Tagged Under:

Hina agama Hindu, Pendedahan rahsia sebenar Ustaz Shahul Hamid tersebar

  • Share The Gag


  • Baru-baru ini, kontroversi isu ceramah ustaz Shahul Hamid yang memperlekehkan ajaran hindu dalam satu forum ceramah Halal Haram Dalam kehidupan Seorang Muslim.

    Untuk pengetahuan korang ;

    1. Menerusi youtube, ceramah itu diadakan pada bulan Feb 2014.

    2. Kemudiannya ianya di upload pada bulan April 2014.

    3. Tetapi menerusi kenyataan rasmi PAS, ceramah itu dikatakan berlaku pada 5 tahun yang lepas. Kenapa contradiks sangat dengan apa yang tersiar di YOUTUBE?

    4. Durasi video itu ialah 1 jam 30 minit.

    5. Kemudiannya ada seseorang yang telah melakukan editing dengan menyebarkan part2 sensitif dalam kandungan ceramah tersebut. Lebih kurang dalam 1 minit lebih.

    6. Oleh kerana ceramah tersebut telah dirakam maka aku tak fikir Ustaz Shahul Hamid PU boleh beranggapan bahawa ceramah dia ceramah tertutup. Mana2 ceramah yang dirakam ialah ceramah terbuka. Sebab kandungan ceramah berupaya disebarkan melalui pelbagai medium. Seperti dipindahkan ke dalam bentuk buku. CD ataupun VCD. Youtube.

    7. Penghinaan yang dilakukan oleh USTAZ SHAHUL HAMID memang keterlaluan dan biadap. Tak sesuai langsung dengan imejnya sebagai seorang agamawan.

    8. Kita nak menyeru orang mencari makanan halal, tak la sampai perlu menghina ajaran orang lain. Kepercayaan orang lain. Kita boleh rasa pelik. Meluat. Tapi tak la sampai perlu dinyatakan dalam bentuk kata2 apatah lagi menyebutnya secara terbuka di ceramah.

    Memang apa yang kita rasa tentang agama mereka pelik tapi tak boleh kah kita sekadar menghormati sahaja kepercayaan mereka? After all, bukan kita yang menganuti agama itu pun.

    9. Apa salahnya kita sebut nama product2 MUSLIM untuk dipromosikan dalam ceramah kita berbanding mengejek kepercayaan orang lain.

    10. Tapi yang menjadi tanda tanya ialah siapa yang sunting video itu dan kenapa ianya disebarkan?

    11. Kenapa isu perkauman kerap dimainkan sekarang ini?

    12. Kenapa geng2 MIC beria2 sangat sampai buat demo dan protes?

    13. Adakah kerana Ustaz Shahul Hamid dikaitkan dengan organisasi politik PAS?

    14. Ini salah satu gambar yang geng2 MIC sebarkan.

    15. Nanti dulu. Ustaz hina agama orang salah. Ko gelar orang ustaz longkang tak salah? Ko hina orang untuk kutuk orang yang hina kau? Apa bendanya tue?

    16. Yang menjadi tanda tanya, sudah la PAS memberitahu bahawa mereka akan memangil Ustaz Shahul Hamid secara peribadi dan jalankan siasatan tetapi puak2 MIC ini masih melakukan provokasi melampau. Sehinggala orang tue minta maaf menerusi video pun mereka masih bersikap provokatif. Padahal POLIS telah menjalankan siasatan dan mengambil tindakan.

    17. Mereka menyebarkan perkara di atas juga menyebarkan elemen-elemen perkauman di ruangan komen walaupun kata mereka anti perkauman.-ping busuk.

    0 comments:

    Post a Comment