respon Nik Michael apabila diminta mengulas mengenai dakwaan tersebut, ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa anuran Air Asia dan Air Asia X, bertempat di hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, malam tadi.

    Semalam, sebuah akhbar tempatan ada menyebut yang Nik Michael tidak sensitif akan waktu berbuka puasa. Kejadian berlaku pada 2 Ramadan lalu.

    Pada hari tersebut, ada jemputan sebuah syarikat gergasi ke restoran milik Chef itu untuk memperkenalkan perkakasan masakan. Bila majlis bermula, Nik Michael dikatakan galak memperkenalkan perkakasan elektrik yang digunakan sehinggalah Azan Maghrib sudah berkumandang dia masih juga belum berhenti membuat demonstrasi.

    Tetamu yang hadir hanya dihidangkan makanan pada pukul 8.15, iaitu ketika sudah hampir hendak masuk waktu Isyak. Lantas tindakan Nik Michael itu sifatkan sebagai tidak menghormati waktu berbuka dan juga para tetamu yang beragama Islam yang berada di majlis itu.

    Mengulas lanjut mengenai isu itu, tambah Nik Michael lagi, dia berasa terkilan. Malah jejaka berdarah kacukan Melayu-Australia ini tekad mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang sengaja menyebarkan fitnah tersebut.

    "Perkara ini sikit sebanyak telah menjejaskan nama saya dan juga restoran saya. Saya mahu mengambil tidakan terhadap individu yang telah menyebarkan fitnah ini.

    0 comments:

    Post a Comment