Tagged Under:

Gadis pejabat agama dicekup seks di ruang tamu.

  • Share The Gag

  • Seorang pelajar wanita di sebuah IPTA di Lembah Klang berusia 22 tahun yang dipercayai baru selesai membersihkan diri selepas beraksi di ranjang bersama teman lelakinya, terkejut apabila mendapati penguat kuasa agama berkopiah memenuhi ruang bilik rumah tumpangan disewa bersama kekasih yang juga penuntut universiti di Kota Kinabalu baru baru ini.

    Gadis tempatan yang juga penuntut sebuah IPTA di Kuala Lumpur itu dikatakan menyertai latihan amali di Wisma Majlis Agama Islam Sabah dan mengambil kesempatan untuk memadu asmara dengan kekasihnya.

    Bagaimanapun, kegiatan jijik pasangan kekasih dapat dihidu anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang bertindak menyerbu rumah tumpangan berkenaan.

     Ketika serbuan, anggota penguatkuasa menemui teman lelaki gadis itu yang berusia 21 tahun sedang terbaring keletihan di atas katil. Pemeriksaan itu juga turut menemui pakaian dalam gadis berkenaan bertaburan di atas lantai rumah tumpangan terbabit.

    Setelah disoal siasat, mereka mengaku hanya pasangan kekasih dan mengambil kesempatan memadu kasih di rumah tumpangan itu.

    0 comments:

    Post a Comment