Tagged Under:

Gadis Pailang kena sumbat ke Sekolah Tunas Bakti serta merta.

  • Share The Gag

  • Pelajar 'Gadis Pailang' diperintah jalani pemulihan di Sekolah Tunas Bakti
    Tindakan pelajar 'Gadis Pailang' itu menyebabkan kecederaan pada seorang lagi pelajar perempuan tingkatan tiga. -BERNAMA Photo

    SAMARAHAN:Tiga pelajar perempuansebuah sekolah menengah di sini terpaksa melupakan hasrat untuk berhari raya bersama keluarga apabilaMahkamah Majistretdi sini memerintahkan mereka menjalani pemulihan di tiga Sekolah Tunas Bakti berasingan selama dua tahun berkuatkuasa hari ini.

    MajistretZulhairil Sulaimanmemerintahkan ketiga-tiga tertuduh berusia 16 tahun itu dihantar keSekolah Tunas Baktidi Terengganu, Melaka dan Miri.

    Ketiga-tiga tertuduh diarah ditempatkan sementara di Taman Seri Puteri Kuching sebelum dihantar ke Sekolah Tunas Bakti.

    Zulhairil mengeluarkan perintah itu di dalam kamarnya, selepas mereka mengaku bersalah pada 23 Jun lepas menyebabkan kecederaan dengan sengaja ke atas seorang pelajarperempuantingkatan tiga sekolah yang sama pada 9.40 pagi, 25 April lepas.

    Tindakan mereka membelasah mangsa dimuat naik diYouTube.


    0 comments:

    Post a Comment