Mengikut kontrak pegawai kerjaan WAJIB solat Zuhur dan Asar setiap hari bekerja, puasa sunat setiap isnin dan khamis serta solat subuh berjemaah pada pagi jumaat. Solat jemaah ini harus dilakukan di Masjid Islamic Centre yang terletak berdekatan pejabat daerah Kabupaten Rokan Hulu.
Mereka yang dipecat tidak diberikan amaran langsung mereka dipecat dan pemecatan berlaku secara serta merta. Pemecatan dilakukan setelah ketua adat (Rokan Hulu mengamalkan adat Mingakabau) melakukan pemeriksaan mengejut pada waktu subuh November lalu.
Pemecatan ini menimbulkan kemarahan beberapa pegawai yan dipecat. Salah seorang yang ditemuramah berkata beliau hanya tidak hadir solat subuh pada hari Jumaat kerana tinggal agak jauh dari pejabat. Beliau harus tidur di pejabat pada hari khamis bagi memastikan beliau dapat solat berjemaah pada hari jumaat.
0 comments:
Post a Comment