Tagged Under:

GAMBAR NGERI~Pemuda terlekat di Myvi yang tidak disiarkan.

  • Share The Gag

  • Seorang pekerja penghantaran sebuah restoran makanan segera berusia 20-an cedera di kaki dan kepala selepas terbabit dengan kemalangan di Jalan Telaga Air Raja Uda, di sini, 1.04 petang semalam.

     Kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan iaitu Perodua Kancil, Myvi dan motosikal ditunggang mangsa. Ketika kejadian Perodua Kancil berkenaan dilanggar Myvi terbabit menyebabkan mangsa gagal mengelak dan merempuh Myvi berkenaan.

     Motosikal mangsa melanggar sisi Perodua Myvi berkenaan menyebabkam ia melambung. Mangsa bagaimanapun tersekat pada motosikalnya selepas bahagian digunakan untuk mengisi makanan tersangkut pada bumbung Perodua Myvi. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan kecemasan.

    0 comments:

    Post a Comment