Tagged Under:

Isteri mengandung 8 bulan dihalau kerana suami mahu asmara dengan janda di rumah.

  • Share The Gag
  • Hidup berumahtangga mempunyai seribu satu cabaran.. Bukan saja bagi seorang isteri, tetapi bagi seorang suami yang dipertanggung jawabkan untuk menjaga rumahtangga terbabit untuk menuju kearah kebahagiaan...

    Dibawah ini merupakan kisah rumahtangga yang dialami oleh seorang wanita yang cekal dan tabah mengharungi onak ranjau kehidupan.. Bayangkan.., dalam kandungannya hampir 8 bulan, beliau dihalau oleh suami semata-mata kerana gilakan wanita lain...

    Mari kita ambil ikhtibar dan panduan diatas apa yang berlaku....

    Nama saya Fazilah (bukan nama sebenar). Saya berumur 27 tahun. Saya sudah bercerai dengan bekas suami semasa hamil anak kedua. 

    Walaupun sedang sarat, saya nekad kerana semua bukti kecurangan suami ada di depan mata. Satu hari saya terduduk hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu. 

    Sudahlah sedang mengandung 8 bulan. Suami saya sanggup menghalau saya dari rumah semata-mata mahu membawa perempuan lain masuk. 

    Saya keluar dan membawa anak kerana saya tahu saya bukan lagi di hatinya. Saya sangat malu dan ketika itu saya terpaksa menumpang di rumah keluarga angkat. Semasa saya melahirkan anak, talak telah gugur ke atas saya. 

    Ketika saya sedang dalam pantang 15 hari dan sedang sakit saya terpaksa turun naik mahkamah. Akhirnya kes penceraian kami selesai dan suami saya sangat puas dan seronok kerana dapat melepaskan saya dan anak-anak. Dia sudah ada pengganti baru seorang jururawat yang cantik dan tinggi seperti model. 

    Kini anak saya yang kecil sudah berumur setahun. Dia sudah boleh berjalan dan sangat comel. Saya terpaksa meninggalkan anak saya bersama ibu di kampung. Di sana mereka dipelihara dengan penuh kasih sayang sehingga saya mahu menjaga anak sendiri pun ibu tidak benarkan. 

    Saya tidak kisah tentang itu kerana saya boleh menjenguk anak dan ibu bapa di kampung. Sekarang selepas saya bahagia dan ada kehidupan sendiri, bekas suami datang merayu kepada ibu bapa saya supaya memujuk saya untuk membawa anak yang kecil tinggal bersama saya. 

    Tujuannya adalah untuk kesenangan dia menjenguk anak-anak. Katanya dia mahu menyediakan rumah dan pengasuh. Tetapi keluarga saya keberatan untuk memberi kebenaran. Sebelum ini jangan kata nak sediakan semua itu, wang nafkah pun dia tidak pernah beri dengan cukup walaupun dia seorang ahli perniagaan yang berpendapatan RM20,000 sebulan. 

    Dia langsung tidak berani untuk bersemuka mahupun menghubungi saya. Dia terus pergi ke kampung berjumpa dengan ibu bapa saya dan berkata mahu menebus segala kesilapannya. 

    Tetapi hati saya sudah tidak dapat lagi menerima bekas suami saya. Saya sakit, perit, trauma dan fobia. Lagipun dia sudah berkahwin dengan perempuan itu di sempadan kerana ditangkap khalwat. 

    Di mana saya nak tinggal, ke mana saya nak pergi mengapa dia yang perlu tentukan? Saya tidak pernah menghalang pun dia untuk berjumpa dengan anak-anak. Saya sangat sedih. Dahulu dia buang saya dan darah dagingnya sendiri. Saya bertarung nyawa seorang diri. Kenapa baru sekarang dia cari saya?

    0 comments:

    Post a Comment