Dalam perbicaraan kes tuntutan mutaah RM100 juta anak kepada gabenor Sarawak itu menyatakan mereka hidup dengan gembira sejak pernikahan pada 9 Januari 1992 dan keadaan bertambah baik dengan kelahiran anak lelaki mereka pada 11 Disember 1993.
“Dia selalunya akan bertanya dengan sopan pada mulanya tetapi pada penghujung 1994 dia mula bersikap biadab dan akan bercakap kasar kepada saya di depan kawan dan pekerja di pejabat. Dia juga akan melihat setiap panggilan telefon dan akan bertanya kepada pemandu pergerakan saya,” katanya.
Dalam keterangannya, Shahnaz kerap akan melihat badannya sama ada terdapat kesan calar atau tidak ketika beliau keluar minum teh tarik bersama rakan. Beliau turut memberitahu mahkamah tidak pernah memukul bekas isterinya namun mengakui tertolak ketika Shanaz cuba untuk mencalarkan mukanya.
Mahmud Abu Bekir menambah bekas isterinya bertindak memalukannya dalam satu program yang dihadiri bersama ibu bapanya di lobi Hotel Hilton, Kuching Sarawak ketika berlaku pergolakan dalam rumah tangganya. “Dia memarahi saya dan bertanya siapa dua wanita di lobi itu, saya tidak kenal mereka dan memberitahu perkara itu kepada dia.
Tapi dia kemudiannya pergi kepada dua wanita itu dan memarahi mereka, saya amat malu,” tambahnya lagi. Selain itu, beliau mendakwa Shahnaz akan memarahinya di depan rakannya walaupun ia perkara remeh seperti caranya berpakaian.
Namun Mahmud Abu Bekir mengakui masalah dalam perkahwinan mereka hampir pulih apabila Shahnaz didapati menggandung pada 1996 tetapi 3 bulan kemudiannya bekas isterinya keguguran. Dalam keterangannya, beliau berkata Shahnaz marah kepadanya dan menuduh dirinya menjadi punca keguguran itu.
“Cemburu dia menjadi-jadi maka saya pindah ke bilik lain dengan berharap dia menjadi tenang dan keadaan bertambah baik. Namun perangainya tidak berubah jadi saya keluar rumah di Kuching dan tinggal di rumah milik bapa saya di Kuala Lumpur pada 1998,” katanya. Pada 1999, Shahnaz kembali berpindah ke Kuala Lumpur dan tinggal di rumah ibunya di Damansara dan kemudiannya membeli rumah bernilai RM2 juta di Damansara.
Rumah tersebut tersebut dibeli atas nama Shahnaz di mana beliau perlu membuat pinjaman RM1.5 juta kepada bank. Mahmud Abu Bekir juga turut membeli tiga kereta melalui syarikat bersama bagi kegunaan Shahnaz iaitu Mercedes S-class, BMW 85 dan Jeep Cherokee.
Beliau berkata, Cullen adalah bekas polis di Toronto yang kemudiannya menjadi penyiasat bersama isterinya Eliane White dan menawarkan perkhidmatan menjejaki aset kepada pasangan bercerai di Kanada dan Amerika Syarikat (AS). Beliau berkata, Cullen bagaimanapun didapati terlibat dengan pemalsuan dokumen dan kini dipenjara atas kesalahan memalsukan dokumen bank.
0 comments:
Post a Comment