Tagged Under:

TERKINI:Sah sukan bogel dibuat di Teluk Bahang.

  • Share The Gag
  • Susulan tersebarnya video aksi sukan berbogel yang di diadakan di di sebuah Pantai di P.Pinang, ramai pihak dan juga pengguna media sosial mempertikaikan kesahihan video tersebut dengan rata-ratanya berkata bahawa ianya bukan di P.Pinang susulan ada satu bot penumpang di situ yang menggunakan bendera Thailand.


    Bagaimanapun perkara tersebut ternyata sama sekali salah kerana perkara ini sememangnya berlaku di P.Pinang apabila sebuah krew yang menggelar diri mereka utaranews.com telah ke lokasi kejadian (rujuk gambar bawah) untuk mengesahkan perkara tersebut sama ada benar-benar berlaku di P.Pinang atau di luar negara.


    Ketika rakyat masih tertanya-tanya status sebenar apa yang berlaku, kerajaan negeri P.Pinang dilihat telah mengambil jalan selamat dengan mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka tidak tahu dan tidak ada kena mengena dengan majlis yang dianjurkan itu.

    Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng dalamsatu kenyataan kepada media semalam berkata bahawa 
    beliau tidak mengetahui mengenai penganjuran Pesta SUKAN Bogel di Teluk Bahang yang tersebar menerusi Youtube sejak semalam dan hanya akan menyerahkan perkara itu kepada polis dan pihak berwajib untuk menjalankan siasatan.

    Sementara itu, Ketua Polis P.Pinang, Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi hari ini mengesahkan seramai 15 peserta dilihat di dalam VIDEO yang bertajuk “Penang NUDE Sport Games” (Pesta Sukan Bogel Pulau Pinang) di mana tujuh rakyat Malaysia, manakala empat lagi dari Singapura.

     “Mereka yang lain adalah seorang dari Filipina, dua dari Myanmar, dan seorang dari INDIA. “Sembilan peserta adalah lelaki manakala enam lagi wanita,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau PINANG di sini.

     Dalam kenyataan itu beliau turut memberitahu bahawa pihak polis turut merakamkan kenyataan 10 individu antaranya pemandu bot dan juga penduduk sekitar bagi membantu siasatan.-Media Gag.










    0 comments:

    Post a Comment