Tagged Under:

Neelofa enggan jadi macam Abby raih populariti dengan berceramah.

  • Share The Gag
  • Memang tidak dinafikan ramai selebriti wanita tempatan sudah mula mengenakan hijab secara kekal dan berhijrah sepenuhnya.

     Ramai yang menarik nafas lega dan bersyukur kerana artis kegemaran mereka sudah melakukan perubahan positif.

     Dan tentunya, mereka ingin tahu kisah sebenar disebalik pembukaan hati dan bagaimana artis-artis ini menerima hidayah untuk berubah. 

    Neelofa yang melakukan perubahan yang mengejutkan, bagaimanapun tampil memaklumkan yang beliau tidak akan berkongsi pentas dengan mana-mana pihak untuk memberikan ceramah. 

    Katanya, “Siapalah saya untuk memberi ceramah? Ilmu yang saya ada tidak mungkin untuk saya bergiat sebagai penceramah. Kalau nak kongsi mengenai penghijrahan ini juga agak keberatan kerana tidak mahu dilihat seperti riak.” “Saya mengenakan hijah bukan kerana mahu berkahwin ataupun perniagaan. 

    Saya ada juga mendengar kononnya saya berhijab kerana perniagaan jubah. Itu semua tidak benar.” Elok juga Neelofa berfikiran begitu. Daripada sibuk mengajar orang, lebih baik diri sendiri pergi mendalami ilmu agama terlebih dahulu kan. -SUMBER.

    0 comments:

    Post a Comment