Tagged Under:

Artis Melayu kontroversi bangga bakal kahwin dengan jejaka Sikh.

  • Share The Gag

  • Pelakon remaja yang sering dihimpit kontroversi, Eina Azman mendedahkan dirinya bakal mengakhiri zaman bujang dengan seorang datuk jejaka Sikh pada akhir tahun ini.

    Lelaki yang berjaya menambat pelakon ini ialah Datuk Paduka Gurmet Singh, seorang jejaka keturunan Sikh yang kini berumur 35 tahun.

    “Awal perkenalan kami biasa-biasa saja dan ia bukanlah cinta pandang pertama. Perasaan sayang dan cinta hadir secara perlahan-lahan kerana Gurmet lelaki bertanggungjawab, matang dan suka menasihati saya. Situasi yang amat berbeza apabila saya berkawan dengan orang muda yang banyak berangan-angan. Kedua-dua belah keluarga juga merestui hubungan kami.

    “Saya tidak membuat keputusan untuk berkahwin ini secara tergesa-gesa.

    Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang boleh dibuat main-main.
    “Sebaliknya kepurusan ini dilakukan setelah saya berfikir dengan mendalam… Sama ada lambat atau cepat, saya tetap akan berkahwin juga suatu hari nanti.

    “Saya percaya rezeki itu ada di mana-mana. Saya sudah serik dikaitkan dengan kontroversi dan saya harap semoga perkahwinan ini akan membuatkan hidup saya lebih aman dan tenteram,” katanya dengan panjang lebar.-ping busuk

    0 comments:

    Post a Comment