Tagged Under:

Penyamun jahanam langgar dan bunuh anggota Polis.

  • Share The Gag
  • Seorang anggota polis unit rondaan bermotor (URB) maut manakala seorang lagi cedera selepas motosikal dirempuh sebuah kereta yang dipercayai suspek kes samun di Parit Buntar, jam 1 petang kelmarin.

    Menurut sumber, Mohd Azuan, 24, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan sementara rakan setugasnya dikejarkan ke Hospital Parit Buntar untuk menjalani rawatan.

    Kejadian dikatakan berlaku selepas dua anggota polis tersebut bertindak atas maklumat orang ramai, mengejar suspek yang baru melakukan samun di kawasan berhampiran.

    Anggota yang mengejar sebuah Toyota Wish yang dinaiki suspek bagaimanapun tiba-tiba dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta lain yang dipercayai dinaiki rakan suspek sehingga menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 50 meter ke tepi jalan.

    Difahamkan bahawa mangsa dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta berjenama Honda yang merupakan rakan suspek. Suspek sebelum itu dikatakan menyamun sebuah kenderean pengedar rokok. - MediaGags

    0 comments:

    Post a Comment