Lelaki tersebut ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Ignacio Agramonte di Camahuay di Cuba selepas ditahan untuk pemeriksaan kerana bonjol besar yang mencurigakan pada seluarnya.
Semasa ditahan oleh kakitangan kastam, lelaki itu berkata, dia hanya membawa seekor merpati sebagai hadiah untuk cucunya. Tetapi apabila dipaksa menanggalkan seluarnya, pegawai menemui puluhan anak burung cakar dan burung madu sebahagiannya dengan muncung mereka diikat rapat supaya kicauan mereka tidak didengari.
Polis menyatakan kesemua burung itu datang dari spesies yang jarang ditemui dan kemungkinan besar dicuri. Ia dianggar bernilai ribuan ringgit.
0 comments:
Post a Comment