Tagged Under:

Hadi Awang dan Najib berkawan baik,bermusuh hanya dalam politik?

  • Share The Gag

  • PAS mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana membantu Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang menghadapi masalah kesihatan semasa berada di Istanbul, Turki baru-baru ini.

     Penolong Setiausaha Agungnya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, PAS turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengggunakan hubungan diplomasi memudahkan urusan Abdul Hadi menerima rawatan di negara itu.

     “Dirakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yangmenggunakan ruangan diplomasi sama ada antara kerajaan dengan kerajaan ataupun hubungan politik antara parti dengan parti bagi memudahkan urusan Abdul Hadi.

     “Untuk makluman rakyat Malaysia amnya, tahap kesihatan Presiden PAS semangkin baik dan beliau ditemani Setiausaha Politiknya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang sentiasa melaporkan tahap kesihatan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

    Jika diamati perkara ini, dapat dilihat bahawa Najib dan Hadi Awang sebenarnya mempunyai hubungan yang rapat walaupun berbeza ideologi politik. Inilah sebenarnya yang kita mahu demi memartabatkan Islam dan Melayu khusus yang kini semakin berpecah di Malaysia ini.

    P/S:Lama jugak tangan Anwar berbalut lepas kemalangan haritu..berlakon ea??

    0 comments:

    Post a Comment