Tagged Under:

OH SELANGORKU~GADIS SEPARUH BOGEL LEKA LAYAN KASANOVA.

  • Share The Gag

  • Seramai 17 wanita warga Vietnam dipercayai bekerja sebagai GRO ditahan dalam serbuan Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Bandar Baru Klang, di sini, malam tadi.

    Serbuan dijalankan Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor kira-kira jam 11 malam itu turut menahan dua lelaki tempatan kerana cuba menghalang pihak polis daripada menjalankan tugas.

    Pegawai Turus D7 IPK Selangor Deputi Superintendan Abdul Ghaffor Ahmad berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 19 hingga 31 tahun.

    "Hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan mempunyai lesen premis hiburan, bagaimanapun mereka menawarkan khidmat GRO kepada pelanggan.

     "Sebahagian daripada wanita terbabit didapati masuk ke negara ini tanpa dokumen yang sah dan sebahagian lagi menyalahgunakan permit pekerjaan sedia ada.

    "Mereka akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut," katanya.

    0 comments:

    Post a Comment