Tagged Under:

GAMBAR~Realiti TV dikecam papar wanita beranak di tengah hutan.

  • Share The Gag

  • Amerika Syarikat –Satu rancangan realiti disifatkan sebagai melampau apabila ia bakal merakamkan wanita melahirkan anak dalam hutan, tanpa bantuan doktor dan tiada tempat berteduh langsung.
    Rancangan itu diumumkan oleh Lifetime yang akan menyaksikan wanita melahirkan anak dengan hanya dikelilingi oleh hutan belantara.
    bayi3
    Menurut penerbitnya Eli Lehrer, hanya ibu yang pernah bersalin sahaja dibenarkan menyertainya manakala kehadiran kru televisyen di situ adalah bagi meningkatkan keselamatan wanita terbabit.
    “Kita akan melaksanakan langkah berjaga-jaga bagi memastikan ibu dan bayi selamat,’’ katanya.
    Rancangan realiti ini hasil cetusan satu video yang dimuat naik dalam Youtube oleh seorang pemegang akaun Youtube dikenali sebagai Birthinnature , di mana seorang wanita melahirkan anak di hutan belantara.

    0 comments:

    Post a Comment