Tagged Under:

KANTOI:Satu lagi pesta bogel akan diadakan di P.Pinang.

  • Share The Gag

  • P.PINANG, 7 OGOS: Susulan video pesta bogel di P.Pinang yang menjadi viral di media sosial beberapa hari lepas, kini mula tersebar beberapa maklumat bahawa pesta bogel yang tidak bermoral sebegitu akan diadakan lagi di tempat yang sama sekitar bulan Disember nanti.

    Perkara tersebut kini mula mendapat perhatian di laman-laman sosial dan juga laman-laman forum terkenal tanah air apabila beberapa poster tentang penganjuran acara tersebut mula dikongsikan dan diletakkan di laman-laman sosial untuk dihebahkan kepada rakyat di negara ini dan juga kelompok yang menyokong tindakan yang tidak bermoral tesebut..

    Penganjuran Pesta Bogel yang bakal dianjurkan lagi di P.Pinang pada Disember ini turut diketahui oleh beberapa pemimpin PAS Negeri P.Pinang. Melalui Sertiausaha Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang Afnan Hamimi Taib Azamudden, dalam satu sidang media sebelum ini turut mendedahkan bahawa akan diadakan lagi pesta bogel di P.Pinang pada hujung tahun ini.

    Dalam kenyataan itu, Afnan sebelumnya telah menggesa kerajaan negeri bertindak agar penganjuran pesta bogel seperti yang berlaku dipantau oleh kerajaan negeri disamping turut mendedahkan bahawa akan diadakan pesta bogel sekali lagi di tempat yang sama pada Disember nanti.

    "Pemuda PAS mendesak supaya pihak berkuasa termasuk Kerajaan Negeri dan pihak-pihak berwajib lain yang berkaitan supaya menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur yang turut merancang untuk menganjurkan aktiviti yang sama pada Disember 2014 nanti," ujar beliau dalam kenyataanya itu.

    Nampaknya pihak penganjur pesta bogel ini dilihat cuba mencabar undang-undang di negara ini . Dengan tersebarnya maklumat sebegini di media-media sosial, seharusnya pihak berwajib khususnya pihak kerajaan negeri dapat memberi perhatian yang lebih serius dalam permasalahan sebegini dan tidak mencari alasan untuk menyalahkan pihak lain seperti yang berlaku baru-baru ini.-sumber.

    0 comments:

    Post a Comment