Tagged Under:

GAMBAR~Teksi ke angkasa lepas kini berjaya dicipta.

  • Share The Gag
  • Sejak program Space Shuttle dihentikan oleh NASA pada tahun 2011, Amerika Syarikat membayar USD70 juta kepada Russia untuk membawa angkasawan mereka ke Stesen Angkasa Antarabangsa yang mengorbit bumi.

    Russia masih menggunakan sistem kapsul Soyuz yang sudah digunakan sejak 1960an. NASA kini dalam keadaan tertekan kerana ketiadaan sistem untuk menerbangkan angkasawan mereka sendiri dan perbalahan antara USA dan Russia sekarang kerana insiden Ukraine menyukarkan lagi keadaan.

    Sejak beberapa tahun yang lalu beberapa projek roket yang dibangunkan oleh syarikat swasta bagi menjadi alternatif kepada NASA. Spacex Dragon ialah "lori kargo" yang mampu membawa 2 tan perkakasan ke stesen angkasa bagi pihak NASA dan sudah melakukan beberapa misi dengan jayanya.

    SpaceX Dragon V2 ialah iterasi seterusnya yang mampu membawa 7 angkasawan serentak ke angkasa lepas. Ini adalah lebih banyak dari hanya 3 yang mampu dibawa Soyuz. Konsep teksi angkasa lepas ini baru sahaja diperlihatkan dan dijangka akan melakukan penerbangan ujian seawal 2015.

     Ianya dijangka lebih selamat dan murah dari sistem yang digunakan sekarang. Jadi kita nantikan sahaja Angkasawan Negara kedua kita yang mungkin akan ke angkasa lepas menggunakan Dragon V2 kelak!


    0 comments:

    Post a Comment